KAJANG, SELANGOR - Seorang lelaki bernama Xu, telah berkenalan dengan seorang rakan barunya berusia 13 tahun, yang mana dia tidak pernah bersekolah kerana keluarganya terlalu miskin. Selain dia dan keluarganya terpaksa mengikat perut setiap malam.
Selepas diselidik, remaja itu membawa Xu balik ke rumahnya. Alangkah terkejutnya Xu apabila melihat keadaan rumah mereka.
"Kita perlu belajar bersyukur dengan kehidupan dan apa yang kita ada. Saya tah kenapa dia kelaparan, tengoklah keadaan rumahnya. Tiada gas dan dapur gas yang ada pun telah rosak.
"Bapa dia warganegara Malaysia tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membuat MyKad. Malah dia berhutang dengan orang lain sebanyak RM300 dan sehingga dia berjaya mendapatkan MyKad nya sendiri. Tetapi anak dia tak dapat.
"Saya kongsikan perkara ini kerana saya mahu membantu mereka dan saya juga berharap anda semua dapat membantu mereka. Tidak perlu beri sumbangan berbentuk wang ringgit kerana bapanya tiada akaun bank.
"Bantuan yang mereka perlukan ialah, barangan keperluan harian. Marilah kita bersama-sama membantu mereka," tulisnya.
Gambar dan status yang dimuat naik Xu itu semalam telah dikongsi 5,893 pengguna Facebook dan ramai yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib remaja berkenaan.
Bagi mereka yang berminat mahu menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi Xu di Facebooknya. - The Reporter