Tanda-Tanda Anda Mempunyai Kolestrol Yang Tinggi


Oleh Ina Mohd. Sumber FB AMS Wellness

Penjagaan kesihatan amat diperlukan oleh setiap masyarakat lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu. Di sini kami ingin berkongsi tanda-tanda anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Sedikit sebanyak perkongsian ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih menjaga diri sendiri. Jika tanda-tanda ini ada pada diri anda, sila berjumpa doktor ya.

Kaki sering rasa kebas adalah salah satu tanda kolestrol tinggi. Ia terjadi kerana darah bergumpal dan menyebabkan aliran ke kaki tidak lancar. Senak dada sebelah kiri akan terjadi apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi. Peningkat kolestrol juga menyebabkan anda mudah letih dan mengantuk. Ini kerana peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini mengakibatkan aliran darah membawak oksigen ke otak terhalang membuatkan seseorang itu cepat mengantuk.

Apabila pembuluh darah makin sempit, kaki akan membengkak. Kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah. Selain dari itu akan timbul bintik-bintik putih pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurang sehingga menyebabkan rasa sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher.

Pada tengah atau hujung kelopak mata merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut. Jika tanda-tanda di atas terdapat pada diri anda, sila jaga kesihatan atau dapatkan khimat nasihat doktor.

via Bin Usrah