Bolehkah kita Membina Pondok Di Kawasan Tanah Perkuburan??



Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2002 yang bersidang pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa boleh/harus membina binaan bangunan tempat berteduh/rehat kepada penziarah kubur dan setor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di tanah wakaf perkuburan dengan syarat di tempat- tempat yang bersesuaian malah tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur lain yang ada di tanah perkuburan serta pembinaan tersebut adalah untuk kegunaan dengan perkara yang berkaitan dengan kubur sahaja

Sumber: http://ift.tt/2ijtM1r


via Bin Usrah