'Beli RM75,000, 2 tahun guna dah banyak karenah' - Pengadu



Anda kenal model van ini? Ini van Jinbei, keluaran China yang telah memasuki pasaran Malaysia. Namun saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai pengalaman saya setelah menggunakan van ini selama dua tahun. 

Jika anda teringin membeli van ini walaupun dengan harga serendah RM75,000, lebih baik anda lupakan saja dan cari van jenama Toyota, Nissan atau jenama lain. Ini kerana, van ini terlalu banyak karenahnya. 

Rosak sana sini, enjin mati di tengah jalan beberapa kali, lampu enjin power masih menyala tetapi enjin terus mati dan ABS tak berfungsi. Pening kepala saya dibuatnya. 

Bila hantar ke Pusat Servis Jinbei, saya terpaksa menunggu hampir sebulan lebih kereta saya disiapkan. Selepas itu, dalam masa dua bulan kemudian, masalah yang sama berulang kembali dan terpaksa dihantar ke pusat servis semula. 

Dan sekarang paling teruk terkena ialah cover clutch rosak juga. Pusat servis kata alat ganti tak ada stok dan mereka perlu order alat ganti itu terlebih dahulu. Akibatnya, dua bulan van saya tersadai di pusat servis.

Menjadi persoalan saya ialah, bagaimana van ini boleh memasuki pasaran kita tetapi alat ganti semua tak ada? Sepatutnya bila Jinbei sudah berada di pasaran Malaysia, alat ganti mesti ada di pusat servisnya. 

Jadi mohon rakyat Malaysia elak memilih Jinbei, Jaylong dan sewaktu dengannya kecuali anda sudah bersedia untuk menanggung kerugian yang banyak seperti yang saya alami. Beringatlah sebelum terkena dari saya yang sudah terkena.