Terjaga Dari Koma, Remaja Dari Amerika Syarikat Ini Tiba-Tiba Lancar Berbahasa Sepanyol

Screen Shot 2016-10-24 at 12.25.24 PM

Seorang pemain bolasepak remaja berusia 16 tahun mengalami kecederaan serius di kepala selepas menerima sepakan di kepala ketika cuba memasukkan bola ke dalam gawang sehingga menyebabkan dia koma selama 3 hari. 

Menurut jurulatihnya, Bruno Kalonji, Rueben juga telah berhenti bernafas selama beberapa saat. 

Apabila dia terjaga, dia telah kehilangan keupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, tetapi mampu untuk bercakap bahasa Sepanyol dengan lancar. Menurut ibu bapanya, sebelum insiden tersebut berlaku dia tidak mempunyai kemahiran untuk bercakap bahasa Sepanyol.

Beberapa hari kemudian, kemahiran bahasanya kembali kepada normal dan Rueben percaya dia mungkin mempunyai ingatan separa sedar tentang perbualan Sepanyol di kalangan kawan-kawannya.

Keadaan Rueben semakin pulih dan kini dia hanya berehat di rumah dan takut untuk beraksi di padang.

Kedua ibu bapa Rueben kini sedang berusaha untuk menampung kos perubatan Rueben yang semakin meningkat. Mereka juga telah membuat rayuan GoFundMe dalam usaha untuk mengumpul dana untuk menampung kos perubatan dan insurans beliau.

Screen Shot 2016-10-24 at 12.25.35 PM

Sumber: metro.co.uk