Dalam kejadian Sabtu lalu, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan tiga kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di tempat letak kereta dilanggar oleh sebuah kereta secara perlahan-lahan.
Pemandu kereta itu hanya berhenti setelah ketiga-tiga mangsa berada di bawah keretanya.
Kesemua mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang kritikal, dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.
Susulan kejadian itu, polis segera menahan pemandu wanita berkenaan.
Menurut saksi, pemandu wanita itu sedang menggunakan telefonnya ketika kejadian.
Meskipun ramai netizen yang menyalahkan pemandu tersebut, malah ibu bapa kesemua mangsa juga turut dipersalahkan kerana membiarkan anak-anak mereka bermain di tempat yang tidak sepatutnya.
"Secara jujurnya, walaupun pemandu wanita itu tidak menggunakan telefon bimbitnya pada ketika itu, pastinya dia juga tidak sedar akan kehadiran tiga kanak-kanak itu. Ibu bapa mereka yang sepatutnya bertanggungjawab.
"Ibu bapa kepada kesemua kanak-kanak ini telah menghancurkan masa depan pemandu wanita itu," kata netizen. - The Reporter