'Dah nak masuk 2017, bila nak langsai hutang?'


Ini dah nak masuk 2017. Kepada malaun-malaun yang masih tak settle hutang itu, aku berharap dan memohon sangat-sangat semoga kau orang lebih  bankrap dan papa kedana tahun depan. Sebab ada duit pun, bukan ada niat nak bayar kan? 

Tetapi, aku bukanlah kejam sangat. Aku bagi sedikit ilmu/strategi untuk settlekan hutang. 

7 STRATEGI BEBAS DARI HUTANG

Ini adalah prinsip-prinsip untuk melangsaikan semua hutang dalam masa singkat:

1. JANGAN BUAT HUTANG LAGI

Selagi boleh hidup tanpa hutang, jangan sesekali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum berkemampuan. Jadi, kumpullah duit dulu dan bila sudah cukup barulah beli. Banyakkan bersabar. 

2. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DULU

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) perlu diselesaikan dulu sebelum hutang pinjaman kereta (3%-5% setahun). Jadi, cuba senaraikan semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate yang paling tinggi itu kena selesaikan dulu. 

Hutang 'berkat' seperti housing loan perlu diselesaikan paling terakhir sekali kerana ia dikategorikan sebagai 'good debt', iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya 

3. BUKA DANA ' FULL-SETTLEMENT HUTANG'

Buka akaun khas di bank untuk menyimpanduit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman seperti biasa dan dalam masa yang sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit itu sudah mencukupi,buat full-settlement terus. 

Dengan full-settlement, kita jimat dari membayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Maksudnya kita bayar nilai pokok + interest. 

Antara sebab settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak mengurangkan bayar interest. Tak adalah bazirkan duit untuk bayar interest saja. 

4. GUNAKAN DUIT 'DURIAN RUNTUH' 

Duit 'durian runtuh' adalah seperti bonus tahunan, gunakannya untuk melangsaikan hutang dulu. Kena mujahadahlah sikit. 

5. JANGAN USIK DANA ITU! 

Jangan gatal tangan usik dana itu. Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa banyak kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. Jadi, masukkan lebihan RM80 (RM200 - RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang. 

6. TERUSKAN MENYIMPAN DALAM DANA FULL-SETTLEMENT HUTANG

Bila dah selesai satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. 

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 itu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sesekali menganggap duit itu sebagai 'kenaikan gaji', apatah lagi untuk tukar kereta baru. 

7. BAYAR HUTANG SECARA AUTOMATIK

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tidak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang menjadi tertunggak. 

Semoga tips ringkas ini dapat membantu anda semua untuk menjadi G.O.O.D person, iaitu 'Get Out of Debt'. Wallahua'lam. - Nazry Nawi | The Reporter