6 Petua Nenek Ajar Untuk Halau Lalat Dari Rumah Rugi Tak Cuba Memang Berkesan!

da ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Pantang hidangan tak tutup dengan sempurna memang jadi tempat lalat ni hinggap. Paling sakit hati kalau siap bertelur lagi pada makanan yang terdedah. Risiko mendapat keracunan makanan jika memakan makanan yang ada telur lalat ni memang tinggi. Jadi terpaksalah kita buang makanan tersebut. Sayangkan?


Zaman dulu, lalat dikatakan lebih suka pada benda yang kotor. Tapi sekarang tidak lagi, walaupun rumah kita bersih dan tiada bau sampah lalat tetap datang untuk mencari makanan yang bersih!. Wow lalat pun dah berevolusi ya bukan sekadar suka hinggap pada benda kotor dibawanya kekotoran tu pada makanan bersih kita pula. 

Saya menggunakan kertas yang telah disapu gam dan ada sisa ikan masin, beli di kedai hardware memang digunakan untuk menangkap lalat. Namun setelah berhari-hari tiada lalat yang terlekat, yang kelakarnya kucing saya yang melekat dengan kertas tu kebetulan dia lalu di tingkat dimana saya letakkan kertas tersebut. Kesian meow tu :)


Akhirnya masa pulang ke kampung nenek ada kongsikan petua menghalau lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan:

1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangguk atau bekas yang berisi air. Letakkan di atas meja makan ataupun di kawasan  dapur. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.

2. Jika kehadiran lalat sering mengganggu anda sekeluarga yang ingin menjamu selera ataupun anda nak elak lalat hinggap di atas makanan yang baru selesai dihidangkan, nyalakan sebatang dua lilin. Lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.

3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.

4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil daun kari dan letakkan dalam mangkuk atau bekas berisi air dan biarkan terdedah di atas meja makan.

5. Selain itu anda juga boleh meletakkan cili (di belah dua) di atas meja sewaktu anda tengah menikmati hidangan.

6. Satu lagi tips yang bukan sahaja menghalau lalat tetapi juga boleh dijadikan aromaterapi di ruang makan anda, iaitu anda isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau wangi yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.

Selamat Mencuba.


via Bin Usrah