Buaya baham tangan pelatih


PHUKET, THAILAND - Tangan seorang pelatih buaya nyaris terputus apabila dibaham buaya ketika sedang melakukan pertunjukkan 'death troll', lapor Daily Mail.

Dalam rakaman video yang dirakam oleh penonton menunjukkan detik ngeri apabila buaya tersebut membaham dan cuba memutuskan tangan pelatih buaya ketika pertunjukkan di Phuket Crocodile World. 

Pelatih buaya, Anusak Salangam, 47, berdiri di depan haiwan tersebut, disaksikan sekumpulan kecil penonton yang menyaksikan aksi bahayanya itu pada Jumaat lalu. 

Anusak menyentuh kepala buaya sebelum meletakkan tangannya ke dalam mulut haiwan ganas itu. Malang tak berbau apabila aksinya itu tidak menjadi apabila buaya itu membaham tangannya dan berpusing. 

Mujur Anusak turut berpusing mengikut buaya tersebut bagi mengelakkan tangannya patah dan putus serta berjaya melepaskan tangannya. 

Bagaimanapun, Anusak hanya mengalami calar kecil dari gigitan buaya terbabit. - The Reporter