6 Nasihat Ibn Qayyim Buat Orang Muda

Image result for 6 Nasihat Ibn Qayyim Buat Orang Muda


Al-Hafiz Ibn Rajab menjelaskan mengenai Ibn Qayyim al-Jauziyyah sebagai
“Seorang ulama yang menguasai ilmu tafsir yang tiada duanya, menguasai usuluddin sampai puncaknya, menguasai ilmu hadis, baik makna mahupun fiqhnya, terhadap bahasa Arab, panjang jangkauna tangan. Ibn Qayyim melahirkan murid-murid yang hebat seperti Ibn Rajab al-Hambali dan Ibn Kathir. Beliau menghasilkan banyak karya.”
Berikut adalah sedikit curahan ilmu daripada beliau buat peringatan dan bimbingan kepada orang muda;

#1 – Mengetahui Tujuan Diri Diciptakan

Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t tanpa menyekutukan-Nya dengan apa pun.
Malah, para Nabi dan Rasul diutus bagi menyampaikan hal ini kepada umat manusia. Firman Allah (maksudnya):
“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi di dunia ini; dan sesungguhnya dia pada hari AKhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Inatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Serahkanlah diri (kepadaku wahai Ibrahim)!’ Nabi Ibrahim menjawab, ‘Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.’ Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya, ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. ‘(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sepertimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tidak hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyembah Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).’”Surah al-Baqarah:130-133

#2 – Memahami Erti Ibadah

Ibadah bukanlah sekadar solat, berpuasa, zakat, haji dan lainnya tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah kematian. Firman Allah (maksudnya):
Katakanlah, “Sesungguhnya solat aku, ibadah aku, hidup aku, dan mati aku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan aku dan aku adalah orang yang pertama sekali menyerahkan diri (kepada Allah).”Surah al-An’am:162-163
Menurut Ibn Qayyim, sebahagian ulama mendefinisikan ibadah sebagai;
“kata yang mencakupi seluruh apa-apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah, baik perkataan atau pun perbuatan, yang zahir, mahupun yang batin.”

#3 – Menekankan Keperluan Beribadah

Firman Allah (maksudnya):
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki yang Mempunyai Kekuatan lagi sangat kukuh.”Surah al-Zaariyat:56-58
Ibadah adalah lebih penting berbanding lain hal bersifat keperluan di dunia ini seperti makan dan minum kerana ibadah berfungsi untuk menegakkan roh dan tubuh keseluruhannya.
Ia bukanlah aktiviti untuk manusia sahaja, malah seluruh makhluk yang ada. Ibadah tidak mendatangkan manfaat kepada Allah yang memang bersifat Maha Kaya.
Tetapi, ibadah bermanfaat kepada makhluknya kerana ia akan mensucikan dan menghilangkan segala penyakit hati serta hawa nafsu.

#4 – Mengutamakan Niat

Ibadah tidak akan diterima melainkan adanya keikhlasan dan mutaba’ah (mengikut) Nabi s.a.w.
Segala perbuatan kita hanyalah sekadar satu perbuatan melainkan jika kita melakukannya dengan tujuan untuk mendukung ketaatan kepada Allah dan menampakkan nikmat-Nya ke atas dirinya. Oleh itu, kita akan beroleh pahala dari perbuatan itu.
“Persetubuhan salah seorang di antara kamu dengan isterinya adalah sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kami menumpahkan syahwatnya namun dia beroleh pahala?” Nabi s.a.w bersabda: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa tatkala dia menumpahkan syahwatnya di tempat yang haram, makan dia akan peroleh dosa? Maka begitulah, ketika dia menumpahkan di tempat yang halal nescaya dia beroleh pahala.”Riwayat Muslim

#5 – Mengingatkan Diri Tentang Siapa Yang Disembah

Menurut Ibn Qayyim;
“beribadah kepada Allah s.w.t adalah ibadah yang paling terhormat, paling suci, paling luhur dan paling tinggi. Sedangkan beribadah kepada selainNya adalah kesyirikan, kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat.”
Firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya kamu dana pa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya.”Surah al-Anbiya’:98

#6 – Menghindari Diri Daripada Melakukan Syirik Mahabbah

Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
“Alangkah celaka hamba dinar, hamba dirham, dan hamba perut.”Riwayat Bukhari
Perbuatan beribadah kepada selain Allah bukan sahaja merangkumi perbuatan seperti menyembah berhala, dan bertawaf di kubur.
Malah ia juga adalah termasuk rasa cinta kepada sesuatu yang setara dengan cinta kita kepada Allah dan menghina diri kepadanya sehingga kita mengabdikan diri kita kepadanya,
Firman Allah (maksudnya):
“Dan antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”Surah al-Baqarah:165

Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah