Khasiat Pisang; Makanan Sunnah Untuk Kesihatan

Pisang merupakan salah satu snek pilihan terbaik dan mudah didapati sebelum dan selepas kita melakukan workout. Ianya memang terkenal sangat tinggi dengan khasiat dan turut disyorkan menjadi sarapan segera sekiranya kita kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan.


tips kesihatan Islam


Pisang ni termasuk di dalam kelompok tanaman yang berasal daripada keluarga musacees. Ianya wujud sekian lama dan habitat aslinya adalah sub-kontinental India. Namun ada juga yang mengatakan yang ianya berasal daripada Tanah Melayu.
Pisang mengandungi Vitamin C, B, A, B1, B2, dan B16 serta beberapa unsur lain.

Dan puak kanan, alangkah bahagianya puak kanan itu. Mereka bersenang-lenang antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.”
                                                                                                                (Surah Al-Waqiah; ayat 27-19)


tips kesihatan Islam

Khasiat & Kebaikan Pisang Dalam Islam

Seorang pakar perubatan Islam, Ibnu Al-Qayyim menyatakan, “Pisang adalah buah yang hangat dan lembab. Pisang terbaik adalah pisang yang sudah matang dan manis.
Ia bermanfaat bagi mengubati penyakit paru-paru, batuk, luka buah pinggang, pundi kencing, melancarkan pembuangan air kecil, menambahkan sperma, meningkatkan ghairah seksual, melancarkan perut serta meningkatkan hempedu dan getah lendir.”
Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Ibnu Baithar, ahli biologi dan botani pada abad pertengahan Islam 1248 Masihi.


Pisang Meningkatkan Tenaga, Melangsingkan Tubuh

Dalam satu temubual dalam bahasa Arab ‘Syarqul Ausath’ bersama peneliti daripada Universiti Manshurah Mesir, Muhammad Darwisy menyatakan, “Buah pisang bukan hanya kaya dengan melatonin, malah notabene adalah bahan penting yang terkandung di dalam pisang yang baik untuk kesihatan tubuh.
Buah pisang yang matang adalah sumber nutrisi dan gula yang mudah diserap, sehingga mampu mencipta tenaga dan membangkitkan tenaga.
Oleh sebab itu, ia dapat dijadikan sebagai menu makanan dalam pelbagai terapi dan diet yang bertujuan meningkatkan tenaga dan melangsingkan badan.
Ini kerana, pisang mengandungi Vitamin B2 yang penting bagi membekalkan tenaga ke dalam sel tubuh seperti lemak, karbohidrat dan protein.
Selain itu, ia penting bagi menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin darah, selain pelbagai manfaat lain untuk kulit dan mata.”
Banyak sangat khasiat pisang ni kan? Bukan calang-calang tu. Dengan mengamalkan pengambilan pisang ni, kita akan menjadi semakin sihat, inshaaAllah. Kalau orang yang tengah nak turunkan berat badan pun elok masukkan pisang sebagai salah satu menu atau snek harian ðŸ™‚

Sumber : myliferia.com


via Bin Usrah