Doa Menghindar Dari Kebakaran Dan Kecelakaan

Dalam keadaan musim kering yang berpanjangan ini, cukup menjadikan kita bimbang akan bahaya kebakaran. Doa menghindar dari kebakaran dan kecelakaan patut dijadikan amalan kita setiap hari. Umat Islam amat digalakkan beristiqamah dalam berdoa supaya mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالىdaripada sebarang bahaya kebakaran, kecelakaan dan musibah lain yang tidak diingini.

Dalam situasi sekarang ia memerlukan masa yang agak lama untuk menantikan keadaan pulih seperti sediakala, maka marilah kita juga melakukan Solat Sunat Istisqa’ dan membaca doa mohon hujan (klik sini).
.
.

Doa Keselamatan Dari Abu Darda’


Doa mengelak dan menghindar dari kebakaran yang biasa diwiridkan oleh Abi Darda’ adalah:
Doa Hindar Kecelakaan dan Kebakaran
.
.

Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda’


Khasiat doa ini adalah ia mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah , “Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah  bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamat.
.
.

Yakin


Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.
 .
Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah  diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda  bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


via Bin Usrah