'Kenapa turunkan ayah awak di tengah jalan? Kalau kena langgar tadi?'


PUTRAJAYA - Viral di media sosial seorang lelaki tua ditinggalkan di tengah-tengah jalan oleh anak perempuannya, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan si anak yang tergamak berbuat demikian terhadap orang tuanya sendiri. 

Menurut Ezzan Suraiya, kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari berhampiran pejabatnya ketika dia dalam perjalanan ke Putrajaya untuk mengambil dua anaknya di sekolah.

Cerita hari ini, berlaku pada diri saya sendiri. Terus teringat pada arwah ayah. Saya bukan nak mengaibkan sesiapa, tetapi nak berpesan jangan buat ayah begini. orang tua memang ego, kita sebagai anak, layanlah dengan baik-baik. 

Seperti rutin biasa, di waktu tengah hari saya akan pergi ke sekolah Suri dan Saif untuk siapkan mereka ke kafa. Jadi dari pejabat di Cyberjaya, balik ke Putrajaya mengikut lorong tikus. Lalu jalan biasa, Jalan Teknorat 1 depan Lim Kok Wing. Naik saja corner lepas simpang office, tiba-tiba ternampak sebuah kereta Alza berwarna putih yang brek secara tiba-tiba. 

Turun seorang pakcik tua pakai kopiah dan bawa sling bag. Dalam hati dah tertanya apa hal pula pakcik ini turun di tengah jalan? Sebab jalan itu ada dua lorong ke arah yang sama saja. Di lorong kiri, si Alza itu sudah beredar. Saya yang berada di lorong kanan, berhentikan kereta di tepi pakci itu dan buka tingkap kereta sebelah kiri dan tanya dia.

"Kenapa pakcik turun tengah jalan ini? Sini tak ada bas. Bas stop depan sana, depan Lim Kok wing." 

"Anak pakcik turunkan pakcik. Awak hantar pakcik balik, boleh? Di Bandar Mahkota Cheras," katanya. 

Dalam otak ini terfikir macam mana nak hantar pakcik ini, sedangkan anak-anak sedang menunggu di sekolah. 

"Pakcik naiklah kereta saya, meh," pelawa saya. 

Dia nak duduk di depan tetapi saya tak bagi sebab ada barang-barang makanan tengah hari anak-anak di kerusi depan. Jadi saya minta pakcik itu duduk di belakang. 

"Ala, macam tuan la pakcik duduk belakang," katanya. 

"Tak apa, pakcik duduk saja. Masuk cepat, kereta banyak tu kat belakang," saya memang berhenti di tengah-tengah jalan lorong kanan. Memang berisiko sebab lorong pemandu memotong dan tengah pecut naik bukit. 

Bekal air anak-anak untuk ke sekolah kafa ini tadi pakcik minta minum sedikit sebab kehausan. Mungkin sebab dia duduk di kerusi belakang. Dalam keadaan haus, ternampak air masak ini
Pakcik naik saja kereta, saya terus menghala ke sekolah. Tak jauh, dalam beberapa meter sahaja. Tetapi dah turun bukit, Alza itu menunggu saya. Saya pun berhenti di tepi keretanya rapat-rapat dan buka tingkap kiri. Dia memang sedang menunggu agaknya siapa yang ambil bapa dia. 

"Kenapa turunkan ayah awak di tengah jalan ini? Panas gebang. Kalau kena langgar tadi?" soal saya. 

"Ayah saya ini ego, degil, tak nak dengar cakap orang lain. Dia kata dia boleh balik sendiri," jelasnya.

Saya jeling dan kata, "Hmm, kejap ye, saya parking tepi," lalu beri signal ke kiri dan parking di depan keretanya. Saya keluar dari kereta dan pakcik itu saya biarkan dalam kereta yang enjinya tak dimatikan. Saya terus menuju ke arah perempuan itu tadi. 

Dengan bangganya dia berkata, "Biarkan dia tengah jalan tadi. Ego sangat."

"Eh kau ni tudung je saja labuh tapi buat ayah sendiri macam ini. Kau tahu tak berdosa? Kau tahu tak rasa bila ayah kau dah tak ada? Kau tak fikir ke kalau tadi aku tengah tekan minyak naik bukit dan langgar ayah kau? 

"Kau dah menyusahkan aku. Tak pasal-pasal je. Kau ni memang la. Kalau esok ayah kau mati, kau tahulah," kata saya.

Perempuan itu menunjukkan reaksi wajahnya seperti tidak berpuas hati lalu pergi ke kereta dan ambil ayahnya. Kereta center lock, jadi dia tidak dapat buka. Pintu kena buka dari bahagian pemandu. 

Pakcik buka tingkap dan kata, "Bukakan pintu ini, pakcik nak tampar dia ni." 

Huh! Saya dengar perbalahan anak beranak berkenaan kunci rumah. Pada pakcik tak ada, pada anak dia pun tak ada. Saya sempat tengok dalam Alza ada lagi dua perempuan bertudung, tak keluar pun ambil pakcik ini. 

"Tak ada kunci, aku pecahkanlah rumah," kata pakcik itu. 

Saya tak berapa fokus dengar perbualan mereka sebab orang lalu lalang perhatikan drama kami di tepi jalan. Tetapi saya dapat tangkap perbalahan mereka mengenai kunci rumah. 

Setelah 7 hingga 8 minit mereka berbalah, saya kata "Pecahkanlah pakcik." 


"Okay, pakcik balik ikut budak-budak ini. Terima kasih ye sebab tumpangkan pakcik," katanya. 

Saya perhatikan kelakuan mereka. Yang dalam kereta tak turun pun. Perempuan yang tadi terus masuk ke kereta. Pakcik terus masuk ke dalam kereta Alza. Saya masuk kereta dan perhatikan lagi dari cermin pandang belakang. Saya nampak mereka semua sedang marahkan pakcik itu dengan menunding-nunding jari terhadapnya. 

Mereka menunggu saya beredar, tetapi saya tak bergerak. Akhirnya mereka jalan dulu sambil melihat ke arah saya. Tapi mereka tak nampak dengan jelas agaknya sebab tinted cermin kereta saya sangat gelap. 


Moralnya, walaupun ayah kau suruh turunkan di jalan raya, turunkanlah di tepi jalan ke, perhentian bas ke apa. Ini di tengah-tengah jalan, tempat kereta tengah laju, kawasan yang tak ada perkhidmatan teksi, perkhidmatan bas pun sejam sekali pun susah. Tak perlulah buat begitu. 

Saya teringatkan arwah ayah. Teringat suatu ketika saya bertekak dengan ayah. Syukur tak pernah lagi saya buang ayah seperti itu. Bukan saya nak berbangga diri bercerita hal ini pada kawan-kawan di Facebook, tetapi saya rasa saya perlu beritahu. 

Ayah dan ibu tak dapat di mana-mana. Memang saya bukan anak yang baik, adakalanya melawan cakap ibu dan arwah ayah tetapi bila ayah dah tak ada, kita akan rasa kehilangan itu. Walaupun pasangan hidup sekali pun tak boleh beri kasih sayang ikhlas seperti ibu dan ayah.

Ibu, ayah, anak-anak, adik beradik, kasih sayang itu kadang-kadang memang tak nampak tetapi ikhlas itu tak boleh ditukar ganti atau dijual beli. 

Maafkan saya kalau ada yang tersentap atau kata saya poyo. Maafkan saya. Saya tengok pakcik itu tadi teringat pada video yang saya kongsikan semalam. 

Menurut Nor Azura Mohamad, kejadian itu berpunca dari masalah perebutan wang pencen. Namun tidak mendedahkan dengan lanjut. Apa yang dikesalkan ialah cara layanan si anak terhadap bapa yang dianggap kurang ajar. 

Selama kerja sebagai front line dalam tempoh 7 taun, inilah pengalaman yang tak boleh saya lupakan. Ya, saya juga pernah mempunyai masalah dengan ayah saya tetapi tidak pernah tergamak ingin meninggalkan ayah yang pelupa di merata-rata. 


Kisah ini telah lama, menjadi perebutan wang pencen. Tidak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul. Fine, kami tidak boleh masuk campur hal rumahtangga kalian. Setiap orang ada masalah, pastinya rumahtangga kalian ada masalah. Tetapi itu bukan menjadi alasan untuk kalian bersikap kurang ajar dengan ayah kalian. 

Ya betul, ayah kalian asyik bertanya tentang perkara yang sama secara kerap. Tetapi kalian tahu dia sakit dan dia pelupa. Ayah memang ego, acah-acah nak balik sendiri. Tetapi hakikatnya hanya ada RM5 di dalam dompet lusuhnya. Sedangkan pencen dia RM4,000 sebulan!


Kami tidak mahu mengambil tahu apa masalah keluarga kalian tetapi sanggup kalian meninggalkan dia di sini terkontang-kanting? Call banyak kali tak dijawab, paling aku tak boleh sangka, kau boleh berhentikan ayah kalian di tengah-tengah jalan! Kalau oran gtak perasan, memang dah kena langgar bapak kau tu!

Allah. Aku tak kisah apa masalah keluarga kau tetapi itu bapak kau. Sebab air mani dia, kau wujud di muka bumi ini. Susah-susah sangat, kau tak nak jaga, berlambak rumah orang tua. JKM semua ada. Apa bangang sangat kau tak boleh fikir? 

Walau apa pun masalah yang timbul, janganlah melayani orang tua kita begini. Seperti mana mereka beralah untuk memujuk kita yang merajuk di zaman kanak-kanak, begitu jugalah cara kita memujuk mereka. Tidak salah jika kita sebagai anak mengalah dulu, apa yang penting, mereka masih ada di mata kita. Semoga pakcik dan anaknya itu berdamai.