HALAMISH, PALESTIN - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas bagi mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Palestin membantu memadamkan kebakaran, lapor Harian Metro.
Lapor AFP, sehingga awal pagi ini, api yang membakar Israel dan kawasan Tebing Barat tanah rampasan selama lima hari telah dipadamkan. Tiada sebarang kemalangan jiwa tetapi seramai 122 penduduk cedera kerana tersedak dan tersedut asap kebakaran.
Kebakaran besar itu juga telah merosakkan 700 buah rumah, manakala beribu hektar tanah turut terbakar.
Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah menahan 23 individu yang disyaki dalang kebakaran besar itu. - The Reporter