Showing posts with label Cite Heboh. Show all posts
Showing posts with label Cite Heboh. Show all posts

Bagaimana Nak Kumpul Duit Hantaran RM15,000 Dengan Gaji RM1,500 Sebulan? Ini Caranya


Bila adat dipegang erat melebihi agama, pastinya akan menyusahkan pasangan muda untuk menghalalkan hubungan melalui pernikahan. Kalau ikut agama, tak perlu pun berbelanja besar sampai terbeban pengantin. Dah tahu bakal menantu gaji ciput, berpada-padalah nak letak nilai wang hantaran. 

Nampaknya, bukan setakat anak muda saja yang perlu celik kewangan. Ibu bapanya juga perlu celik sekali. Lebih-lebih lagi kalau dapat ibu bapa yang terlalu mengikut adat. Jadi, bagaimana nak mengumpul duit hantaran RM15,000 kalau anda bergaji RM1,500 sebulan? Memang kena ikat perutlah jawabnya. 

Begini caranya, perkara seperti ini perlu dirancang dengan elok. Dua tahun sebelum nak berkahwin, mohon ASB Financing RM100,000 selama 30 tahun. Kadar keuntungan bank 5.2% dan andaian dividen yang diumumkan adalah 7.25%. Setiap bulan ansuran yang anda perlu bayar, RM550. 

Selepas dua tahun, terminate sijil ASB RM100,000 itu. Anda takkan dapat RM15,000 sebenarnya. Tetapi anda akan mendapat tunai sebanyak RM18,000! 

Kenapa banyak sangat? 

Kalau anda simpan duit bawah bantal, memang tidak akan dapat sebanyak itu. Anda hanya dapat RM550 x 25 = RM13,200 sahaja. 

Simpan sendiri: RM13,200
Simpan dengan ASBF: RM18,000

Mana lebih untung?

RM18,000 = RM13,200 = RM4,800 (untung)

Berbalik kepada realiti, dengan gaji RM1,500 dan komitmen ASBF RM550 sebulan, baki yang anda ada untuk survive sebulan adalah,

RM1,500 - RM550 = RM950

RM950 sahaja cukup tetapi anda perlu berjimatlah. Selepas anda berkorban selama dua tahun, sanggup ke nak menghabiskan duit itu hanya untuk duit hantaran? 

Belum lagi termasuk belanja katering, fotografi, pakej bulan madu, barang hantaran, sewa dewan, busana ala-ala raja Melayu dan lain-lain. 

Kalau hantaran RM5,000 tak apalah juga. RM18,000 - RM5,000 = RM13,000

Baki RM13,000 itu boleh buat bayar kos lain-lain. Pandai-pandailah kan. Tak mustahil gaji RM1,500 boleh simpan RM550 untuk ikut teknik ini. Ini adalah forca saving ya. Antara sanggup atau tidak saja. 

Fikirlah dulu dalam-lama sama ada nak buat atau tidak. Kalau ada cara lain, teruskan. Anda yang mahu berkahwin, bukan saya. 

Fikir, fikir, akhirnya tak fikir panjang terus memohon personal loan RM15,000. Habis cerita. Jadilah raja sehari dan anda menjadi 'hamba bank' untuk bertahun-tahun lamanya. Hahaha!

Kita boleh guna bermacam-macam teknik untuk manipulasi dengan ASB Financing. Kena bijak sesuaikan dengan matlamat kewangan masing-masing. Macam mana nak jadi bijak? Kenalah belajar. 

Tambahan, RM18,000 itu boleh buat modal untuk beli rumah harga RM120,000. Jadi kalau nak guna cara ini untuk kumpul modal beli rumah pun boleh. 

Taglah Facebook bakal suami/isteri, ibu bapa, bakal mertua, pakcik dan makcik anda. Biar semua mendapat kesedaran. Untung-untung boleh jimat banyak bila nak kahwin nanti. - Harith Faisal | The Reporter

Akhirnya video Zila dan Kekasihnya tersebar!!! ! Inilah Aksi Yg MENGJIJIKKAN! Membuatkan Along Cham Minta Cerai Dengan Zila!


Akhirnya video Zila dan Kekasihnya tersebar!!! ! Inilah Aksi Yg MENGJIJIKKAN! Membuatkan Along Cham Minta Cerai Dengan Zila!|









KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Aku Suami Miskin Mahu ‘Suprise’ Isteri..Akhirnya Apa Yang Aku Dapat MENYEDIHKAN !!!

rtsrjrj


Aku Suami Miskin Mahu ‘Suprise’ Isteri..Akhirnya  Apa Yang Aku Dapat MENYEDIHKAN !!! |Abang laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.

1
Read more »

Jangan Jadi Parent Yang Cuai Hingga Sanggup Memperjudikan Nyawa Insan Yang Disayangi! Kepala Tercucuk Besi Bawah Seat Kereta, Ini Sebab Pentingnya Carseat Untuk Keselamatan Anak..



Kepala Tercucuk Besi Bawah Seat Kereta, Ini Sebab Pentingnya Carseat Untuk Keselamatan Anak|Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak menanggung kesakitan akibat tercedera. Anak-anak yang sedang membesar ni, kadang-kadang dalam depan mata pun boleh ditimpa kemalangan, apatah lagi jika tidak diawasi atau dilengkapkan dengan alat bantuan keselamatan.
Kisah ini dikongsikan dengan tujuan agar ibu bapa alert dengan keselamatan anak di dalam kereta. Ayuh ambil langkah berjaga-jaga sebelum kemalangan tidak diingini berlaku terhadap orang tersayang kita!

Akibat ‘Sayangkan’ Anak…

Read more »

Pengakuan berani mati safiey mengejutkan pondan-pondan di malaysia . hamek kau. mulut laser sangat. dah safiey mengamuk tak tentu hala. nak sangat kan

safi-3%2B%25281%2529.jpeg

Benarkah Safiey Buat Pembedahan Transgender Terkini Di Korea Selatan?|Gambar terkini transformasi Safiey Ilias di korea selatan telah di sebar oeh beberapa laman blog tempatan,katanya Safiey Ilias didakwa sekali lagi melakukan pembedahan transgender terkini di Korea Selatan.
Katanya Safiey telah memuat naik gambar terbarunya , namun telah memadam kembali gambar tersebut apabila dipersoalkan pengikutnya. Dakwa sesetengah pengikutnya, wajah Safiey kian berubah.
Bagaimanapun isu berkenan di nafikan oleh Safiey,beliau menegaskan gambar yang tersebar adalah gambar sekitar tahun 2013 lalu,yakni di zaman safiey menjadi pondan dengan potongan rambut pendek.
Tidak Hanya itu,beberapa peminat Safiey sendiri juga mengakui bahwa gambar terkini safiey yang didakwa membuat pembedahan adalah palsu dan gambar tersebut adalah gambar lama.
safi-2.jpg
safi-3.jpg
sapi-5.jpg

sapi.jpg


KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Fara Kongsi luahan Sayu Di Instagram



Fara Kongsi luahan Sayu Di Instagram|Semalam 17 september Hari yang sepatutnya merupakan detik yang dinantikan oleh Fara Fauzana apabila dia dijadual mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman.
Namun hasrat pengacara popular itu tidak kesampaian apabila majlis tersebut dibatalkan seperti diumumkan Fara Fauzana atas sebab peribadi baru-baru ini. “Ikut tarikh, ikut hati, sudah tiba masanya, tapi setiap apa yang kita rancang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.” Itu luahan Fara Fauzana di laman Instagramnya hari ini dan beliau turut memuat naik sekeping gambar sijil kursus haji.
Read more »

5 cara mudah untuk menambahkan tenaga kelelakian anda

maxresdefault-7.jpg
Kekurangan kadar testosteron boleh memudaratkan anda sebagai lelaki setelah kehilangan otot-otot, mengalami kerapuhan tulang dan tenaga seks anda juga akan berkurangan.
Ini juga kemudian ditambah lagi dengan masalah kanser prostat, risiko sakit antung dan juga penyakit lain yang mengancam nyawa anda.

Ikuti langkah di bawah untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut dan menjadi lebih bertenaga.

kempiskan perut

1. Kempiskan Perut Anda

Apabilaperut anda mulai membesar, maka kadar testosteron anda juga akan menurun kempiskan perut anda untuk mengekalkan tahap testosteron anda pada tahap yang baik.
Selain dari membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat ia jugamenggalakkan tahap testosteron dalam diri anda.
bicep

2. Bina Otot Lengan Anda

Kajian mendapatilelaki yang kerap mengangkat beban di gimnasium mempunyai kelebihan 49% lebih kadar testosterondalam darah mereka.
Jika andamenguatkan otot anda maka kadar testosteron yang dikeluarkan oleh badan andajuga turut meningkat.
makanan lemak sihat

3. Pengambilan Lemak Yang Seimbang

Mengurangkan pengambilan lemak bolehmembantu anda kekal langsing namun meninggalkan terus lemak boleh merosakkan dietanda.
Untuk menjagakesihatan jantung anda dan kadar testosteron anda maka perbanyakkan mengambil lemak tidak tepuseperti ikan dan kekacang.
pengambilan alkohol

4. Jauhi Minuman Beralkohol

Waktuminum bersama teman sekerja boleh merosakkan hormon kelelakian anda terutama mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol.
Jika andamengambil minuman beralkohol, hadkan hanya 1 dan 2 gelas semalamuntuk mengelakkan penurunan kadar testosteron.
stress kerja

5. Hentikan Tekanan

Tekanan mental dan juga fizikal bolehturut menyumbang kepada penurunan kadar hormon testosteronpada sesetengah lelaki.

Janganterlalu bersenam secara ekstrem kerana ia juga turut boleh mengurangkan kadar hormon testosteronanda dengan tidak sengaja.


KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Salah Siapa?


SHENZEN, CHINA - Video pemandu sebuah kereta melanggar tiga kanak-kanak lelaki yang bermain di tempat letak kereta, viral di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan tiga kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di tempat letak kereta dilanggar oleh sebuah kereta secara perlahan-lahan. 

Pemandu kereta itu hanya berhenti setelah ketiga-tiga mangsa berada di bawah keretanya.  

Kesemua mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang kritikal, dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. 

Susulan kejadian itu, polis segera menahan pemandu wanita berkenaan. 

Menurut saksi, pemandu wanita itu sedang menggunakan telefonnya ketika kejadian. 

Meskipun ramai netizen yang menyalahkan pemandu tersebut, malah ibu bapa kesemua mangsa juga turut dipersalahkan kerana membiarkan anak-anak mereka bermain di tempat yang tidak sepatutnya.

"Secara jujurnya, walaupun pemandu wanita itu tidak menggunakan telefon bimbitnya pada ketika itu, pastinya dia juga tidak sedar akan kehadiran tiga kanak-kanak itu. Ibu bapa mereka yang sepatutnya bertanggungjawab.

"Ibu bapa kepada kesemua kanak-kanak ini telah menghancurkan masa depan pemandu wanita itu," kata netizen. - The Reporter

'Bila Saya Nak Lepak Dengan Kawan², Saya Beritahu Isteri'

Foto hiasan | Google Images

Isteri saya, kadang-kadang pergi Gym. Saya izinkan. 

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan," saya tak mahu membebankan dia dengan memasak setiap hari. 

Isteri saya kadang-kadang pergi berjogging atau bershopping dengan kawan-kawannya. Saya izinkan. 

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Ambil masa untuk diri sendiri." 

Kadangkala saya berikan duit. Shoppinglah apa saja yang dia mahukan. Kalau dia tak gunakan duit itu, duit itu menjadi milik dia. Saya tak akan minta dikembalikan. 

Isteri saya kadangkala nak tidur di rumah ibu bapanya, saya izinkan. Adakalanya sampai dua hari. Saya beri ruang dan masa untuk dia bersama keluarga.

"Jangan tergesa-gesa nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan sendiri," saya tidak mahu membebankan dia. 

Apabila saya nak melepak dengan kawan-kawan, saya akan memaklumkan kepada isteri dan dia memberi keizinan. Kalau saya melepak di sebelah malam, saya akan cuba untuk pulang awal. Kalau saya melepak sehingga ke waktu pagi, awal-awal petang saya dah beli makanan siap-siap dan cadangkan isteri tidur di rumah ibu bapanya. 

Saya minat motor. Apabila saya hendak menyertai konvoi, isteri saya akan bersiap untuk balik ke rumah mertua. Konvoi biasanya memakan masa dua tiga hari. 

Hidup ini penuh dengan toleransi. Kita perlu merancang agar semua orang hidup dengan senyuman. Setiap orang mempunyai minat masing-masing. Yang paling penting jangan mengabaikan. 

Anda bagaimana? Semua isteri tak beri sebab anda sendiri tidak memberi? - Hayat Muhamad | The Reporter

Murid Maut Dirempuh Ketika Melintas Jalan


DUNGUN - Seorang murid SK Santong Paka, maut dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan raya, jam 7.10 pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 7.8 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Paka, mangsa Muhammad Syamil Harun, 10, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan turun daripada kereta bapanya yang berhenti di seberang jalan sebaik saja tiba di hadapan sekolahnya. 

Ketika mangsa sedang melintas jalan, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

Ibu mangsa yang sempat menyaksi detik tragis itu hilang kata-kata dan hanya terduduk.

Hairah Abd Rashid, 53, berkata, sebelum melintas, Syamil sempat mencium tangan dan menatap wajahnya dengan pandangan sayu. Namun tidak menyangka itu adalah renungan terakhir anak kesayangannya itu.

"Memang dia sudah biasa melintas jalan untuk ke sekolah yang berada di seberang jalan. Biasanya dia lebih berhati-hati dan kami ahli keluarga yang menghantar selalu mengawasinya melihat kenderaan lalu-lalang bagi memastikan dia selamat ketika melintas.

"Selepas dia tercampak akibat dilanggar. Saya hanya mampu melihat tanpa sebarang reaksi dan tidak mendekatinya," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan kejadian itu. 

Mayat mangsa yang berpakaian baju pengakap itu telah dibawa ke Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. - The Reporter

Jangan Tidur Dalam Kereta, Ianya Boleh Membunuh


Pernah tidur dalam kereta? Mestilah pernah, siap berhawa dingin bagai. Lebih selesa lagi kalau ada bantal kecil dalam kereta. Kalau boleh, nak tidur sejam dua jam. Tetapi tahukah anda bahawa bahaya tidur dalam kereta kerana ianya boleh 'membunuh' anda sendiri senyap?

Sudah banyak kes orang mati kerana tertidur di dalam kereta, dilaporkan. Namun, masih ramai yang tidak ambil pusing dan menganggap dakwaan itu adalah karut semata-mata. 

Sebagai contoh, bila rumah atau pejabat putus bekalan elektrik, ramai yang keluar dan hidupkan enjin kenderaan dan penghawa dingin, kononnya panas. Begitu juga di hentian Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya terutamanya waktu malam. Ramai yang tidur dalam kereta sambil enjin kereta dan penghawa dingin dihidupkan. 

Perlu tahu bahawa, bahaya tidur dalam kereta jika:
  • Enjin ON, penghawa dingin ON, tingkap tertutup rapat
  • Enjin OFF, penghawa dingin OFF, tingkap tertutup rapat

Bila enjin kenderaan dihidupkan dan berada dalam keadaan terbiar begitu saja dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO (karbon monoksida) daripada ekzos boleh masuk ke dalam kereta. 

Ada dua cara CO membunuh:

1. Ianya menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. 

2. CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila penghawa dingin dihidupkan dan sebab nak tidur. Kalau enjin dimatikan, tetapi tingkap tutup rapat akan menyebabkan kekurangan oksigen. 

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tetapi tingkap perlu dibuka sedikit, cukup sekadar tangan dari luar tak boleh masuk. Jika dibuka besar sangat, bimbang penjenayah pula yang akan menghampiri anda. Selain itu, letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat dan ramai orang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pernah terasa pening bilamana terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas? 

Ada yang menyangka mungkin kenderaan kerap berhenti dan bergerak membuatkan anda pening kepala. Tetapi punca sebenarnya adalah kerana keracunan CO. 

Semasa kesesakkan lalu lintas, penghasilan gas CO akan terhasil lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Mungkin disebabkan hal ini mengakibatkan 15 orang meninggal dunia dalam kejadian kesesakkan lalu lintas yang teruk di Indonesia baru-baru ini. 

Apa yang anda perlu lakukan bila terasa pening semasa terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ialah, buka tingkap kenderaan seketika dalam 30 saat. Beri ruang untuk oksigen masuk sedikit dan keluarkan CO dari kabin. 

Kesimpulannya, elakkan dari tidur dalam kereta jika tiada keperluan untuk berbuat demikian. - Nizam Nasir | The Reporter