'Sistem Medical Emergency di Jepun adalah berbeza' - Bakal melancong ke Jepun? Anda perlu ambil tahu perkara penting ini

  • Pelancong Malaysia di Jepun, cedera di betis akibat terhentak di jalan ais yang keras
  • Paramedik (ambulans) cuba mencari hospital yang boleh menerima pesakit, namun gagal
  • Sistem medical emergency di Jepun berlainan. Ambulans tidak akan bergerak selagi tidak menemui hospital yang boleh menerima pesakit tak kira rakyat tempatan atau pelancong
  • Seorang lelaki tua yang sakit pernah ditolak 36 kali oleh 25 hospital, yang akhirnya meninggal dunia




Saya nak kongsi tentang kes tourist Malaysia yang patah kaki di Sapporo, Hokkaido beberapa minggu lepas. Dan di sini saya harap dapat memberi sedikit gambaran betapa berbezanya sistem emergency di sini dengan Malaysia.

Tourist tersebut tergelincir dan salah satu kaki betis dia terhentak pada tepi jalan ais yang keras. Selepas tu dia tak boleh bergerak dan kaki jadi bengkak dan dia mula kesakitan. Kebetulan masa itu ada passer-by orang Jepun dan orang tersebut tolong menghubungi ambulans. Ambulans datang dan orang ambulans tidak paham bahasa inggeris dan tourist tersebut dan juga rakan-rakannya tidak tahu berbahasa Jepun maka ada yang menghubungi saya untuk meminta bantuan.

Saya telefon dan kemudian berhubung dengan orang ambulans. Saya dimaklumkan bahawa mereka sedang berusaha cuba mencari hospital yang boleh menerima tourist tersebut, tapi semuanya menolak. 

Kemudian ada satu hospital yang bertugas untuk handle accident patients pada malam itu yang katanya sanggup terima tetapi dengan syarat perlu ada translator. Itupun ditolak akhirnya.

In the end, saya sarankan sebuah hospital yang saya familiar dengan harapan mereka sanggup terima. Alhamdullillah mereka sanggup terima tapi mereka hanya boleh setakat buat observation, X-ray dan balut saja dan tidak boleh ward tourist tersebut.

Saya bergegas pergi bertemu dengan tourist tersebut selepas itu untuk menjadi translator sebab kebetulan pada masa itu, saya ada kelapangan untuk berbuat demikian. Masa saya jumpa tourist dan rakan-rakannya, mereka bertanya pada saya,

''Kenapa ambulans tu tidak terus bergerak?''

Di Jepun, sistem medical emergency untuk setiap tempat adalah berlainan tetapi untuk ambulans pula, mereka hanya boleh bergerak sekiranya jumpa hospital yang boleh terima. Selagi tak jumpa, selagi itu mereka tidak akan bergerak. Jika perlukan immediate medical procedure seperti heart attack yang memerlukan immediate CPR (cardiopulmonary resuscitation), mereka akan bertindak tapi tidak akan bergerak selagi tiada hospital kata boleh terima.

Mencari hospital@klinik yang boleh terima sehingga dijumpa dipanggil たらい回し, Taraimawashi. Manakala ditolak dari diterima dipanggil 受け入れ拒否, Ukeire kyohi.

Ini tiada kaitan dengan hospital kerajaan ke hospital swasta ke mahupun sama ada ada duit ke tidak. Tapi lebih kepada kesanggupan hospital tersebut nak terima atau tidak.

Foto Hiasan | Seorang lelaki berusia 75 tahun, meninggal dunia selepas ditolak 26 buah hospital sebanyak 36 kali kerana enggan menerima/merawatnya atas alasan kekurangan doktor, wad penuh dan sebagainya. Difahamkan sudah berpuluh ribu kes seperti ini berlaku, namun tiada hospital yang dikenakan tindakan undang-undang - Sumber Newsfeed Time
Ini salah satu masalah dalam sistem medical emergency di sini dan pernah ada kes di mana ibu mengandung yang mengalami complications meninggal dan juga kes budak kecil sakit teruk meninggal sebab dua-dua masalah di atas.

Ada juga kes lain tourist dan residents yang merasa Taraimawashi dan juga Ukeire kyohi. Saya sendiri pernah ditolak dari terima rawatan untuk asthma attack sedangkan saya boleh berbahasa Jepun.

Alhamdullillah, kes kali ini tak ada melibatkan nyawa dan tourist tersebut sudah pun selamat menjalani pembedahan di Malaysia. Cuma ini salah satu kesnya. InsyaAllah saya akan kongsi lagi.