Tahukah Anda Madu Mampu Hilangkan Bau Badan?

Tahukah Anda Madu Mampu Hilangkan Bau Badan?


Sememangnya bau badan boleh membuatkan orang sekeliling berasa kurang selesa berada dekat dengan kita. Terdapat pelbagai cara untuk membasmi bau badan yang kadang kala boleh membuatkan orang ‘pengsan’.
Madu sinonim sebagai agen yang mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan sebagainya. Namun, ada kajian mendapati madu juga mampu membuatkan badan anda menjadi harum.
Nak tahu bagaimana caranya madu boleh membantu menghilangkan bau badan, ini Wanista kongsikan.
Mandi Madu – Ambil dua sudu besar madu dan campurkan ke dalam air hangat. Selesai mandi, siramkan campuran madu dan air hangat tadi pada badan, kemudian bilas dan bersihkan.
Skrub Madu – Ia mampu menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit bawah lengan dengan secara tak langsung. Caranya mudah dengan hanya mencampurkan madu bersama jus lemon dan tambah sedikit gula sebagai lulurnya. Gosok pada bahagian bawah lengan dan biarkan seketika. Bilas dengan air sehingga bersih, badan anda akan sentiasa tampil harum dan juga segar.
Mudahkan? Hah, sekarang pada sesiapa yang ada masalah bau badan, cuba cara ini. Kalau berkesan, alhamdulillah!
Sumber : wanista.com


via Bin Usrah