Pendedahan : Main Belakang di 'Belakang Mati'

MAIN BELAKANG DI BELAKANG MATI (18SX)

Barangkali ramai antara pembaca pernah berkunjung ke Chow Kit, Kuala Lumpur sebelum ini. Di tahun 80 an, kawasan itu 'panas' dan digelar sebagai 'Belakang Mati'. Ringkasnya, orang ramai berasa gerun berjalan jalan di lorong Hj. Taib berikutan  kejadian kes jenayah melampau seperti ragut dan samun. Pada masa sama, Lorong Hj Taib juga dibanjiri pelacur dan pondan.


Awal pagi tadi, saya sempat meninjau Chow Kit. Keadaan persekitaran sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya.

Pondan lazimnya mula memperdagangkan diri di antara jam 9 malam dan 5 pagi. Namun kira-kira jam 8.34 pagi tadi, saya merekodkan gambar berikut.

Barangkali dia kehilangan jam tangan, lalu tersilap masa untuk menawarkan khidmat seks sejenis kepada pelanggan berminat.


Saya difahamkan, selain rakyat tempatan, pondan Thailand dan Indonesia juga memperdagangkan tubuh mereka di lokasi sama.

Sebaik melihat saya merakamkan gambar, lelaki tidak dikenali mendekati saya. Dia enggan identitinya didedahkan di blog ini namun memperkenalkan dirinya sebagai 'Along'.

"Berapa harga pondan di sini?," soal saya.

"Kadar bayaran bergantung samada pondan itu sudah potong atau belum. Kalau belum potong RM50, kalau sudah, RM100," balasnya.

'Potong' bermaksud, alat kelamin pondan telah dibedah dan kelihatan seperti kemaluan perempuan.

Jam 8.29 pagi, gambar berikut pula saya rakamkan di Lorong Haji Taib 1.


Buat beberapa minit saya memerhatikan gerak gerinya. Setiap kali kenderaan melintas diperlahankan, pondan itu berjalan perlahan ke arah kenderaan terbabit sambil mendada. Malangnya saya tidak mengetahui status sebenar dia samada sudah dipotong atau sebaliknya.


Gambar beberapa bapok lain juga berpeluang saya abadikan untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini.


"Saya sudah tinggal di sini lebih kurang 4 tahun. Setahu saya, majoriti bapok menjual diri pada waku malam, berbangsa Melayu tidak menetap di sini. Mereka duduk di tempat lain dan datang ke sini untuk bekerja sahaja," jelas Along. 

"Pelanggan dibenarkan main bontot ke?," soal saya.

"Saya bercampur dengan mereka ini tetapi saya tidak pernah melanggan," katanya.

"Saya pun tidak mendakwa awak pelanggan. Cuma barangkali awak tahu beberapa fakta tepat mengenai mereka," celah saya.

"Memang sebilangan pelanggan main bontot, kira mereka ini main belakang di belakang mati. Saya dengar mereka semua diwajibkan memakai kondom dibekalkan oleh NGO.  Mereka khuatir kalau penyakit seperti AIDS menular. Sehari, setiap pondan kena dapat lebih daripada 5 pelanggan, kalau tidak mereka tidak begitu untung kerana harus membayar sewa bilik untuk mengadakan hubungan seks serta tambang teksi untuk ke sini. Kisah pondan ini pelbagai. Saya masih ingat, kira-kira 4 bulan lalu, seorang kontraktor berbangsa Melayu, fikiran berserabut datang ke sini melanggan pondan. DI bilik sewa, pondan itu dilapor memberikan dia ice (syabu). Katanya dia berasa seperti sedang terbang dan kemudian memanjat tingkap dan terjun," terang Along. 


"Mati?," tanya saya spontan.

"Tidak, sebab mujur dia tersangkut dan memeluk pokok lebih rendah itu dan kemudian turun dengan selamat," balasnya.


Untuk rekod, sebelum ini, hanya Pondok Polis Bergerak ditempatkan di lorong terbabit, kini Balai Polis Chow Kit tersergam gah.


"Sejak Balai Polis didirikan di sini, melalui pengamatan saya, bilangan pondan semakin berkurangan. Mereka dilaporkan berpindah ke kawasan Bukit Bintang. Kalau Mazidul datang pada waktu malam, pergi buat tinjauan dan rakamkan gambar di kawasan parkir kereta di hujung bangunan. Setiap malam pondan kerap tawar menawar harga bersama pelanggan di situ," katanya.

Saya dimaklumkan, balai terbabit mempunyai 77 pegawai dan anggota, ditugaskan mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam di Chow Kit.

"Ada juga lelaki hendak 'main' dengan pondan?," soal saya.

"Macam lesbian juga rasanya. Mereka mendakwa pengkid, perempuan menyerupai lelaki akan lebih mengetahui citarasa seks perempuan. Mungkin lelaki pun begitu sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pondan. Lelaki lebih mengetahui kehendak lelaki," jawabnya.

"Bilik di sini berapa sewa?," tanya saya lagi.

"Purata RM30 sehari tetapi majoriti bapok menyewa ikut hari bukan bulan. Kata mereka, jika ditangkap, mereka mungkin dilokap seminggu, siapakah akan membayar sewa bilik sementara mereka ditahan?," soal Along kembali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Along kerana sudi berkongsi sekelumit pengetahuannya berhubung kegiatan pondan di situ.

Saya kemudian meneruskan tinjauan berseorangan.

Berhampiran papan tanda 'Lorong Haji Taib 1' keliihatan lelaki menjual ubat kuat.


Mana tahu bang, kalau kalau nombor ekor naik first prize esok, kan?


Melalui pengamatan saya, ramai pelanggan Melayu membeli nombor ekor di premis disediakan di kawasan sama.

Saranan saya, sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan harus menjenguk ke kedai ekor terbabit.

Saya kemdudian terserempak anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA melakukan 'Rondaan Gelombang Biru'.


Penat berjalan, saya terpandang restoran Melayu di sebelah Balai Polis. Kelaparan kerana belum bersarapan pagi, saya singgah.


Nasi lemak dihidangkan amat sedap.

Saya kemudian bertemu taukeh restoran,  Farid  Mustafa, 34 tahun.


"Sebelum berniaga di sini, saya bekerja dengan Datuk Dr. Fazley Yaakob selama 12 tahun. Lama juga saya terbabit dalam bidang hiburan ini," ujarnya.


"Sedap nasi lemak," puji saya.

"Emak saya masak. Kalau tengahari boleh cuba nasi ayam, ramai pelanggan kata sedap," kata ayah kepada dua anak itu.

Ringkasnya berjalan di Chow Kit kini berasa lebih selamat. Ramai orang datang ke kawasan itu untuk membeli-belah di kedai menjual borong.


Mari sekali lagi kita saksikan pondan menjual borong.


Kasarnya urat tangan ...

kredit : mazidulakmal.blogspot.my