(Video & Foto) Jambatan MidValley Runtuh


Dalam kejadian jam 3.33 petang tadi, tiga pekerja dilaporkan kritikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.33 petang dan seramai 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh dikerahkan ke tempat kejadian.

"Laporan awal kejadian, jambatan dalam pembinaan itu runtuh dan menghempap 5 atau enam pekerja," katanya.





Sehingga kini, operasi menyelamat masih dilakukan di tempat kejadian. - The Reporter

Gadis Jual Dara RM4.7 Juta, Beli Rumah Untuk Ibu Bapanya


LONDON - Aleexandra, dari Romania, sanggup menjual daranya sendiri agar dia dapat mengumpul wang bagi membeli sebuah rumah untuk ibu bapanya, lapor Mirror.

Gadis berusia 18 tahun itu membuatkan penonton terkejut apabila dia mengumumkan dalam rancangan This Morning bahawa dia akan menjual daranya dengan harga €1,000,000 (RM4.7 juta)

Aleexandra berkata, dia mendapat idea ketika dia berusia 15 tahun semasa menonton filem Indecent Proposal.

Bercakap kepada pengacara This Morning, Philip Schofield dan Holly Willoughby, dia berkata, "Saya berusia 15 tahun dan berkata saya mungkin boleh melakukannya dengan keperawanan saya. Malah saya telah membuat pencarian di internet dan mendapati ada beberapa gadis yang turut menjual dara mereka dengan harga €3.5 juta (RM16.5 juta) atau lebih dari itu. 

"Ramai gadis yang hilang dara mereka dan selepas beberapa tahun kemudian mereka berpisah dengan pasangan begitu sahaja, ia sungguh tidak berbaloi. Saya tinggal di negara yang sangat miskin, jadi saya perlu buat sesuatu untuk membantu ibu bapa saya membeli sebuah rumah," katanya. 


Philip cuba menekan Aleexandra untuk mempertimbangkan semula keputusannya, namun dia berkata, "Saya tidak akan berfikir lagi mengenainya, saya tahu akan kos yang perlu saya hadapi dan saya tahu apa yang saya buat. Saya hanya akan minum segelas wain dan melaluinya," katanya. 

Aleexandra juga telah menjalani pemeriksaan penyakit kelamin namun belum berfikir tentang orang yang akan membeli dirinya dan bagaimana pula dengan kesihatan lelaki itu. 

"Saya telah menjalani ujian kesihatan sebelum ini dan selepas ada lelaki yang berjaya membeli saya, saya akan jalani pemeriksaan sekali lagi di negaranya dan mungkin dia juga perlu menjalani pemeriksaan yang sama," katanya. 


Salah satu sebab Aleexandra mahu menjual daranya adalah untuk membeli sebuah rumah bagi ibu bapanya kerana mereka akan diusir dari rumah mereka yang sedia ada pada tahun 2017. Bagaimanapun, dia masih belum memaklumkan perancangan itu kepada keluarganya. 

"Saya hanya maklumkan kepada mereka yang saya bekerja sebagai modeling. Saya buat semua ini untuk mereka tetapi mereka tidak tahu mengenainya. Bapa saya seorang yang agak tegas dan saya rasa dia mungkin tidak bersetuju dengan perancangan saya. 

"Ibu bapa saya tidak akan tahu mengenai perkara ini dan jika mereka tahu, sekurang-kurangnya saya telah memberi apa yang mereka perlukan. Jika mereka tidak tahu, saya tidak akan memberitahu mereka langsung. 


Meskipun Philip mengatakan bahawa tindakannya itu gila, Aleexandra berkata dia akan menasihatkan gadis-gadis yang lain untuk melakukan perkara yang sama sekiranya mereka benar-benar memerlukan wang. 

"Jika anda berdepan dengan masalah kecemasan dan terdesak memerlukan wang seperti mana yang saya hadapi sekarang, anda terpaksa berbuat demikian," katanya. 

Sementara itu penonton rancangan berkenaan terkejut dan memuat naik tweet, "Apa benda yang saya tonton ini? Ibu bapa gadis ini tak tahu ke??" - The Reporter

Mungkinkah Kebakaran Di Israel Satu Konspirasi, Sequel Kepada Tragedi 9/11?

Israel TERBAKAR Adalah Konspirasi. Rupanya Ini SENGSARA Yang Akan Bakal Dilalui Oleh Rakyat Palestin !!! | Kebakaran yang berlaku di tanah haram yang diduduki oleh pendatang israel menjadi topik hangat baru-baru ini dimana kejadian yang berlarutan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat di Malaysia, ada yang suka, ada yang kasihan tapi rata-rata bagi umat Islam mestilah kita merasa simpati terhadap bencana yang menimpa manusia dan menjadikan pengajaran buat diri kita.


Tetapi tidakkah kita dapat melihat dari aspek yang lebih jauh dimana ianya seakan-akan satu penyebab kepada pembantaian semula penduduk palestin bila mana ada sebuah kumpulan bersenjata yang tiba-tiba mengaku bertanggungjawab terhadap keakaran tersebut. Inilah kebimbangan yang diluahkan oleh seorang netizen di facebook miliknya dengan mengatakan “Kebakaran di Israel Adalah Sequel “Grand Design” untuk Pemusnahan Palestin!”

“Apa yang merisaukan saya dengan insiden kebakaran di Israel ialah sequel 11/9 WTC, New York… Design rancangan pemusnahan terhadap tanah-tanah Palestin di Gaza dan Tebing Barat secara lebih agresif… CIA-Mossad tergamak mengorbankan ribuan nyawa rakyat negara mereka bagi mendapatkan lesen untuk generate keuntungan berganda…. Mereka nak umat Islam percaya itu bencana Allah terhadap kejahatan mereka… tapi saya optimis, mereka mahukan dunia percaya bahawa bangsa Yahudi sentiasa jadi mangsa pada orang-orang goyem seperti Arab Palestin (Islam)… selepas modal Holocaust semakin lapuk! Kepercayaan itu bakal menjadi lesen utk zero existance pada orang Arab di Gaza dan Tebing Barat…
Mana mungkin kebakaran ini petanda kehancuran Israel dan Imam Mahdi akan muncul dalam tempoh terdekat!… Logik syarak pun tidak menyokong petanda ini… Adakah yg akan berada di belakang Imam Mahdi nanti Mahmud Abbas, al-Sisi, King Abdullah, King Salman, Sultan Qabus, Malik al-Nuriy ataupun DS Najib??

Aturan ceritanya sama dan korelasi antara plot juga makin terserlah apabila ada kumpulan jihadis bangang (upahan barangkali) mengaku bertanggungjawab. Sedangkan sebelum ini, Nentayu berulang-ulang kali memberi amaran hukuman keras terhadap pengganas yang membakar Israel..

Hamas perlu lebih merancang plan pertahanan lebih kukuh dan umat Islam wajar mengubah qunut nazilah mereka kpd memohon perlindungan Allah trhadap sedara seIslam di Palestin yg bakal dimangsai…
Turki dan negara-negara Islam serantau jangan over excited membantu Israel.. Fikirkan keselamatan saudara kalian lebih dahulu…. Rumah-rumah Yahudi yang terbakar, ada insuran akan cover dan pemodal-pemodal Yahudi antarabangsa tiada masalah laburkan duit untuk redevelop kemusnahan ini… tetapi rumah-rumah Arab Palestin yang terbakar, akan jadi tugu sampai hari kiamat… nak makan pun tak cukup…

Lagi satu, kerajaan Israel bukannya utopia yang serba sempurna untuk tampung keperluan ratusan ribu pendatang haram Yahudi… Pasti isu pengangguran, penempatan, pendidikan dan sara hidup puak-puak ini akan melonjakkan peruntukan kerajaan… Mereka adalah liabiliti ekonomi yang mesti dihapuskan bagi sebuah negara yang tiada petroleum dan sumber asli… Paling durjana nanti, harganya ialah nyawa orang-orang Islam di Palestin…

SUBHANALLAH... Foto-Foto Bukti Nabi Musa Pernah Membelah Laut Merah


Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika teman-teman menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak uraian dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.


Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilahsisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Pharaoh sang raja.



Sekarang mari kita perhatikan gambar di atas, Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.

Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter. Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima Jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! sungguh luar biasa, Allah Maha Besar.
Penyelam yang menemukan Bangkai kereta dan roda.



Sumber : kabarislami

MOHON SHARE: "SELEPAS DICERAIKAN SUAMI, AKAK TERPAKSA MINTA DERMA..."


MOHON SHARE: "SELEPAS DICERAIKAN SUAMI, AKAK TERPAKSA MINTA DERMA..."


Tengok ibu muda yang duduk di kerusi roda sambil mendukung anak kecilnya, sudah cukup membuatkan saya tersentuh.

Seperti biasa, saya kerja di Serdang, akan transit di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk naik Transit Aliran Ringan (LRT). Train agak lewat sedikit, mungkin Allah nak ketemukan saya dengan ibu muda ini.

Ibu muda ini bernama Nadia, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak berusia 12 tahun. Beliau mempunyai 4 orang adik beradik yang kesemuanya berkerusi roda.

Nadia mempunyai 2 orang anak, seorang 3 tahun dan yang didukungnya itu berusia 4 bulan, mempunyai masalah penafasan sejak lahir. Pada awalnya, mereka mendapat bantuan zakat. Namun, setelah Nadia diceraikan suaminya, kebajikan masyarakat tidak lagi menyambung bantuan kewangan menyebabkan Nadia terpaksa meminta derma.

Kami berbual panjang, tetapi saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kehidupan dia sangat susah, kakak kepada bekas suaminya mahu menuntut penjagaan kedua-dua anaknya melalui mahkamah. Ya Allah, berat betul dugaan Nadia.

Kasihan kan? Sebenarnya tangan Nadia tidak kuat sangat nak pegang anaknya itu. Semasa dia datang ke situ, hanya membawa sebotol susu (5 oz) berbekal susu untuk anaknya. Bukan dia tak nak bagi susu badan, tetapi tengoklah keadaannya, kita pun boleh agak.

No telefon 014-2232108 (Nadia)

NO AKAUN BSN
1110541000061723
(NURFITRI NADIA BNTI MD DAUD)

Andai post saya ini diviralkan, ketahuilah bahawa saya telah meminta kebenaran dari Nadia sendiri. Saya berharap, rakyat Malaysia yang pemurah dapat membantu Nadia agar nasib Nadia dan anaknya terbela. - Haslina

Sumber : superkiram

"Lepas kafan, muka saya jangan tutup, tunjuk kepada anak saya dan beritahu padanya.." SEDIHNYA YA ALLAH!!! Hospital Jumpa Surat Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya.



SEDIHNYA YA ALLAH!!! Hospital Jumpa Surat Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya.
Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Hospital Jumpa Surat Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya. Sedihnya Ya Allah..


Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.




Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.

Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah





"Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga.

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian.

2 Beradik Ditumbuk & Diragut Dalam Kereta


JOHOR BAHRU - Dua wanita lembam di bahagian muka dan mengalami kerugian RM1,300 selepas diragut oleh tiga lelaki, pagi Ahad. 

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi di Jalan Silat Lincah berhadapan Sri Awana Town House, Zaharah Abdul Malik dan adiknya Zabariah Abdul Malik menaiki kereta Proton Saga tiba-tiba dihampiri sebuah kereta jenis sama yang dinaiki oleh tiga lelaki tidak dikenali.  

"Mereka berhenti di sebelah kereta kami dan terus membuka pintu lalu mengambil barang kemas milik adik saya. Malah kami ditumbuk beberapa kali di bahagian muka dan badan," katanya. 

Selepas berjaya meragut mangsa, ketiga-tiga suspek melarikan diri dan saksi kejadian sempat merakam nombor pendaftaran kenderaan suspek. 

"Suspek menaiki kereta Proton Saga JRT 4132 berwarna merah dan cermin belakang telah pecah," menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa. 

Sementara itu anak mangsa, Muhamad Zarif Roslan, meminta bantuan orang ramai mengesan ketiga-tiga suspek. - The Reporter

'Saya Lebih Selesa Begini, Buat Apa Nak Jaga Hati Orang?' - Uqasha


KUALA LUMPUR - "Saya selesa begini daripada bertudung hanya sebab nak menjaga hati orang ramai buat apa? Lebih baik jaga diri sendiri dan saya rasa lega," demikian kata pelakon Uqasha Senrose kepada Astro Gempak. 

Uqasha kini lebih selesa kerana beliau tidak perlu lagi menjadi hipokrit dan tidak kisah jika ada yang tidak menyukai penampilannya terkini. 

"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang yang tidak suka. Jadi saya nak buat bagaimana? 

"Kita tidak dapat nak memuaskan hati semua orang. Namun saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya," katanya. 

Jelas Uqasha, sebelum beliau mengambil keputusan untuk membuka tudung, beliau telah berfikir akan akibat yang akan diterima. Nekad tidak mahu menjadi hipokrit, beliau teruskan niatnya. 

Akibatnya, Uqasha menerima pelbagai komen-komen negatif di laman Instagramnya sehingga pernah menutup seketika ruangan komen kerana tidak tahan dengan komen yang terlalu teruk dilemparkan kepadanya. 

"Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah. Cuma memandangkan ini adalah pilihan saya, jadi saya perlu berani untuk menghadapinya. Tetapi sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa dan tidak kisahlah orang nak kata apa. Yang penting, saya gembira," katanya. - The Reporter

'Tiba-Tiba Rumah Berbau Minyak Atar' - Surirumah Dakwa Nyaris Dipukau Wanita Berpurdah

Seorang wanita mendakwa dia dan ibunya hampir menjadi mangsa pukau dalam kejadian Khamis lalu di rumah ibunya di Batu Hitam, Beserah, Kuantan. 

Menurut mangsa, Erni Choiz, seorang wanita yang tidak dikenali telah muncul di depan pintu rumahnya tanpa memberi salam dan bertanyakan soalan pelik yang bertujuan mahu memukau mereka. 

Baca pendedahan dari Erni dan diharapkan anda semua lebih berwaspada selepas ini.


Baru petang semalam (24 November 2016) saya dan keluarga nyaris dipukau oleh seorang wanita berpurdah. Dia tiba-tiba muncul di depan gril dan bertanya,

Dalam rumah ini, ada kayu jati tak?

Saya terus mencari mak di dapur dan minta tolong dia untuk tutupkan pintu. Anak-anak tidur di ruang tamu pada ketika itu dengan grill tak berkunci sebab adik keluar, bila masa entah. 

Mujur wanita itu tak cuba buka, kalau tak saya pun tak boleh fikir apa yang bakal terjadi. Saya bimbang mereka sasar anak-anak kecil. Kalau duit hilang, duit boleh dicari. Syukur Allah melindungi kami. 

KEPALA KHAYAL, TERASA NAK BUKA PINTU

Mak dan adik-adik khayal. Bila saya jerkah, baru mereka tersedar. Saya juga cuba kuatkan diri sebab kepala lebih bimbangkan anak tetapi tak mampu pergi ke pintu sebab saya takut dia dah jampi saya sebab saya yang berada di ruang tamu pada ketika dia datang. 

Kepala saya kejap-kejap nak buka saja pintu itu tetapi Allah maha besar, saya kuatkan semangat tak pergi dekat. Mak yang tutupkan pintu. Lama dia berdiri di pintu rumah kami. Makin lama, makin kuat bau minyak atar. Satu rumah berbau seperti disimbah dengan minyak atar. Mulut dia terkumat kami membaca sesuatu. 

JIRAN NAMPAK TETAPI KAMI TAK MAMPU NAK MENJERIT

Sementara itu, ada seorang lelaki yang menunggunya di dalam kereta dengan enjin hidup. Jenis kereta kurang pasti tetapi berwarna merah lusuh dengan nombor pendaftaran DAF3**8 telah kami serahkan kepada polis untuk siasatan. 

Pada hari kejadian ketika saya tinggal sementara waktu di rumah mak, kebetulan pula suami kerja di luar kawasan dan ayah pun kerja. 

Saya dah minta tolong abang ipar untuk buat laporan polis. Malah ketika kejadian itu berlaku, jiran di depan rumah turut melihat apa yang berlaku. Namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka wanita itu adalah kenalan kami. Yang peliknya, kami tidak mampu nak menjerit pada waktu itu. 

MANGSA SEBELUM KAMI RUGI RM6,000 AKIBAT DIPUKAU

Walau apa pun niat dia, saya sudah tidak mampu bersangka baik. Apa tujuan datang ke rumah orang tanya tentang kayu jati? Kenapa tiba-tiba rumah berbau minyak atar sehingga membuatkan kami serumah khayal? Kenapa sanggup berdiri lama di depan pintu rumah? kenapa waktu kami tak buka grill, dengar suara wanita itu membaca sesuatu? Kenapa selepas mereka pergi, barulah bau itu hilang? 

Tak mungkin kami semua berimaginasi. Besarnya kuasa Allah membantu kami, menyedarkan kami. Rupa-rupanya sudah ada yang terkena sebelum pasangan ini datang pada kami di Batu 6. Mangsa kerugian sebanyak RM6,000. Modus operandi juga sama, datang ke rumah orang dan tanya tentang kayu jati. berselindung di sebalik purdah agar mangsa tidak dapat mengecam wajah mereka. 

Orang seperti inilah yang mencemarkan persepsi masyarakat pada golongan berpurdah kerana Allah.

Berhati-hati kalau ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah tanpa memberi salam dan bertanyakan soalan pelik. Jangan mendekati mereka dan lebih baik jangan bersentuhan dengan mereka kerana sentuhan itu akan memudahkan kerja mereka memukau mangsa. Selain itu, usah pandang tepat ke arah mata mereka dan sentiasa memastikan pintu atau grill rumah terkunci. - Erni Choiz | The Reporter

Gadis Dibelasah & Dikurung Kerana Disyaki Curang


NUSAJAYA, JOHOR BAHRU - Hanya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang lelaki berusia lingkungan 30'an tergamak membelasah kekasihnya yang berusia 17 tahun, Sabtu lalu.

Bapa mangsa, Hashim Abdul Karim, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak gadisnya itu pada jam 2.30 pagi selepas menerima panggilan dari Balai Polis Skudai. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh abang mangsa, Saifuddin Hashim, adiknya  dibelasah teruk oleh teman lelakinya, Nehan bin Salim, kerana mengesyaki mangsa mempunyai lelaki lain sebelum mengurungnya di sebuah rumah di Jalan Tembaga Kuning 3, Taman Sri Skudai. 

"Semasa dalam perjalanan, adik saya beritahu bahawa lelaki itu mahu menjualnya dan membunuh salah seorang ahli keluarganya. Jadi saya buat laporan agar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya. 

Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Kulai untuk rawatan. 

Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya risau dan tercari-cari sebelum dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa. Ahli keluarga juga pernah menasihati mangsa agar tidak bergaul dengan lelaki itu, malangnya tidak diendahkan.

Berikutan kejadian itu, kakak mangsa, Nurul Saiyidah memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan pada mangsa seperti kedua-dua mata bengkak dan lebam serta luka di kepala sehingga terpaksa dijahit di laman Facebook dengan harapan netizen membantu mencari lelaki berkenaan untuk dikenakan tindakan undang-undang. - The Reporter

Tolong Padam Kebakaran, Israel Ucap Terima Kasih Pada Palestin


HALAMISH, PALESTIN - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas bagi mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Palestin membantu memadamkan kebakaran, lapor Harian Metro

Lapor AFP, sehingga awal pagi ini, api yang membakar Israel dan kawasan Tebing Barat tanah rampasan selama lima hari telah dipadamkan. Tiada sebarang kemalangan jiwa tetapi seramai 122 penduduk cedera kerana tersedak dan tersedut asap kebakaran. 

Kebakaran besar itu juga telah merosakkan 700 buah rumah, manakala beribu hektar tanah turut terbakar. 

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah menahan 23 individu yang disyaki dalang kebakaran besar itu. - The Reporter

Nak Pergi Kenduri Kahwin, Dapat Hadiah Penumbuk Dari 'Abang Kawasan'


MASAI, JOHOR - Hanya kerana pelanggaran yang dipercayai tidak serius, seorang lelaki ditumbuk dan dipijak oleh seorang 'Abang Kawasan', Sabtu lalu. 

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.15 petang di Jalan Nenas Taman Kota Masai itu, mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin, namun dihalang oleh sebuah kereta Proton Saga JDH1128 (putih). 

"Lelaki telah menghalang laluan kereta saya dengan sengaja sebelum datang dalam keadaan marah dan memaklumkan bahawa saya telah melanggar keretanya semasa berada di persimpangan lampu isyarat. 

"Dia menyuruh saya keluar, namun saya tidak mahu melayannya menyebabkan dia tiba-tiba menendang pintu kereta dan terus menumbuk muka saya sehingga terjatuh sebelum dipijak," kata mangsa. 

Mujur orang awam yang berada di kawasan kejadian datang membantu mangsa dan apabila orang semakin ramai, lelaki tersebut segera melarikan diri. 

"Dia beritahu saya, dia orang besar di kawasan ini," kata mangsa lagi. 

Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagia kelopak mata dan cedera di bahagian dalaman perut. Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, anak mangsa, Aien Naz, telah memuat naik gambar kereta dan lelaki berkenaan serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil membantu. - The Reporter

Nora Tersingkir Dari GV3


SHAH ALAM - Peserta separuh akhir Gegar Vaganza 3 (GV3) Nora Ariffin, tersingkir dari melangkah ke pentas akhir, lapor Berita Harian.

Seramai 12 peserta yang bersaing dalam GV3, kini tinggal Azharina Azhar, Siti Sarah, Zarul, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. 

Pada pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, semua peserta membawa dua lagu iaitu solo dan duet bersama penyanyi undangan masing-masing. 

Dalam pertandingan akhir pada Ahad ini, enam peserta tinggal akan mempersembahkan dua buah lagu. - The Reporter

Kisah Menakjubkan Jutawan Wakafkan 1.2 Ekar Tanah Di Jalan Perak, Kuala Lumpur, Meninggal Di Flat Kecil


Kisah Menakjubkan Jutawan Wakafkan 1.2 Ekar Tanah Di Jalan Perak, Kuala Lumpur, Meninggal Di Flat Kecil


Ini merupakan satu kisah yang amat bagus untuk dijadikan teladan.

Kisah Ahmad Dawjee, jutawan India Muslim mewakafkan 1.2 ekar tanah di Jalan Perak, namun meninggal di kediamannya, hanya flat kecil.


Miskin Dunia Tetapi Jutawan Akhirat

Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim.

Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak.

Selain itu, lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain turut diwakafkan.

Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.

Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.

Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy.

MAIWO akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.


Hari Kematian

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil .

Kediamannya itu terletak di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau.

Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.

Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah.

Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.

Teladan Buat Semua

Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.

Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.

* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk ‘Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah’ dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah. -Sumber : Nasaie

SUMBER -PENMERAHDTCOM