KENAPA ANAK BERPELUH PADA WAKTU MALAM
1. Stress
2. Sleep apnea
3. Masalah pernafasan
4. Makan makanan pedas sebelum tidur
5. Masalah berat badan
6. Mengalami mimpi ngeri
7. Kesan sampingan jika anak-anak ada mengambil ubat
8. Baju tidur yang tebal
SIMPTOM JIKA ANAK SELALU BERPELUH PADA WAKTU MALAM
1. Tercungap-cungap ketika tidur
2. Tidur dengan mulut terbuka
3. Nafas kuat
4. Mudah letih pada siang hari
TIPS ELAK ANAK ASYIK BERPELUH PADA WAKTU MALAM
- Pastikan anda tetapkan susu yang sesuai dalam bilik anak-anak, tidak kira sama ada menggunakan penghawa dingin atau kipas, supaya tidur anak lebih selesa.
- Elakkan anak makan makanan yang pedas sebelum tidur. Jika anak berkeras untuk makan, pastikan ada jurang antara makan malam dengan waktu tidur supaya suhu badan anak tidak naik ketika tidur.
- Galakkan anak untuk merehatkan badan dengan berjalan-jalan sekitar rumah atau istilah lain ‘menyejukkan badan’ terlebih dahulu sebelum tidur.
- Nasihat anak supaya kurang menggunakan selimut atau cadar katil yang tebal ketika tidur, melainkan situasi yang memerlukan.
- Tanya anak jika ada perkara yang menganggu mereka ketika tidur yang menjurus kepada situasi asyik berpeluh ketika tidur. Hal ini kerana, stress yang tinggi juga adalah penyebab kepada kekerapan berpeluh semasa tidur.
- Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya keadaan makin teruk. Minta juga nasihat jika ada antara ubat-ubatan yang diambil oleh anak-anak menyebabkan mereka berpeluh ketika tidur.
- Jangan pakai baju tidur yang tebal. Pilih pakaian atau material kain yang mudah untuk kulit bernafas.
- Pastikan ada peredaran udara yang baik dalam bilik. Kalau boleh, biarkan tingkap bilik terbuka sedikit sebelum tidur dan membiarkannya supaya angin segar mengisi ruang bilik. Anda boleh tutup semula tingkap apabila sudah tiba masanya untuk tidur.
Pastikan anak anda mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mendapat tidur yang berkualiti ya! Semoga bermanfaat!
Sumber: SirapLimau
via Bin Usrah