Oleh Faizul Khalid
Ketika Kharnain hampir berusia tiga tahun, keganjilan pada Kharnain agak ketara berbanding kanak-kanak lain seusianya. Perkara ini mendesak saya mencari jawapan sebenar mengapa Kharnain berkelakuan sedemikian.
Akhirnya saya ketemu perkataan 'Autism'. Banyak ciri-ciri yang tersenarai hampir sama walaupun tidak semuanya.
Di sini saya kongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yang agak ketara pada Kharnain. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa.
Jika anak anda juga autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yang telah ditunjukkan? Sekiranya tiada, ini pengetahuan yang berguna untuk memahami golongan unik ini.
Jika anak anda mempunyai kebanyakan ciri-ciri seperti yang saya kongsikan tetapi masih ragu-ragu, pergilah berjumpa dengan doktor segera. Jangan buat andaian sendiri. Semoga post saya ini dapat membantu kalian semua.