'Honda City V9*** nak langgar kami (motosikal) dari belakang di lorong kecemasan!'


TAPAH, PERAK - Niat pasangan suami isteri yang menaiki motosikal menghalang sebuah kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan, hampir menyebabkan mereka kemalangan. 

Dalam kejadian malam tadi, mangsa, Mysarah Omar dan suaminya, Amirul Shahiranshah, mendakwa kereta Honda City model 2014 berwarna putih itu sememangnya berniat mahu mencederakan mereka kerana berang dihalang menggunakan laluan kecemasan. 

"Pemandu itu memang berniat ingin mencederakan kami kerana kami menghalangnya menggunakan laluan kecemasan. Dalam keadaan lebuhraya yang sesak, dia tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan kemudian membuat brek mengejut agar kami panik. 

"Suami saya telah mengejarnya dan hanya sempat merakam gambar tersebut," katanya yang juga difahamkan telah membuat laporan polis. 

 V9887 Honda City (putih) nak langgar aq dgn wife (naik motor) dari belakang di laluan emergency lane.. 2 3...
Posted by Amirul Shahiranshah on Monday, 30 January 2017

"Saya juga penunggang motosikal dan pemandu kereta, tak sangka dalam kesesakan lalu lintas ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri," katanya lagi. - The Reporter