Kanak-kanak nyaris disepit pintu lif


GELUGOR, PULAU PINANG - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris disepit pintu lif di sebuah pusat beli belah di Batu Uban dalam kejadian baru-baru ini. 

Video yang dimuat naik laman Penang Kini itu viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Kanak-kanak berkenaan dilihat berjalan bersendirian menuju ke dalam lif yang terbuka di pusat beli belah Sunny Point, sebelum dilihat melambai-lambai pada seseorang untuk menemaninya. Bagaimanapun, Pintu lif yang dikatakan tidak mempunyai sensor itu tiba-tiba tertutup. 

Lapor Penang Kini, seorang wanita yang dipercayai ibu mangsa melihat insiden itu terus menendang anaknya bagi mengelakkan mangsa tersepit. Mangsa yang terjatuh kemudian terus berlari ke arah wanita berkenaan. 


Lift tak ada sensor. Budak 3 tahun hampir tersepit. Mujur si ibu sempat memberi hikmat tendangan tanpa bayang demi untuk menyelamatkan anaknya. Lokasi : Sunny Point Batu Uban
Posted by Penang Kini on Thursday, 26 January 2017

Ada segelintir netizen berpendapat wanita itu bukan ibu kepada mangsa kerana seorang ibu tidak akan menendang anaknya sendiri. Sebaliknya wanita itu merupakan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. 

Bagi netizen, sungguhpun tindakan itu nampak 'kasar', namun dia telah menyelamatkan kanak-kanak itu dari tersepit. Malah, netizen turut mempersoalkan di manakah ibu kanak-kanak berkenaan yang tidak mengawasi pergerakan anak kecilnya itu. 

Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak kecil masing-masing agar kejadian seumpama itu tidak berulang. - The Reporter