Kita Buat 'Uber Miskin 10 Sen' Agar Pesakit Miskin Dapat Pergi Ke Hospital - Kuan
KUALA LUMPUR - Masih ada sinar harapan buat golongan yang susah. Dengan adanya individu yang baik hati seperti Encik Kuan Chee Heng ini, ramai yang turut terkesan dengan aktiviti kebajikannya yang kerap kali dikongsikan bersama di laman Facebook.
Semenjak viralnya di media sosial Kuan berjaya membeli sebuah kereta Proton Saga model lama dengan harga 10 sen sahaja, kini beliau berjaya lagi membeli dua buah kereta yang sama, yang juga dibeli dengan harga 10 sen.
Terbaru, Kuan meluahkan rasa sedihnya melihat ada segelintir orang yang tidak berkemampuan ini terpaksa membiarkan diri mereka berada dalam keadaan sakit kerana tidak mampu pergi ke hospital. Malah, temujanji dengan pihak hospital terpaksa dilupakan begitu sahaja.
Enggan terus melihat golongan ini ditimpa kesusahan, Kuan menyeru sebanyak 200 orang di laman Facebooknya agar sudi menghulurkan derma sebanyak RM10 setiap bulan bagi membayar upah pemandu khas yang telah dilantik untuk memberikan perkhidmatan 'Uber Miskin' yang akan membawa golongan ini ke hospital dengan upah 10 sen sahaja.
Baca luahan beliau di bawah:
Saya melihat bagaimana keadaan orang miskin yang ingin pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Yang mencuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong dan yang sakit macam-macam.
Mereka tidak berduit nak pergi ke hospital, lalu temujanji dengan pihak hospital diabai dan ditinggalkan. Mereka nak naik bas, tiada perkhidmatan bas direct ke hospital. Nak naik perkhidmatan LRT, juga mengalami masalah yang sama. Tambang teksi pula mahal.
Semalam saya beritahu Encik Amin,
Saya gajikan kami RM1,400. Kamu bawa semua orang yang sakit ini pergi ke hospital, mengikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta, kita akan beri...
Ini membolehkan ramai orang yang miskin dapat pergi ke hospital menerima rawatan.
Terima kasih kepada anda semua. Bantuan seperti ini dapat dijayakan dengan sokongan anda semua selama ini dan kerana kamu semua 'gila'.
Sekarang, saya mohon 200 orang dalam Facebook saya ini menghulurkan derma RM10 sebulan untuk membayar gaji dan duit maintenance kereta.
Jom, siapa yang nak bersedekah, sila hubungi saya 012-2732148 dan berikan nama anda. Kita beramai-ramai menjayakan program membantu mereka yang sakit dan miskin. Jom giler! Hanya 200 orang sahaja yang diperlukan. - Kuan Chee Heng
200 orang yang diperlukan itu mungkin sudah memberikan nama kepada Kuan. Semoga lebih ramai insan seperti lelaki ini yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. - The Reporter