Anggota Polis Kerat Dua Anak Kandung. Buat Anak Je Pandai, Jaga Tak Reti...


4



anggota polis kerat anak
Anggota Polis Kerat Dua Anak Kandung|
Seorang anggota polis berpangkat Brigjen ditahan tanpa perlawanan oleh anggota polis sukadi di rumahnya setelah isteri anggota polis berkenan membuat aduan bahwa suaminya telah membunuh kedua anaknya dengan mengerat keduanya sehingga kaki dan tangan terpisah dari badannya.
Kejadian yang berlaku pada tengah malam 26 februari 2016 anggota polis petrus bakus yang tinggal di kompleks asrama kepolisian malawi kalimantan barat.
Windri isteri petrus terbangun dari tidurnya mendengar suara erangan suaminya dari bilik kedua anaknya itu.dia yang terus menuju kebilik tersebut terkejut setelah melihat tubuh kedua anaknya berada dalam keadaan mengerikan mana kala suaminya berada di tempat berhampiran dengan memegang sebilah parang berlumuran darah.
Ibu yang melihat anak lelakinya Fabian 4 tahun mana kala anak keduanya perempuan yang berumur 3 tahun itu sudah tidak beryawa,kemudian dia terus lari dari rumah dan meminta pertolongan kepada anggota polis brigjen sukadi yang berdekatan rumahnya.
12744101_919329468174458_4002330550844371237_n
Sukadi yang terus ketempat kejadian terus mengamankan petrus dan menahannya tanpa perawanan dimana pada masa itu petrus yang sudahpun duduk di bagian depan rumahnya.
Menurut siasatan petrus sebenarnya juga mempunyai niat untuk membunuh isterinya,Jenderal Badrodin Haiti menegaskan, hingga saat ini anggota Polisi itu terus diperiksa. Dugaan penyebabnya karena sakit skizofrenia. ”Namun, ada laporan juga kalau kesurupan saat itu,” tuturnya.
Menurut pengakuan sipelaku petrus mengatakan bahwa beberapa minggu belakangan ini dia sering marah marah tanpa sebab dan menggembar gamburkan bahwa dia mendengar bisikan mahluk halus terutama pada malam jumaat menyuruh membunuh anaknya untuk membuat persembahan.
12798868_919329584841113_3780561093625705827_n


“Hasil keterangan yang kami kumpulkan, diduga tersangka mengalami Schizophrenia. Pada saat berusia empat tahun pun, dia sering mengalami kejadian serupa dan badan terasa kedinginan,” tutur Arianto.membuat laporan.
Brigjen Petrus

Penyakit otak kronis itulah yang diduga menjadi penyebab kuat pembunuhan sadis tersebut. Anak kandungnya, Fabian (4 tahun) dan Amora (3 tahun), ditemukan dalam keadaan tak bernyawa bersimbah darah. Dua kanak kanak malang ini mengalami luka di leher dan kedua tangan di atas lengan serta kaki di atas lutut mereka masing-masing terpisah dari badannya.
Kredit : eberita.org

[Video] Tiga Makhluk Seram Di Tiga Tempat Yang Berbeza

seram

Kamera ini berjaya merakam beberapa insiden yang menyeramkan. Meremang bulu roma masa tengok ketoga-tiga video ni. Anda dinasihatkan untuk tidak bersendirian semasa menonton video berikut.

1. CCTV merakam satu lembaga dilihat cuba menarik kaki seorang lelaki yang lalu di lorong tersebut.

2. Ketika lelaki ini sedang nyenyak tidur, satu lembaga dilihat melintasi tingkap biliknya yang terbuka luas. Bukan itu saja, anda juga benda-benda lain yang terjadi.

3. Rakaman kamera ini menunjukan kelibat seorang wanita tergantung di sebatang pokok. First time tengok video ini mesti anda tak perasan.

Sumber: Youtube

Taktik Kotor Wanita Ini Terbongkar Jual Hadiah Telefon Untuk Beli Rumah

iphone7-plus-474a6437

Nak beli rumah bukannya mudah. Ia memerlukan masa serta tenaga untuk mengumpul wang yang banyak bagi membeli sebuah rumah.

Berlainan pula dengan kisah wanita dari China ini, dia tidak perlu bersusah payah kerana dia mempunyai cara yang lebih pantas serta licik untuk membeli rumah dengan mudah.

Xiaoli, dari Shenshen, China berjaya mengumpul wang berjumlah 115,010 yuan (RM71,000) dengan meminta kesemua teman lelakinya seramai 20 orang untuk membelikannya sebuah iPhone 7 setiap seorang.

Dia kemudiannya menjual kesemua telefon dengan harga RM3500 setiap satu secara online di Hui Shou Nao.

Penjualan iPhone itu kemudian disahkan oleh Hui Shou Bai kepada Portal BBC.

Kisah Xiaoli ini telah mendapat perhatian ramai dan ia telah dikongsikan di platform media sosial yang popular di China iaitu Weibo dam menerima 13 juta komen dengan hashtag ’20 mobiles for a house’.

Sumber: Siakap Keli

4 Bahan Ini Mampu Mengecutkan Jerawat Dalam Satu Malam

Imej dari rumahayu.com

Tak sukanya bila muka tiba-tiba berjerawat. Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ni ada beberapa tips untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda cuba.

1. Madu

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.

2. Aloe Vera

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

3. Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

4. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. 

JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.

Sumber: Hanasuva

[Video] Tiada Apa Yang Lebih Menakutkan Dari Gambar Ini

takut

Kami yakin, gambar terakhir dari 5 gambar yang ditunjukkan oleh gadis ini adalah nightmare untuk semua.

Tonton atas risiko sendiri.

p.s: jangan kecam kami. :p

 

Sumber: FB Eh Bee

Bos Paling Baik Di India Beri Hadiah Cecah RM32.3 Juta Kepada Pekerja

deepavali-750x501

Imej dari hindustantimes

Pergh! Syoknya dapat bos baik hati macam ni. Sesuai sangat gelaran ‘Bos Paling Baik Di India’ diberi kepadanya.

Savji Dholakia, peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, telah menghadiahkan lebih dari 1,200 kereta dan apartment kepada pekerjanya sempena Deepavali. Jumlah keseluruhan hadiah yang diberikan dianggarkan bernilai RM32.3 juta.

Walaupun majoriti pekerja di India lebih menggemari hadiah berupa wang tunai namun Savij lebih gemar memberikan hadiah dalam bentuk praktikal.

Menurut Savji, syarikatnya mempunyai hasil export bernilai lebih A$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerjanya.

deepavali1-e1477876171235

Imej dari hindustantimes

Sumber: Wanista

Berang Dihalang Bawa Bagasi Masuk Ke Dalam Pesawat, Penumpang Ini Bertindak Menampar Pekerja Airport

39ce3a3100000578-3881620-horrifying_the_passenger_was_detained_for_seven_days_and_ordered-a-23_1477649170110

Marah kerana dilarang membawa bagasi melebihi had saiz yang ditetapkan, seorang penumpang wanita  bertindak menampar seorang pekerja yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan.

Difahamkan, penumpang wanita tersebut mahu membawa bagasinya masuk ke dalam pesawat namun, dilarang pekerja terbabit.

Menurut People’s Daily, penumpang yang dikenali sebagai Zhang telah ditahan selama tujuh hari sebelum dia dikenakan denda 200 yuan.

Rakaman dari insiden tersebut telah mengejutkan pengguna Weibo. Rata-rata tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas wanita terbabit.

 

Sumber: Daily Mail

[Video] Terkejut Dilanggar, Keldai Ini Berdiri Kaku Sehinggalah Bantuan Sampai

screen-shot-2016-10-30-at-12-21-06-pm

Keldai ini terlaku takut untuk bergerak selepas dia mengalami kecederaan dilanggar sebuah kereta. Kedai yang ketakutan ini hanya berdiri di tempat yang sama sehinggalah bantuan sampai.

Kesiannya, nasib baiklah wujud lagi orang yang berhati mulia yang sanggup membantu serta menjaga kebajikan haiwan malang seperti keldai ini.

p.s: kalau anda tak jumpa lagi orang sebaik ini, jadilah salah seorang daripadanya.

Sumber: FB NowThis

10 Gambar Menarik Tanpa Photoshop

photographer-taking-a-picture_00432127

Pernah atau tidak anda melihat gambar yang jarang ditemui? Kadang-kadang jurugambar yang mengambil gambar ada sahaja menyunting terlebih dahulu gambar tersebut.Gambar tidak menjadi yang sebenar sebaliknya teknik photoshop atau sebagainya menjadikan sesebuah gambar itu menjadi cantik. Kemudian semua yang melihat seperti tertipu.

Gambar yang dikongsikan oleh Bright Side ini akan membuatkan anda kagum kerana gambar yang mereka perolehi adalah gambar yang tidak menggunakan teknik photoshop. Laman web ini telah berkongsi 100 gambar tetapi kami ambil sepuluh yang terbaik sahaja untuk anda.

1. Gambar pertama ini adalah modern dykes, kincir angin dan lebuh raya di Belanda. Sangat unik!

1_9

2. Hanya sebelah menyebelah tetapi apabila gambar ini diambil ia dilihat seperti dua negara.
Gambar ini adalah di New York, USA.

2_9
3. Cantik tak bulan ini? Betul-betul berada di teleskop radio. Kreatif betul jurugambar yang mengambil gambar ini.

3_5

4. Gambar ini diambil ketika sambutan ke 100 ulang tahun Kim II-Sung iaitu pengasas Korea Utara.

5_5

5. Sebuah helikopter yang betul-betul melalui air terjun di USA.

5_6

6. Apabila dua musim bertemu, musim luruh bertemu musim sejuk di Colorado, USA.

6_9

7. Amboi kemain seronok dia beristirehat sambil main gitar. Sempurna betul gambar ini!

7_10
8. Imaginasi seorang tatarias dan disudahi dengan gambar yang diambil oleh jurugambar bertauliah ini menjadikan gambar ini diluar jangkaan. Kita berada di pantai!

8_6

9. Ia hanya seekor udang di atas baldi tetapi gambar ini seolah-olah menangkap atau memeluk dunia.

9_3

10. Yang ini pun cantik gambarnya. Eiffel Tower versi daripada bawah. Cantik,kan?

10_5

RAMAI YANG TAK SANGUP TENGOK DUA BERADIK YANG DITINGALKAN IBU MEREKA DI DALAM RUMAH SELAMA SEBULAN DAN DIRAKAM VIDEO SEHINGGA MATI!!!

RAMAI YANG TAK SANGUP TENGOK DUA BERADIK YANG DITINGALKAN IBU MEREKA DI DALAM RUMAH SELAMA SEBULAN DAN DIRAKAM VIDEO SEHINGGA MATI!!!

Sunk Into The Womb, filem adaptasi dari kisah benar ini mula muncul di newsfeed Facebook netizen di Malaysia. 

Ramai yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan kesan di minda. 

Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. 

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya. 

Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati. 

Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya. 

Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. 

Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan. 


Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam. 

Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, "Mama! Mama!" sehingga lewat malam. 

Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan. 

Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan. 

Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama. 

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan. 

Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat. 

Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak. 

Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai. 

Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. 

Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran. 

Ketika ditahan, Sanae berkata, "Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka," katanya. 

Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.