Dah langgar tapi tak nak bertanggungjawab, Wanita dakwa dianiaya pemandu Toyota Harrier ini


Aduan dari Azlinda Jamaluddin

Jam 11 malam, 19 November 2016, kami terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Harrier. Pemandunya memang confirm mabuk.

"Tara apa, tara apa, saya boleh bayar" kata pemandu itu. 

Nak bercakap dengan pemandu itu pun tak ada guna sebab dia mabuk. 

Tidak lama kemudian kereta tarik pun sampai. Seperti biasa, mereka pujuk nak bawa pergi ke bengkel pilihan mereka. Aku cakap okey saja, janji bawa kami berdua pergi ke balai dulu dan mereka pun bersetuju. 

Beberapa minit kemudian, Polis Bantuan PLUS pun tiba di lokasi kejadian. Ambil maklumat lesen memandu, kad pengenalan kedua-dua pemandu. 

"Encik, pemandu itu mabuk, macam mana kita nak buat dia kena tangkap sebab memandu dalam keadaan bahaya?" soal saya. 

Polis bantuan dan penarik kereta hanya mendiamkan diri saja. Saya ingat mungkin mereka sedang berfikir, jadi saya pun pergilah tengok anak-anak dan tak menyangka saya akan ditipu sekejap lagi. 

Saya sempat merakam beberapa gambar, tetapi silap tak rakam gambar pemandu kereta itu sekali. 

Kereta individu yang didakwa mabuk | Foto - Azlinda

Kereta Azlinda | Foto - Azlinda
Selepas itu, kami pergi ke balai polis berdekatan. Saya tiba di balai dulu dengan kereta tarik. Di depan balai, saya tanya penarik kereta, mana kereta tarik lagi satu yang bawa pemandu mabuk itu? Katanya akan sampai sekejap saja lagi. 

Lalu saya pun masuk ke balai untuk buat laporan polis. Selesai buat laporan, pemandu mabuk itu masih belum munculkan dirinya di balai. Aku pun hairan. 

"Jangan haraplah dia datang nak buat laporan polis malam ini. Mesti dia datang esok, lusa," sampuk pegawai polis yang bertugas. 

Saya tergamam tahap gaban. Wah? Saya sudah kena tipukah? 

Sudahnya, saya minta sarjan polis buatlah apa pun yang penting saya nak tuntut insurans kereta pemandu Toyota itu untuk baiki kereta saya. Saya tak ada kena mengena dengan insurans saya. Sarjan polis itu kata okey sebab pemandu berkenaan tidak datang sekali kami dah sah-sah something wrong kan? 

Tukang tarik kereta? Anak-anak Melayu semua? Berapa banyak yang mereka dapat dengan menganiaya bangsa sendiri? 

Polis Bantuan PLUS, kalaulah lebih membantu. Ke nak tunggu orang accident mati dulu baru nak hegeh-hegeh? Pemandu itu mabuk, kenapa tak ambil tindakan? Saya dah siap maklumkan pemandu Toyota itu mabuk dan perlu dibawa ke balai untuk diambil tindakan. Namun semua buat tak tahu sahaja. 

Masalah sekarang, pihak bengkel dah menghubungi kami dan tanya nak buat apa dengan kereta kami yang tersadai di bengkel. Rupa-rupanya pemandu Toyota itu sudah buat laporan 2-3 hari selepas hari kejadian di mana dia berjaya membuat tuntutan insurans keretanya dengan alasan pengsan tanpa menyebut yang kereta kami turut terlibat dalam kemalangan kononnya pemandu Toyota itu pengsan.

Kereta Toyota Harrier yang melanggar kereta pengadu telah disiapkan awal sebelum perayaan Tahun Baru Cina | Foto - Azlinda

Dia pengsan dan saya pula apa? Meroyan? Saja-saja nak accident? Dengan bawa anak-anak, bayi berusia dua bulan? Logik? 

Cuba fikir, selama ini saya hairan kenapa bila ada kemalangan, pengakhiran mesti bergaduh di tepi jalan. Rupa-rupanya disebabkan hal seperti ini, ada orang yang enggan bertanggungjawab. 

Sudahlah terpaksa tuntut insurans sendiri, masalahnya tak dilindungi sepenuhnya. Silap-silap kena tambah bayar lagi. 

Moral dari kejadian ini, berhati-hatilah ketika memandu. Kita sudah berhati-hati namun dilanggar juga. Kalau terlibat dalam kemalangan, sila hubungi talian 999 sebab segala jenis 'bantuan' yang ada ini memang tidak membantu. 
Ejen insurans juga perlu berhati-hati, jangan sampai anda ditipu oleh manusia seperti pemandu Toyota ini. 
Kepada pemandu Toyota yang mendakwa dirinya 'terpengsan' ketika memandu, memang saya sengaja war-warkan nombor kereta awak.

Sekarang tengah pening tentang insurans. Nak teruskan kes tetapi nak korek duit dari mana? Nak buat macam mana? - Azlinda Jamaluddin | The Reporter