Ketuat ni biasanya tumbuh di bahagian jari tangan mahupun kaki. Tak kurang juga ada yang tumbuh di bahagian muka atau betis.
Ianya tidak berbahaya kepada kesihatan seseorang namun ia boleh berjangkit serta merebak ke tempat-tempat lain jika anda gemar mengorek ketuat tersebut.
Gunakan bahan-bahan berikut untuk menghilangkan ketuat:
1. Daun Kesum
Tumbuk daum kesum sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan gaul. Kemudian sapu campuran tersebut kat ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkan sehingga ketuat tu hilang.
2. Kapur Sirih
Sapu kapur sirih ke atas ketuat. Biarkan ia mengering.
3. Pasir Basah
Gosok ketuat dengan pasir basah, guna pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba!