3.20 pagi sekumpulan kanak-kanak berbasikal & merayau di jalan, anak siapa ni?


JOHOR BAHRU - Sekumpulan kanak-kanak didapati berbasikal dan merayau sekitar jam 3.20 pagi, cetus tanda tanya netizen apakah ibu bapa mereka tidak mengambil berat tentang anak mereka? 

Felicia Ng yang memuat naik gambar-gambar sekumpulan kanak-kanak berusia lingkungan 8 tahun itu di laman Facebook, bimbang jika kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka. 

"Jam 3.20 pagi, ini anak-anak siapa? Seramai belasan kanak-kanak yang berbasikal di waktu begini berhampiran Bluewave Hotel menghala ke Jalan Lingkaran Dalam / Jalan Ah Siang.

"Budak-budak ini rasanya umur mereka dalam lingkungan 8 tahun dan tidak melebihi 14 tahun. Basikal pula tiada lampu keselamatan di belakang (rear LED light) dan kesemua mereka tidak memakai jaket pantul cahaya mahupun topi keledar. Tambahan, basikal mereka pula rendah," katanya. 


Felicia berkata, tidak salah berbasikal namun aspek keselamatan diri perlu diutamanya, lebih-lebih lagi di kawasan itu gelap. 

"Mereka berbasikal sesuka hati sehingga mengambil ruang satu lorong hanya disebabkan tiada kereta. Apa yang saya bimbang ialah, jika ada pemandu yang mabuk dan tidak menyedari kehadiran mereka akan menyebabkan perkara buruk yang berlaku," 

Dalam kenyataan yang sama, Felicia meminta warga group Facebook JB Traffic, Road Blok & Potholes Report menwar-warkan gambar tersebut dan sekiranya mengenali kanak-kanak tersebut, nasihatkan agar tidak melakukan aktiviti berbahaya itu lagi. 

Menurut ahli group tersebut, ini bukan kali pertama sekumpulan kanak-kanak itu berbasikal dan merayau di tengah malam. Malah ada yang mendakwa kanak-kanak berkenaan gemar buat bising dan mengacah-acah kereta yang lalu lalang untuk melanggar mereka. 

Justeru, netizen meminta ibu bapa memantau anak masing-masing dari melakukan sebarang aktiviti yang tidak sihat dan berbahaya. Usah terlalu berikan kebebasan sehingga satu masa kelak ia berakhir dengan tangisan. - The Reporter

Panjat mercu tanda 'IPOH', tak sayang nyawa ke dik?


IPOH - Majlis Bandaraya IPOH (MBI) dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan remaja yang memanjat mercun tanda 'IPOH' baru-baru ini, lapor Harian Metro

Gambar dan video aktiviti berbahaya sekumpulan remaja berkenaan yang memanjat mercu tanda itu dan memasang buaian 'hammock' itu viral di media sosial. Salah seorang ahli kumpulan itu turut mendakwa mereka mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan aktiviti itu. 

Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan dakwaan itu dan menegaskan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat binaan tersebut kerana ia boleh mengancam nyawa. 

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. 







"Jika berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan 'IPOH' berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan sekumpulan remaja berkenaan," katanya. 


Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016

Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016
Susulan kejadian itu, MBI akan mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. - The Reporter

14 jahitan di muka, ditumbuk peragut


JOHOR BAHRU - Ngeri melihat wajah seorang wanita yang menjadi mangsa ragut dalam kejadian malam Jumaat lalu. 

Enggan kejadian berulang pada wanita lain, mangsa menasihatkan agar golongan wanita tidak berjalan bersendirian bila ke mana-mana. 

"Ingin saya nasihatkan semua wanita di luar sana, sila berwaspada jika anda balik/pergi kerja, keluar jalan-jalan atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Tolong jangan pulang ke rumah seorang diri. Paling kurang pun, biarlah berteman. 

I miss my face so much! No scars and still look cute tho. Selepas ini muka dah ada parut. Yang masih cantik itu bersyukurlah ye. Hodoh pun hodohlah, yang penting ada orang sayang.
Menurut mangsa yang berasal dari Sarawak berkata, rakannya yang menyaksikan kejadian itu sempat mengejar suspek. Namun suspek lari ke dalam kawasan semak meloloskan diri.

"Saya bernasib baik, masih bernyawa walaupun muka hancur. Ini yang berlaku malam tadi dan ya, saya cuba kuatkan diri untuk menghadapi kejadian ini. Jadikan sebagai pengajaran," katanya. 

Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail dan menerima 14 jahitan di muka yang akan meninggalkan kesan parut. 

"Kepada peragut (jika peragut itu ada Instagram), saya cuma nak cakap, kalau saya jumpa awak, saya akan buat tulang awak patah-patah pun dah okey. Tunggu dan lihat," katanya lagi. - The Reporter

Gelandangan rogol anak sendiri (11 kali) dipenjara 80 tahun, 110 sebatan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki gelandangan dijatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu. 

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan tersebut. 

Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna merah dilihat terkejut ketika mendengar keputusan yang dibacakan itu. 

Hakim Datin M Kunasundary berkata, mahkamah tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu lebih-lebih lagi perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki bergelar bapa. 

"Perbuatan rogol adalah tindakan yang memalukan. Lebih-lebih lagi mangsanya adalah anak perempuan awak sendiri, yang patut awak jaga dan lindungi. 

"Perbuatan menjijikan awak ini akan menghantui diri mangsa selama-lamanya. Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dialami oleh mangsa selama awak bersama dengannya," katanya. 

Bagi empat kes yang mengandungi masing-masing tiga atau dua pertuduhan merogol, tertuduh dihukum setiap satu penjara 20 tahun. Manakala tertuduh dihukum 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol. Bagi pertuduhan melakukan seks oral, tertuduh dihukum penjara 12 tahun. 

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap 19 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong Haji Taib, Dangi Wangi dari 27 Ogos hingga 7 September lalu. 

Menurut tertuduh, dia adalah anak yatim yang tidak mempunyai keluarga semenjak berusia 13 tahun dan terpaksa tinggal di jalanan serta mengumpul sampah untuk dijual bagi menyara kehidupannya. 

"Ibu bapa saya telah meninggal dunia ketika saya berusia 13 tahun dan saya terpaksa hidup bersendirian. Saya pernah berkerja dengan dua buah organisasi NGO yang memberi makanan pada gelandangan di sekitar pusat bandar dan menerima RM34 sehari. 

"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan," katanya sambil menangis. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - The Reporter

'Nasib baik Google dulu, rupa-rupanya penipu' - Peniaga


BATU PAHAT, JOHOR - Seorang peniaga nyaris kerugian ratusan ringgit selepas percubaan seorang individu mahu memperdayakan perniagaannya gagal. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.24 petang Khamis, Nur Maisarah Mat Noh, 25, dihubungi oleh lelaki bernama Haji Idris Haji Ahmad yang kononnya bekerja dengan syarikat Petronas mahu menawarkan tender pembekal makanan Petronas dengan kontrak selama tiga bulan. 

"Lelaki itu meminta saya menghubunginya dan dia menerangkan tentang kontrak tender tersebut. Saya juga diminta untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 ke akaun (peribadi) CIMB miliknya. 

"Tetapi apabila saya meminta maklumat tentang dirinya, dia enggan memberi kerjasama," katanya. 

Curiga dengan niat lelaki itu, Maisarah membuat semakan nombor telefon 018-2521671 dan mendapati banyak kes penipuan yang melibatkan nombor telefon lelaki itu. 




"Hati ini terdetik nak Google nombor telefon dia. Sekali tengok, keluar segala cerita lelaki ini telah menipu peniaga-peniaga makanan delivery 1 Malaysia. Rupa-rupanya dia memang menyasarkan peniaga-peniaga makanan delivery untuk menjadi mangsanya. 


"Ya Allah, harap kawan-kawan delivery semua ambil maklum dan tidak terkena dengan individu bernama Haji Idris Haji Ahmad ini. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Pahat, semalam kerana bimbang dengan keselamatannya di mana sebelum ini segala maklumat tentang dirinya telah diberi kepada lelaki itu. - The Reporter

Tips kemas beg sekolah anak darjah satu, lebih-lebih lagi anak lelaki - Nur Yursila

Minggu depan dah mula persekolahan 2017, pastinya ada sesetengah ibu bapa yang agak 'kalut' dalam membuat persediaan minggu pertama, kan? 

Usah bimbang, Puan Nur Yursila Mat Rani, sudah sediakan tips bagi memudahkan kerja anda. Tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menguruskan anaknya yang baru memasuki persekolahan tahun 2016. Siap ada pack emergency money, menarik!


Oleh Nur Yursila Mat Rani

Tips kemas beg sekolah anak darjah satu, lebih-lebih lagi anak lelaki. Hehe. 

Sebenarnya applicable je untuk lower primary, sampai budak-budak besar sikit dan pandai urus buku serta barang-barang sekolah. 

2017, Aiman darjah satu dan Adam dah darjah dua. Jadi, ini adalah pengalaman sikit yang kita belajar dari tahun 2016 dulu. Hehe.


KEDAI ALAT TULIS MUMMY

Ini kalau hilang stationery, nak mintak baru, Mummy charge lima kupang sorang. Tu dah diskaun dari bookshop sekolah ok. 

Organize everything in one place. Senang especially for the busy days ahead. This year, crayons and watercolors semua all prepared. 

Tak macam tahun lepas, tak tau apa Adam belajar apa masa Pendidikan Seni, tau tau time nak exam ada yang kena guna crayons, ada yang watercolors, ada yang kertas warna and etc. Ha, kelam kabut masa tu nak pilih soalan mana nak jawab sebab bahan tak cukup hehe.

Plus, bila letak setempat ni mudah untuk orang lain tolong jugak. Sebab next year, ada baby, kalau Mummy tak sempat tengok, boleh mintak tolong Ayah, Maktok ke Tokwan ke and senang nak bagitau dekat mana barang-barang. Terutamanya the daddy. Kalau kita minta tolong cari barang, kena exact location tu dengan pandangan berapa degree ahahaha. Sebab dia takkan tengok tepi sikit ke, bawah sikit ke, belakang sikit ke. Hehehe.


NAME STICKER LABELS

Jimat masa menulis hehe. Big and bold, ini kalau hilang juga taktau nak kata apa la. Kalau tersalah masuk beg kawan ke apa, senang kawan nak perasan and boleh pulangkan balik hehe.

Tahun lepas rajin tulis each and every book, tapi tahun dua anak sekolah hahaha sudah tiada keupayaan nak tulis. DIY sticker senang. Tak cukup boleh print lagi.


LABEL BARANG-BARANG

This year Mummy labelkan semuaaaa barang. Termasuklah 48 batang pensil warna sorang, dua orang dah 96 batang. Yerlah, kalau anak kita pakai Faber Castel, kawan sebelah pakai sama, dahhh tiba-tiba dalam box tu ada dua warna biru la, merah la. 

So semua benda I label. Dengan pesanan berulang kali, "bawa balik barang-barang yang ada label nama saja. sebab anak mummy dengan ayah nama dia Adam Haris and Aiman Haris only'. 

Tu pun Aiman jawab, "kalau barang baru beli from bookshop, takda sticker? so tinggallah dekat sekolah". Lepas tu dia kata kalau kawan cabut sticker, barang nak tinggal dekat sekolah jugak ke. Isk, banyak pulak kebarangkalian dia.


STICKER LABELS

Waterproof. Tulisan tak payah lengkoi lengkoi sangatlah. Biar clear clean bold. Senang anak kita baca, senang kawan-kawan dia baca jugak.

Yang tanya mana buat sticker silver ni, I buat dekat Ikano. Yang ni kecik je, just nice untuk label barang-barang sekolah. RM6-7 for 100pcs. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

Selalunya booth-booth dekat hypermarket Giant or Tesco ada jugak jual stickers ni. Buat dapat terus. Sticker besar for books je I design and print sendiri, guna sticker paper beli from bookstore.


EMERGENCY MONEY (RM2 pack & seal)
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Ini sebenarnya Maktok Adam punya amalan. Kita selit dalam beg belah bawah. Or macam Adam & Adam, dalam bag tu ada satu compartment untuk file, so kita letak dekat situ.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Explain to them what the money for. Selalunya Adam guna kalau time bekal tertinggal, duit belanja lupa bagi or tiba-tiba ada buku tulis yang tak ada then kena beli from bookshop. Or ada la sekali dua dia bagi time donation.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kena pesan jangan beli benda merapu, jangan tunjuk pada kawan and etc. Ini pun masa awal-awal dulu, Adam pi jadi ceti dekat sekolah. Kerja dok bagi kawan pinjam duit. Tapi kalau dah hari-hari, macam kena pau pulak. So kita orang pesan, "either you jaga your duit, or lepas ni tak ada duit belanja langsung dah." 

Tapi ni Adam la, sebab dia memang tak beli makanan merapu or jajan. Aiman nanti haha taktau la apa cerita.


EMERGENCY STATIONERY KIT

Ha, banyak betul emergency pack eh. Tapi percayalah sangat berguna. Tak berat mana pun. Pack duit and pack alat tulis ni sorok je dalam compartment belah dalam beg tu. 

Adam pernah tertinggal kotak pensel masa exam akhir tahun. Panik Maktok dia hehehe. Tapi dah tau ada spare kit dalam beg sekolah dia, so kurang sikit kerisauan, but still pergi hantar jugak kotak pensel dia. 

Ni Maktok punya idea jugak. Maybe sebab Maktok cikgu kot hahaha so dah tau dah possibility kes-kes macam ni.


POCKET FILE

Penting jugak. Pocket file. Sebab budak-budak ni dekat sekolah banyak guna kertas, lagi-lagi standard one during the first month. Banyak drawing, coloring, writing on paper.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Tak termasuk derang koyak buku and buat drawing. Kadang-kadang tak siap kerja dekat sekolah, cikgu suruh sambung dekat rumah. Kalau tak bagi file, dia suka hati je lipat and sumbat je dekat mana-mana dalam beg. Kadang-kadang crumple kronik kertas tu. Ni untuk lower primary la, sementara nak pandai urus buku and barang sendiri.

So far, pocket file ni bertahan. Bukan plastik lembik tu, nanti lunyai jugak akhirnya. Kalau yang macam box tu, takut berat beg. Sebab Adam dulu, rasa macam beg sekolah dengan tuan pun sama berat hehe. - Nur Yursila Mat Rani

Rupanya begini si ibu kucing buat bila baby kucing ni mengigau..hehe..Comelll and cutenesss level unlimited...=)


Awek comel gila-gila buat musical challenge.


Perhh... bagi yang pemancing tegar... , SHARE kepada kaki pancing..


Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa


Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa Adalah:
  1. Dalam Masjid Al-Haram, terutama di hadapan Kaabah.
  2. Multazam, diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.
  3. Ketika melihat Kaabah.
  4. Ditempat Melakukan Tawaf.
  5. Di sisi Telaga Zam-zam ketika tenggelam matahari.
  6. Di belakang Maqam Ibrahim di Masjidil Haram.
  7. Di Hijir Ismail.
  8. Di sisi Multazam.
  9. Di bawah Pancuran Emas.
  10. Di tempat Sa’i.
  11. Di atas Bukit Sofah.
  12. Di atas Bukit Marwah.
  13. Di Padang Arafah.
  14. Di Arafah terutama selepas Asar menjelang tenggelam matahari.
  15. Di Muzdalifah.
  16. Di Mina.
  17. Di sisi Jamrah Al-Ula.
  18. Di sisi Jamrah Al-Wusto.
  19. Di sisi Jamrah Al-’Aqabah.
  20. Dalam Masjid Nabawi (di Madinah), terutama di Raudhah.
  21. Di Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqqadis.
  22. Di makam para Nabi dan Rasul.
  23. Di dalam semua masjid.
  24. Di tempat yang sunyi.

Rajah 13 Tempat Mustajab Berdoa Di Sekitar Makkah
  1. Hajar Aswad (batu dari syurga).
  2. Multazam / Hateem
  3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
  4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
  5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
  6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
  7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
  8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
  9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
  10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
  11. Rukun Yamani
  12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
  13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).


via Bin Usrah