‘Tangga Kejayaan”. Pelajar Sanggup Panjat Bukit Untuk Ke Sekolah

screen-shot-2016-10-27-at-3-05-11-pm

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Harian Metro.

Peribahasa “Usaha Tangga Kejayaan” mungkin sudah mempunyai contoh terbaik apabila sebuah tangga besi telah dibina untuk membolehkan pelajar ini ulang-alik ke sekolah dengan lebih selamat.

Terdahulu, gambar menunjukkan murid mendaki dan menuruni gunung dengan berpaut pada akar pokok dan batu untuk pergi dan balik sekolah.

BACA: Kanak-kanak Ini Panjat Tebing Setinggi 800 Meter Untuk Ke Sekolah

Mereka tinggal di daerah Zhaojue di wilayah Sichuan yang terletak di puncak gunung setinggi 800 meter di barat China.

Sekolah mereka pula di kaki gunung.

Namun kini, bahaya yang mereka hadapi mungkin berkurangan apabila tangga yang menggunakan 1,500 batang paip besi akan siap dipasang beberapa hari lagi.

Kampung itu yang digelar ‘Kampung Cenuram’ oleh media China, terlalu jauh dipedalaman dan hanya 72 keluarga menetap di situ, kebanyakannya menyara kehidupan dengan menanam lada.

Kanak-kanak itu akan tinggal di sekolah selama dua minggu sebelum mendaki gunung berkenaan untuk pulang melawat keluarga mereka.

Menurut pegawai tempatan, kira-kira lapan penduduk mati ketika mendaki atau menuruni gunung berkenaan.

Kerana keadaan begitu berbahaya, ada penduduk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Dahsyat!

348de42400000578-3606243-image-a-20_1464077506135

screen-shot-2016-10-27-at-3-05-00-pm

la-1464388393-snap-photo