'Sistem Medical Emergency di Jepun adalah berbeza' - Bakal melancong ke Jepun? Anda perlu ambil tahu perkara penting ini

  • Pelancong Malaysia di Jepun, cedera di betis akibat terhentak di jalan ais yang keras
  • Paramedik (ambulans) cuba mencari hospital yang boleh menerima pesakit, namun gagal
  • Sistem medical emergency di Jepun berlainan. Ambulans tidak akan bergerak selagi tidak menemui hospital yang boleh menerima pesakit tak kira rakyat tempatan atau pelancong
  • Seorang lelaki tua yang sakit pernah ditolak 36 kali oleh 25 hospital, yang akhirnya meninggal dunia




Saya nak kongsi tentang kes tourist Malaysia yang patah kaki di Sapporo, Hokkaido beberapa minggu lepas. Dan di sini saya harap dapat memberi sedikit gambaran betapa berbezanya sistem emergency di sini dengan Malaysia.

Tourist tersebut tergelincir dan salah satu kaki betis dia terhentak pada tepi jalan ais yang keras. Selepas tu dia tak boleh bergerak dan kaki jadi bengkak dan dia mula kesakitan. Kebetulan masa itu ada passer-by orang Jepun dan orang tersebut tolong menghubungi ambulans. Ambulans datang dan orang ambulans tidak paham bahasa inggeris dan tourist tersebut dan juga rakan-rakannya tidak tahu berbahasa Jepun maka ada yang menghubungi saya untuk meminta bantuan.

Saya telefon dan kemudian berhubung dengan orang ambulans. Saya dimaklumkan bahawa mereka sedang berusaha cuba mencari hospital yang boleh menerima tourist tersebut, tapi semuanya menolak. 

Kemudian ada satu hospital yang bertugas untuk handle accident patients pada malam itu yang katanya sanggup terima tetapi dengan syarat perlu ada translator. Itupun ditolak akhirnya.

In the end, saya sarankan sebuah hospital yang saya familiar dengan harapan mereka sanggup terima. Alhamdullillah mereka sanggup terima tapi mereka hanya boleh setakat buat observation, X-ray dan balut saja dan tidak boleh ward tourist tersebut.

Saya bergegas pergi bertemu dengan tourist tersebut selepas itu untuk menjadi translator sebab kebetulan pada masa itu, saya ada kelapangan untuk berbuat demikian. Masa saya jumpa tourist dan rakan-rakannya, mereka bertanya pada saya,

''Kenapa ambulans tu tidak terus bergerak?''

Di Jepun, sistem medical emergency untuk setiap tempat adalah berlainan tetapi untuk ambulans pula, mereka hanya boleh bergerak sekiranya jumpa hospital yang boleh terima. Selagi tak jumpa, selagi itu mereka tidak akan bergerak. Jika perlukan immediate medical procedure seperti heart attack yang memerlukan immediate CPR (cardiopulmonary resuscitation), mereka akan bertindak tapi tidak akan bergerak selagi tiada hospital kata boleh terima.

Mencari hospital@klinik yang boleh terima sehingga dijumpa dipanggil たらい回し, Taraimawashi. Manakala ditolak dari diterima dipanggil 受け入れ拒否, Ukeire kyohi.

Ini tiada kaitan dengan hospital kerajaan ke hospital swasta ke mahupun sama ada ada duit ke tidak. Tapi lebih kepada kesanggupan hospital tersebut nak terima atau tidak.

Foto Hiasan | Seorang lelaki berusia 75 tahun, meninggal dunia selepas ditolak 26 buah hospital sebanyak 36 kali kerana enggan menerima/merawatnya atas alasan kekurangan doktor, wad penuh dan sebagainya. Difahamkan sudah berpuluh ribu kes seperti ini berlaku, namun tiada hospital yang dikenakan tindakan undang-undang - Sumber Newsfeed Time
Ini salah satu masalah dalam sistem medical emergency di sini dan pernah ada kes di mana ibu mengandung yang mengalami complications meninggal dan juga kes budak kecil sakit teruk meninggal sebab dua-dua masalah di atas.

Ada juga kes lain tourist dan residents yang merasa Taraimawashi dan juga Ukeire kyohi. Saya sendiri pernah ditolak dari terima rawatan untuk asthma attack sedangkan saya boleh berbahasa Jepun.

Alhamdullillah, kes kali ini tak ada melibatkan nyawa dan tourist tersebut sudah pun selamat menjalani pembedahan di Malaysia. Cuma ini salah satu kesnya. InsyaAllah saya akan kongsi lagi.

'Kami bayar mahal, tapi rumah banyak lipas' - Bila diperiksa, rupa-rupanya penyewa yang pengotor



"Anne, rumah banyak lipas lah. Geli nak duduk sini," kata gadis hipster heels lima inci. 

"Banyak lipas? Rumah kotor kot? Cuba bersihkan dulu, selepas itu spray ridsect, nanti hilanglah lipas tu," balas saya. 

"Rumah kitorang bersihlah Anne, tapi memang banyak lipas. Datanglah bawa ubat lipas ke apa. Kami dah bayar, kan? Mahal," kata penyewa itu lagi. 

"Yelah, nanti ada masa saya datang," dalam otak ligat cari masa yang sesuai/peluang untuk buat pemeriksaan mengejut. 

Jam 7 pagi, dah tercegat depan pintu. Gadis hipster heel lima inci tengah bersiap nak pergi jogging, tengah solat, belum bangun semua ada. Buka pintu, masyaAllah bau. Bau masam + bau perfume + bau penyegar udara = pitam. 

Mana lipas? Terus masuk ke dapur, rasa nak pengsan bila tengok mee hoon dalam kuali berulat, minyak tumpah, pinggan mangkuk berulat. milo tumpah penuh di lantai. Bau? Tak usah cakap, mungkin itulah definisi bersih bagi mereka. 

Tindakan: 
  • Bersihkan segera dalam masa dua jam
  • Ini amaran kali kedua dan sewa dinaikkan RM40 dan upah cleaner datang bersihkan setiap minggu.
  • Collect RM30 setiap seorang, beli pinggan mangkuk dan kuali baru.

Siapa suruh buat masalah, kan? Bebel-bebel tak jalan, buat muka saya bertambah kedut saja. Yang jalan, kena (beri pengajaran) guna duit saja. Barulah mereka tahu nak berubah. 

Bila disiasat, rupa-rupanya mereka masak beramai-ramai, makan ramai-ramai kemudian tapau bagi pakwe rumah depan. Tak tahu ke rumah depan itu pun milik saya? Hahaha. 

Berkenan dengan gadis hipster heel lima inci? Nak buat bini? Nak berkenalan? Meh PM tepi. 

Takkan terbang 'burung punai' kau kalau setakat cuci pinggan'


Astaghfirullahalazim.. mengucap panjang melihat keadaan dapur kotor sebegini. Dari zaman kanak-kanak lagi ibu bapa mengajar kita tentang kebersihan. Bahkah agama juga turut mengajar umatnya mengutamakan kebersihan. 

Namun segelintir manusia khususnya orang bujang tak kira lelaki atau perempuan bila tinggal di rumah sewa bersama dengan rakan serumah yang bukan dikenali sejak dari kecil, tanpa segan silu menunjukkan perangai malas mereka. 

Jika anda mempunyai rakan serumah seperti ini, apa yang anda lakukan? 

"Guys, duduk rumah bujang ini, engkau kena banyak bersabar. Nak marah, tak boleh sebab masing-masing dah besar. Nak tulis nota 'pandai makan, pandai simpan'. Hello! Itu sangat kurang ajar. 

"Jadi, nak tak nak, engkau kena belajar. Belajar untuk bertolak ansur dan tak mudah menyembur," demikian tulis Redzuan Abd Manaf

"Weiiii syaiton! Tak terbangnya 'burung punai' engkau kalau setakat cuci pinggan, buang sampah dan kemas rumah kotor!

"Take note ye guys, terutamanya orang perempuan tu, tolong skodeng/terjah rumah teman lelaki korang. Kalau rumah perempuan bujang begini, elok kasi penampor," selorohnya. - The Reporter

Dah 2017, majoriti rakyat Malaysia masih belum reti kemas meja selepas makan



Sekali sekala saya akan makan di kedai makanan segera. Lagi-lagi kalau berada di Kuala Lumpur sementara menunggu ETS balik ke Ipoh atau tunggu penerbangan di KLIA, memang kena singgah sebab mudah dan cepat. Kadang-kadang kalau dengan tunang, bila dah tak tahu nak makan di mana, restoran makanan segeralah jawabnya. Balik Lumut, lepak dengan kawan dan adik saya pun mesti di McDonald, depan rumah kami. 

Pandangan seperti itu, lumrah. 4-5 buah mjea bersambung. Makan ramai-ramai dan habis berterabur, macam baru dilanggar garuda, macam tongkang pecah, macam kandang babi kalau nak perumpamaan yang paling kasar. 

Dulu, saya pun begini juga. Selepas makan, tinggal. Itu dulu, masa zaman sebelum belayar. Bila belayar, kita tengok tempat orang, buday orang dan tabiat mereka. 

Pernah makan di McDonald Buersplein, Rotterdam circa 2009/2010. Masa itu saya perasan, selepas mereka makan, mereka kemas meja, angkat talam dan letak di tempat pembuangan sampah yang disediakan. Okay. 

Bila berjalan di sekitar Buersplein, Coolsingel, Karel Doormanstraat dan Lijnbaan pun senario yang sama berlaku di kedai seperti itu. Selepas makan, lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi. Pelanggan yang buat, bukan pekerja. Makanya, mereka datang elok, pergi pun elok. Mereka ingat orang belakang senang cerita. Saya fikir ini satu amalan yang baik untuk diikuti. 

Bila pulang ke Malaysia, saya amalkan tabiat seperti itu. Selepas makan, kemas meja, kumpul sampah, buang dalam tong sampah dan letak talam di tempat yang disediakan. Masa itu di KL Sentral, ramai yang pandang seperti memandang sesuatu perkara yang pelik. Mau tak pelik, sendiri angkat talam McDonald selepas makan, tak dibuat orang. 

Buat di Midvalley, Times Square, IKEA, semua orang pandang seolah-olah tingkah laku itu pelik sangat bagi mereka. 

Tabiat inilah yang saya amalkan sehingga ke hari ini. Hatta di medan selera makan kompleks beli belah, walaupun ada tukang angkut pinggan warga Bangladeshpun. Kadangkala bila kita nak makan, tengok meja yang ditinggalkan seperti dalam gambar, kita pun tolong kemaskan. Bengang juga tetapi layankan sajalah. Syukur juga ada orang lain yang mempunyai tabiat yang sama.

Kenapa saya buat begitu? Sebab pertama, saya melihat kelakuan orang Belanda dengan tabiat sedemikian masa zaman foreign going dulu sangat baik untuk diteladani. Perkara yang baik, kita jadikan sebagai contoh. Ambil yang jernih, yang kerus itu tapislah guna penapis air Elken. 

Keduanya, dulu tahun 2011-2012, pernah ada kes pekerja franchais makanan segera dimaki oleh pelanggan tak tentu pasal. Siap ada video sampai kecoh satu Malaysia dibuatnya. Bertempur segala rakyat jelatan di media sosial pada waktu itu. Ramai yang kata memang patut pekerja itu kena maki. Gaji dia pelanggan yang bayar.

Saya macam 'WOW!'. Jadi duit kamu bayar itu kira lesen untuk maki dan hina pekerjaan orang lain? Hebat permainannya. Ada yang siap kata cukai perkhidmatan itu kira untuk mereka kemas tempat makan yang ditinggalkan pelanggan. Nampak tak? Itulah sikap terkeji manusia. 

Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk membantu para pekerja ini. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan meruskan tabiat mengemas tempat kita makan sebaik selesai menjamu selera sebagai tanda solidariti kepada petugas franchais makanan segera ini. Biarlah orang kata kita buang tabiat sekalipun. 

Ya, memang keuntungan kedai-kedai ini akan membayar gaji mereka tetapi itu bukan lampu hijau untuk pelanggan memaki hamun mereka atau meninggal meja makan digunakan penuh dengan sisa makanan seperti sarang babi hutan. 

Di rumah pun selepas makan, kita angkat pinggan dan kemas meja sendiri, kan? Kenapa tidak begitu bila makan di luar? Tak salah pun buat begitu dan meringankan kerja kakitangan kedai makan. Malah ia lebih bagus dan melambangkan kita masyarakat yang ada pekerti mulia juga sebagai tanda kita tidak kedekut dan ada kesedaran sivik serta penanda aras mentaliti masyarakat. 

Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita tak ada kelas. Jadi berubahlah. Dah makan, kemaslah meja. Paling best bila adik-adik, achi dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih pada kita. Sekelumit pekerti kita itu dibalas juga dengan kebaikan. Paling malas pun kurang-kurang susun atur elok agar mudah dikemas.

Elak sebut 'NO' atau 'Jangan' kepada anak, sebaliknya guna ayat arahan yang positif



Semenjak dua menjak ini, saya sering ditanya soalan,

"How to say 'No' without saying 'No' to the kids?"

Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata "No no no" pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan. Kasihannya si anak.

Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO. Sehinggalah saya baca satu artikel inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.

Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN:

1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, "jangan lari" anak dengar lari. "Jangan sentuh", anak dengar sentuh. "Jangan pukul", anak dengar pukul. Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?

2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.

3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak. Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.

Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.

Antara ayat yang kita boleh tukar:

1. Don't go there -> Stay close with Mama
Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.

2. Stop hitting -> keep your hands at your back
Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).

3. Don't screaming -> talk nicely
Jangan menjerit > Cakap elok-elok.

4. Don't run -> walk slowly
Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.

5. Don't climb -> stay on the ground
Jangan panjat > Turun sekarang.

6. Stop jumping -> sit down
Berhenti melompat > Duduk diam-diam.

Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.

Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.

Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!

Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.

Silakan SHARE post ini untuk manfaat semua. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa insyaAllah.

'Kesian dengan graduan under PTPTN, tak bayar kena block' - Ahmad Idham


PUTRAJAYA - Ahad lalu, pengarah filem, Ahmad Idham Nadzri, berkongsikan pandangannya mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan sekatan keluar negara terhadap peminjamnya yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar. 

Tweet Ahmad Idham itu mendapat banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyokong pandangannya. 

"Kasihan saya dengan graduan under PTPTN. Tak bayar, kena block. Nak bayar macam mana kalau peluang pekerjaan pun susah sekarang ni? Adik ke (tindakan seperti ini) pada mereka? Terfikir, kenapa sampai nak kena block Imigresen? Kerajaan dah tak percaya pada rakyat sendiri ke? Bukan ke rakyat yang pilih kerajaan?

"Kalau yang baru kerja, gaji pun cukup-cukup nak bayar keperluan asas saja, kan. Kos saraan hidup kini tinggi, beban hutang belajar lagi, nak tanggung tu. Bukan ke lagi bijak bukakan peluang untuk mereka bekerja di luar negara. Bolehlah mereka menjana pendapatan untuk bayar hutang belajar. Ini (tidak) terus hukum, bukan bagi solution. 

"Maaf, saya bersuara sebab saya risaukan masa depan generasi muda kita. Peluang pekerjaan semakin sukar. Syarikat sudah banyak ditutup. Syarikat besar pun buang pekerja. Jadi?

"Saya sering tertanya-tanya, adakah dengan dijatuhkan sekatan Imigresen pada graduan ini merupakan satu bentuk 'hukuman untuk mendidik' atau untuk menekan? Dikatakan belia adalah masa depan negara, adakah ini salah satu pelan mendidik remaja untuk persiapkan mereka di masa depan? Terus terang saya amat risau akan modul mendidik jika inilah caranya," katanya. 

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat bahawa mereka juga bimbang dengan masa depan anak-anak mereka di masa depan jika tidak mendapat pinjaman PTPTN hanya disebabkan oleh peminjam terdahulu enggan membayar balik pinjaman.

Selain itu, netizen juga menjelaskan PTPTN tidak akan mengenakan sekatan sesuka hati terhadap peminjamnya.

"PTPTN hanya akan block peminjamnya yang sudah lama tidak membuat beryaran atau tunggakan lama. Bukannya baru grad dah diblock. Hutang tetap hutang, larilah macam mana pun, hidup akan rasa tak tenang," kata Ayumi. - The Reporter

'Honda City V9*** nak langgar kami (motosikal) dari belakang di lorong kecemasan!'


TAPAH, PERAK - Niat pasangan suami isteri yang menaiki motosikal menghalang sebuah kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan, hampir menyebabkan mereka kemalangan. 

Dalam kejadian malam tadi, mangsa, Mysarah Omar dan suaminya, Amirul Shahiranshah, mendakwa kereta Honda City model 2014 berwarna putih itu sememangnya berniat mahu mencederakan mereka kerana berang dihalang menggunakan laluan kecemasan. 

"Pemandu itu memang berniat ingin mencederakan kami kerana kami menghalangnya menggunakan laluan kecemasan. Dalam keadaan lebuhraya yang sesak, dia tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan kemudian membuat brek mengejut agar kami panik. 

"Suami saya telah mengejarnya dan hanya sempat merakam gambar tersebut," katanya yang juga difahamkan telah membuat laporan polis. 

 V9887 Honda City (putih) nak langgar aq dgn wife (naik motor) dari belakang di laluan emergency lane.. 2 3...
Posted by Amirul Shahiranshah on Monday, 30 January 2017

"Saya juga penunggang motosikal dan pemandu kereta, tak sangka dalam kesesakan lalu lintas ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri," katanya lagi. - The Reporter

'Saya tidak menyangka itu lambaian terakhir Icha' - Bapa


KUANTAN, PAHANG - Bayi berusia 20 bulan yang lemas selepas terjatuh dalam air banjir, lewat petang Sabtu lalu selepas beberapa kali merengek untuk bermain air sambil menarik tangan bapanya, Muhammad Firdaus Sazali, 24, pada hari kejadian, lapor Harian Metro

Selepas permintaannya tidak diendahkan, mangsa, Siti Nurdarwisyah, seakan merajuk sebelum masuk ke dalam bilik dan menyusu bersama ibunya. 

Menurut Muhammad Firdaus, dia hanya menyedari kehilangan anaknya ketika azan Maghrib dan mencarinya di pelusuk rumah, namun tidak menemuinya. 

"Ketika itu saya sudah berasa tidak sedap hati dan berfikir kemungkinan Icha keluar dan bermain air. Saya terus keluar dan sebaik menuruni tangga rumah, saya terpijak 'goggle' miliknya dan ketika itu jantung saya sudah berdegup kencang.

"Saya terus terjun ke dalam air dan mencarinya, namun tidak menemui Icha sebelum meminta bantuan jiran. Selepas beberapa minit mencari, akhirnya seorang jiran menemui Icha tersangkut di celah pokok kira-kira satu meter dari rumah," katanya. 

Mangsa ditemui dalam keadaan lemah pada jam 7.22 petang selepas tersangkut di celah pokok di dalam air banjir. Ketika dibawa naik ke beranda, mangsa masih bernyawa dan Muhammad Firdaus membuat bantuan pernafasan terhadapnya dan terus bergegas membawa mangsa ke hospital. 

"Dalam perjalanan ke hospital, badan Icha sudah mula sejuk sebelum doktor mengesahkan bahawa Icha sudah tiada kira-kira 45 minit menerima rawatan," katanya. 

Posted by Buletin TV3 on Saturday, 28 January 2017

Jelas Muhammad Firdaus, kawasan rumahnya dilanda banjir sejak beberapa hari lalu namun mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara memandangkan air tidak memasuki rumah. 

Jenazah Siti Nurdarwisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Panching Utara jam 10 pagi semalam. 

Muhammad Firdaus berkata, dia masih terbayang lambaian serta ucapan 'bye, bye' yang dituturkan ketika anaknya menaiki perahu bersama adik iparnya dua hari lalu. 

"Aksinya itu sempat dirakam oleh ibu mentua saya menerusi telefon bimbit dan saya tidak menyangka itu lambaian terakhir Icha. Bila melihat rakaman video itu, hati saya menjadi sayu," katanya. 

'Ini kali pertama solat dalam ketakutan' - Arabella


Oleh Arabella

Selama solat di AEON, ini kali pertama solat dalam keadaan takut. Saya diserang tanpa sebarang sebab yang munasabah. 

Saya pergi ke toilet sebelum solat, seperti biasa. Saya masuk ke surau dengan seorang gadis berambut blonde dan pakaian pendek. Saya tak kisahlah, dia nak solat. 

Dah dapat tempat, bermulalah insiden ada beberapa makcik memandang-mandang gadis itu tadi. Kebetulan saya dengan gadis itu berkongsi sejadah. Saya senyum sajalah like, 'no problem girl, chill'. Saya buat bodoh saja pada makcik yang memandang. 

Bila kami nak bangun ambil wuduk, seorang makcik berhampiran kami marah. 

"Cina mana boleh masuk sini!"

Saya seperti, "apalah makcik?"

Gadis itu dah malu dan berkata, "saya Melayu, cik" sambil tersenyum pada makcik itu. 

Kemudian makcik itu mula kecoh dan membebel. 

Saya kasihan tengok gadis itu, terus tarik tangan dia dan kata, "dah, jom pergi ambil wuduk". 

Segalanya okay sehinggalah kami masuk semula ke tempat solat, ada seorang makcik kata, "pakai baju anjing, tak sah solat" yang mana dia merujuk pada baju yang dipakai oleh saya seperti dalam ini. 


Saya abaikan dan terus sarung telekung. Gadis itu tadi juga mengikut apa yang saya buat kerana saya nampak yang dia sudah mula ketakutan. 

Beberapa saat kemudian, ada seorang makcik ini terus menarik telekung saya dan gadis itu, tak nak bagi kami solat. Menyirap membandung dah masa itu. Nasib baik belum angkat takbir lagi. 

Saya terus cakap baik-baik pada makcik itu. 

"Cik, saya dengan kawan saya nak solat, boleh?" 

Terus dicantas, "Mana boleh!" 

Saya tergelak masa itu. Kemudian saya pusing depan semula, nak angkat takbir itu, dia tarik telekung dan rambut saya sampai saya terjatuh. Masa itu, gadis blonde itu dah menangis ketakutan dan tiada seorang pun yang menghalang/menegur perbuatan makcik itu. Tiada seorang pun. 

Saya rasa nak menangis pada masa itu tapi tahan saja, jadi saya suruh gadis itu solat cepat-cepat. Saya malas nak tinggikan suara sebab makcik itu orang tua, kan. Jadi saya kata elok-elok, 

"Cik, kami datang nak solat saja, bukan nak bergaduh. Dia blonde dan pakai ketat, itu hal dia dengan tuhan. Baju ini pun, saya beli bundle saja. Janji saya pakai sebab nak tutup aurat. Salah ke?" 

Tahu pula makcik itu diam. Kemudian ada seorang kakak ini kata, "dah dik, sambung solat". Masa itu dah bersyukur ya rabbi. 

Saya dengan gadis itu tak fikir apa, terus angkat takbir dan solat. Tangan saya menggigil, bacaan kucar kacir tetapi cuba untuk fokus juga pada masa itu. Habis saja salam kedua, terus saya lilit shawl dan pegang tangan gadis itu dan ajak dia keluar cepat. 

Masa keluar itu, dia asyik meminta maaf pada saya dan semasa solat saya dengar macam-macam dari makcik yang melemparkan kata-kata kurang enak terhadap kami berdua. Menangis juga dibuatnya ketika solat. 

Gadis itu freehair, jadi masa kami keluar itu merasa jugalah dia kena tarik manja. Kami pergi ke washroom tingkat lain masa itu juga. Ianya satu pengalaman yang mengerikan dan tidak pernah terfikir ada juga orang seperti ini di Malaysia yang majoritinya muslim. Lebih menyedihkan lagi, tiada seorang pun yang menghalang tindakan makcik itu. 

Gadis itu pula rasa serba salah dan ucapkan terima kasih kepada saya. Saya selamat dah sekarang, Alhamdulillah. 

Peringatan kepada semua, jika anda berada dalam situasi ini, jangan hanya melihat saja, bantulah mereka. 

Ada orang tanya di AEON saya dan gadis itu terkena, saya tak ingin dedahkan sebab itu tidak penting. 

'Selepas buat Lasik Surgery, mata power 800+ itu hilang & tak perlu pakai cermin mata' - Nina



Ramai pula yang inbox saya tentang Lasik Sugery (bahasa senang sebut laser mata, untuk hilangkan rabun). Hari ini baru rasa betul-betul taip tulisan dengan betul. Macam mana rasa, berdebar ke, tak takut ke. 

Saya buat lasik ini di UIA Kuantan, Pahang. Kalau nak pergi, pastikan buat temujanji terlebih dahulu. Dalam sebulan lebih, barulah saya dapat giliran untuk buat. Kos, RM3,500 untuk dua biji mata. Ramai yang kata murah berbanding tempat lain. Sampai jiran saya sendiri terkejut, sebab isteri dia buat di tempat lain menelan belanja RM3,500 untuk sebiji mata sahaja. Di UIA bukan pelajar yang buatkan, tetapi Doktor Pakar. Jangan risau. 


Sebelum saya berpeluang membuat lasik ini, doktor akan periksa keadaan mata, tisu mata dan semua yang berkaitan. Kemudian barulah dia akan beri tarikh untuk buat pembedahan iaitu 26 Januari baru-baru ini. 

Saya pergi seorang diri sahaja, rileks bawa bekalan roti sambil daftar untuk pembedahan. Tengok kawan-kawan yang lain semua bawa pasangan. Sampau jururawat pun tanya, "datang seorang ke?" senyum saja.

Pada hari itu, ada 11 orangs yang buat pembedahan. Saya orang yang kedua. 

Selesai daftar dan buat pembayaran semua, jururawat suruh tukar pakaian dan pakai pakaian macam orang nak jalani pembedahan itu. Selepas itu, bahagian mata dilap dan dititis dengan ubat kebas. Memang sempoi gile rasa. Kemudian doktor panggil masuk ke bilik pembedahan. Tak perlu bertolak duduk atas katil, jalan saja masuk ke dalam bilik itu. Sudahlah sejuk.

Jururawat suruh baring sambil dia selimutkan. Memang besin itu besar sangat. Dalam bilik itu ada 6-7 orang. Doktor pakar, seorang saja. Doktor pula jenis pak lawak. Bermulalah pembedahan. 

Doktor buat mata sebelah kanan dulu. Ditarik sikit bulu mata, kemudian diletak pendakap bagi luaskan mata. Masa itu saya sedar, cuma mata dah kebas. Doktor cuci mata dengan ubat, sapu apa entah. Kemudian jururawat panggil, Nina Suraya, start lasik". 

Masa itu saya nampak atas mata ada macam lampu-lampu sahaja. Kemudian doktor kira, "Okay. 13 second lasik done!". Masa lasik itu memang bau macam benda terbakar. Kemudian terus mata clear. Terjua sangat. 

Kemudian buat pula mata sebelah kiri, benda yang sama. Akhirnya doktor letak ubat dan selesai. Doktor kata "tahniah, pembedahan berjaya". Saya terus bangun dan ucap terima kasih pada doktor dan jururawat semua sambil keluar dari bilik pembedahan itu. Toleh kiri, nampak yang lain tengah menunggu giliran, siap cakap "Good luck semua". 

Saya terus tukar baju. Jururawat titis ubat dan bagi ubat bawa balik. Sempoi gile, 15 minit saja mata yang power 800 lebih itu dah hilang. Mata saya clear seperti biasa tanpa perlu pakai cermin mata atau lens. Alhamdulillah. 

Pengalaman tak boleh lupa, hari ini saya dah sihat dah, itulah boleh taip panjang-panjang. Sebenarnya dah lima tahun nak buat, tetapi bila nak buat, mengandung. Tahun ini tercapai juga.

Lelaki maut dibaham harimau di depan mata isteri dan anak


CHINA - Seorang lelaki maut dibaham harimau dalam kejadian di depan mata isteri dan anaknya selepas diheret ke dalam kandang haiwan tersebut. 

Insiden itu berlaku di Taman Hidupan Liar Youngor di bandar Ningo, 200 kilomter selatan Shanghai. 

Salah seorang pengunjung sempat merakam kejadian itu, menunjukkan mangsa diheret oleh seekor harimau ke bawah pokok. Leher mangsa digigit, sementara dua ekor lagi harimau sedang memerhatikan dari belakang. 


Difahamkan para pengunjung segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak zoo, namun kakitangannya mengambil masa hampir satu jam untuk membuatkan harimau itu melepaskan mangsanya.

Lapor Beijing Youth Daily, harimau itu kemudian berjaya dihalau menggunakan mercun dan meriam air. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia.

"Saya nampak harimau itu mengigit mangsa yang mana wajahnya dipenuhi dengan darah. Setiap kali mangsa cuba duduk, harimau itu menolaknya ke tanah," kata saksi.


Tidak diketahui bagaimana atau kenapa mangsa masuk ke dalam kandang harimau berkenaan. Zoo itu kemudian ditutup pada jam 3 petang sementara itu polis dan kakitangan Biro Perhutanan Tempatan tiba di zoo sekitar jam 3.15 petang.

Akibat insiden itu, harimau terbabit ditembak mati oleh kakitangan Biro Perhutanan Tempatan. - The Reporter

(13 Gambar) Pengaruh barat mula meresap ke dalam Korea Utara


PYONGYANG, KOREA UTARA - Gambar-gambar menarik yang dirakam secara sembunyi di Korea Utara mendedahkan pengaruh barat mula meresap ke dalam budaya masyarakat di negara itu secara perlahan-lahan. 

Gambar yang dirakam oleh Jurugambar Eric Lafforgue itu dirakam ketika beliau mengembara ke negara komunis di bawah pemerintahan diktator Kim Jong-un sebanyak enam kali sejak 2008. 


Gambar-gambar yang dirakam di Pyongyang menunjukkan papan iklan gaya barat untuk jenama palsu dan beberapa remaja perempuan menggunakan telefon bimbit sudah menjadi perkara biasa di negara itu sedangkan rakyatnya sebelum ini diharamkan menggunakan sebarang gajet canggih. 





Bagaimanapun, Lafforgue kini diharamkan dari menjejaki negara itu selepas pihak berkuasa Korea Utara menyedari gambar-gambar itu tersebar di media sosial. 

"Produk dari China banyak dijual di negara ini. Jelas sekali Korea Utara sedang mengalami perubahan yang besar. 

"Penjualan telefon bimbit yang dikendalikan oleh Orascom, sebuah syarikat dari Mesir, berjuta-juta rakyat Korea Utara telah melanggannya walaupun mereka tidak dapat membuat panggilan ke luar negara. 


"Pakaian mereka juga sudah berubah. Semasa kedatangan saya pada 2008, semua rakyatnya memakai pakaian nilon yang dibuat di Korea Utara menjadikan mereka kelihatan seperti robot. 



"Kini, jenama palsu yang menyerupai jenama Amerika Syarikat berada di mana-mana sahaja. Malah, sikap rakyatnya juga telah berubah," katanya.

Meskipun capaian internet terhad, para pelajarnya dibenarkan menggunakan komputer dengan perkhidmatan intranet negara itu

Makanan barat juga turut dijadikan sebagai hidangan pilihan oleh rakyatnya. 



Selain itu, ada pasangan kekasih yang juga kelihatan berjalan berpegangan tangan secara terbuka di tempat awam. Korea Utara bakal mengalami perubahan besar? - The Reporter