SURAH AL-WAQIAH terkenal sebagai ‘Surah Kekayaan’ kerana banyak mendatangkan kebaikan dan fadhilat, sekiranya para mukmin beristiqamah mengamalkannya. Ibnu Mas’ud r.a. pernah mendengar daripada Rasulullah SAW, bahawa sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
.
Antara surah yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW sebelum Baginda tidur adalah Surah 56 yang terdapat pada Juz 27 Al-Quran iaitu Surah Al-Waqiah ini.
.
Rasulullah SAW bersabda:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
.
.
Doa Surah Al-Waqiah
Selepas selesai membaca Surah Al-Waqiah, adalah baik disusuli dengan membaca doa seperti berikut:
.
Artikel berkaitan;
.
Wallahu A’lam bishowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
via Bin Usrah