Salahkah Mencari Jodoh Di Facebook?


Facebook ini ibarat sebuah rumah yang dilihat dari luar. Hanya orang di dalam rumah sahaja tahu apa yang berlaku di dalam rumah. Walaupun di dinding rumah di sebelah luar dicat dengan cat yang mahal. Dekorasi halaman tema Bali, cantik dan indah. Kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah.
Kita hanya mampu menilai seseorang melalui luarannya sahaja.
Usah mudah terpesona dengan catatan wall yang indah. Ambil sahaja pengajaran, ia bukan tempat mencari bakal imam. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Bahkan, buaya memang tinggal di dalam air yang tenang, bukan di air yang deras.
Tidak semestinya kita mesti buruk sangka, tetapi wall Facebook bukan tempat untuk menilai seorang lelaki. Seandainya cikpuan semua mengetahui apa yang seorang lelaki lalui saban hari, setiap jam dan ketika. Mungkin cikpuan rasa tidak mahu hidup di dunia. Peperangan diri seorang lelaki adalah rahsia yang paling aib bagi mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Justeru, Facebook bukan tempat mencari seorang suami. Cukuplah dengan meminta orang yang soleh dan solehah mencari lelaki untuk cikpuan. Orang yang mereka kenal di dalam rumahnya. Mereka tahu diri peribadi lelaki lebih terperinci.

Salahkah mencari jodoh di Facebook?

Tidak sesekali salah. Kita hanya tidak mampu tahu peribadinya sahaja. Usah terpesona pada dinding rumahnya, berapa banyak villa indah halamannya dipenuhi hantu raya di dalamnya.
Facebook bukan tempat untuk mencari jodoh.


Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah