6 tips beli rumah dengan modal minima ini sesuai untuk anak muda

  • Ramai yang nak beli rumah tetapi tiada modal, terlepas rumah idaman
  • Beli kereta mahal, ubahsuai kereta, melancong, itu lebih penting dari membeli rumah
  • Anak muda atau pasangan muda selalu tak buat simpanan awal untuk beli rumah



Saya selalu pesan, walaupun sekarang ini anda belum teringin mahu membeli rumah, Tabung Rumah tetap perlu ada. Ini kerana, bila tiba-tiba datang seru, modal sudah siap sedia. Boleh angkat sebuah rumah terus! 

Tetapi malangnya, tidak ramai yang mengambil peduli tentang Tabung Rumah ini. Bagi mereka, lebih baik melancong setahun 4 kali, guna kereta mahal, tukar sport rim sebesar alam, ubahsuai kereta Proton Wira jadi seperti Mitsubishi Lancer, paling tidak pun Myvi dengan tayar kangkang. 

Jadi, kalau sekarang datang pada anda rasa mahu membeli rumah tetapi tiada modal yang banyak, boleh baca enam tips yang saya kongsikan ini. Sangat sesuai untuk anak-anak muda. Biasalah, anak muda, duit simpanan pun sendu belaka.