Makanan Yang Patut Anda Elak Ambil Semasa Bulan Puasa

Makanan Yang Patut Anda Elak Ambil Semasa Bulan Puasa


Makan, makan, makan! Memang makanan adalah perkara utama yang dicari dan sentiasa berada didalam kepala. Lagi kan di bulan puasa, dari selepas waktu imsak sehinggalah hendak masuk waktu berbuka, memang bergelar-legar juadah apa yang bakal mengisi perut. Tapi hati-hati ya semua itu hanya nafsu semata-mata. 

Kesihatan sepanjang bulan puasa wajib dijaga sepenuhnya supaya kita dalam menyempurnakan ibadah dalam keadaan yang tenang.

Bagaimana hendak dapatkan penjagaan tubuh badan yang mantap? Ianya bermula dari sumber makanan. Pada bulan ini, pemilihan pemakanan sedikit berbeza dari bulan-bulan yang biasa, ada makanan yang anda kena pantang dan elakkan. 
Makanan Bergoreng 
Jika anda ambil makanan bergoreng semasa perut kosong, ia menyebabkan perut menjadi kejang dan kembung kerana ia sukar untuk dihadam. Kita semua tahu makanan bergoreng juga menjejaskan diet dan kesihatan.
Makanan Proses
Ini hidangan makanan kegemaran orang bujang, ia mudah dan cepat untuk disediakan. Ya makanan proses mudah didapati dan disediakan tapi sanggupkah anda memudaratkan badan anda dengan makanan mengandungi tinggi bahan perasa, pewarna dan garam. Ia boleh menyebabkan badan anda menjadi lesu untuk keesokan harinya,
Makanan Pedas
Memang tekak orang Malaysia tidak boleh dari rempah ratus dan makanan pedas. Elakkan mengambil juadah pedas pada waktu sahur, ia meninggalkan rasa dahaga sepanjang hari puasa. 
Selamat beramal dan berpuasa!
Sumber : wanista.com


via Bin Usrah