Tips Kurangkan Sakit Perut Di Awal Pagi

Image result for Tips Kurangkan Sakit Perut Di Awal Pagi


Orang kata sakit perut pagi-pagi ini bagus, tandanya sistem penghadaman baik tapi lain pula bila terlalu kerap dan sakitnya bukan sebab nak ‘membuang’. Penulis sentiasa mengalami sakit perut pagi, celik sahaja mata mula lah perut terasa memulas-mulas. Sakitnya seperti mencucuk dan memang tidak selesa serta menggangu aktviti pagi, nak bersiap ke pejabat pun terganggu. 

Penyebab sakit perut di awal pagi ini biasanya dari:
  • Pengambilan makanan ringan pada lewat malam.
  • Makan buah-buahan yang ada sifat asid seperti oren, epal hijau atau nenas.
  • Terlalu banyak minum kafein, teh, berkarbonat atau alkohol.
Siapa yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat memang ‘kena’lah jawabnya.
Amalkan tips dibawah untuk mengurangkan rasa sakit perut di awal pagi:

Makanan dan Minuman 

  • Cuba bersarapan dengan nasi, bubur, oat atau bubur jagung. Ia memberi kelegaan pada perut dan meredakan rasa sakit.
  • Biskut masin ‘saltine crackers’ juga melegakan dan menghilangkan keasidan didalam perut.
  • Yogurt mempunyai kultur hidup bertindak sebagai menyahkan bakteria jahat. Ia juga memperbaiki sistem penghadaman.
  • Pisang, mengandungi potassium meredakan ketidakselesaan perut.
  • Buah betik juga sesuai diambil pada waktu pagi untuk melancarkan sistem usus serta merendahkan asid dalam perut. 
  • Minum susu atau air putih sebagai menstabilkan semula keasidan didalam perut.
  • Air kelapa asli kaya dengan nutrisi semulajadi dan elektrolit serta gula yang memberi tenaga dari potassium dan vitamin C. 

Dari Segi Fizikal 

  • Jika anda turut berasa loya dan ingin muntah, jangan tahan dan muntahkan sahaja isi yang ingin dikeluarkan. Mungkin anda tidak selesa tapi percayalah selepas muntah perut akan lebih selesa. 
  • Hilangkan rasa kegelisahan. Ada yang berpendapat sikap gelisah pada sesuatu juga penyebab sakit perut. Jadi cuba anda tarik nafas panjang dan tenteramkan diri anda dengan fikirkan perkara yang baik-baik. 
  • Dapatkan urutan refleksologi di pusat urut dan lakukan senama ringan bagi mengelakkan otot kejang terutamanya dibahagian perut.
  •  Elakkan berbaring 2 jam selepas makan berat dan lakukan senaman selepas 4 jam makan. 
Sumber : wanista.com



via Bin Usrah