Inilah Cara Mudah Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Musim Hujan. Mohon Share Untuk Keselamatan Semasa Memandu...


Tapi jangan risau kerana kami inginkan jalan penyelesaian untuk masalah ini dengan modal yang rendah dan murah. Antara caranya mudah sahaja.

Anda hanya memerlukan minyak rambut jenis cecair (Lutsinar) Tidak kisah lah jenama apa yang penting bukan jenis cream, atau pun gel. Jika tiada minyak rambut anda boleh guakan syampu (tetapi jangan campur dengan air).

Cara – caranya:


1. Sapukan minyak rambut atau syampu pada cermin dan gosok dengan rata..tak perlu banyak, selapis sudah memadai.

2. Gunakan kertas surat kabar, tisu atau kain. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan bayang-bayang minyak rambut sahaja. Material yang paling berkesan adalah tisu.

InshaAllah kabus atau wap cermin pada kereta anda akan hilang buat sementara waktu.


via Bin Usrah

Setiap malam mimpi ngeri, rupanya pasangan suami isteri dikenakan sihir pemisah


Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri. 

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam. 

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar. 

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit. 


Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira. 

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan. 

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri. 

Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah. 

Premis kenakan caj 30 sen 'ikat tepi' dikompaun KPDNKK


SHAH ALAM, SELANGOR - Premis yang mengenakan caj tersembunyi (ikat tepi) pada minuman yang dibungkus, yang viral di media sosial baru-baru ini, dikenakan kompaun, lapor Sinar Harian. 

Dalam tindakan pemantauan dan penguatkuasaan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati, premis berkenaan gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi caj tambahan bagi minuman bungkus ikat tepi (RM0.30). 

"Justeru, premis itu telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011," kata kenyataan KPDNKK di Facebook rasminya, hari ini. 

KPDNKK juga turut memberi amaran kepada peniaga premis berkenaan agar mempamerkan tanda harga termasuk caj tambahan RM0.30 bagi minuman yang dibungkus.


Terdahulu, viral gambar resit bayaran pelanggan dikenakan caj tersembunyi bagi minuman bungkus (ikat tepi) dengan harga 30 sen yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan. 


Bagaimanapun, wakil premis berkenaan tampil memberi penjelasan serta melakukan demonstrasi perbezaan minuman yang diminum di kedai berbanding dengan minuman yang dibungkus. 

Dalam penjelasannya itu, wanita itu berkata minuman yang dibungkus mengandungi lebih air berbanding minuman yang diminum di kedai. Dalam masa yang sama, wanita itu berkata 30 sen 'it's nothing' bagi mereka, menyebabkan netizen bertambah berang dan mula mengkritik kata-katanya itu. 


Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. Sepasukan penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut. 

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi tersebut.

Berita berkaitan: 
'Macam besar sangat isu 30 sen ditambah pada 1 bungkusan air'

'Selepas cuba Himalaya Bonnisan, selera makan anak bertambah-tambah'


Dah cuba macam-macam, tetapi anak tetap tak nak makan dan hanya makan makanan kegemarannya saja membuatkan ramai ibu bapa yang susah hati melihat anak mereka agak kurus dan kurang berat badan. Menurut Puan Nisaa Ghazali, anaknya juga mengalami masalah yang sama dan selepas diperkenalkan dengan produk makanan tambahan ini, anaknya kerap makan dan kini berat badan anaknya bertambah sampai semua pakaiannya dah sempit. 

INGAT tak dulu saya pernah post masalah Ayden yang langsung tak nak makan (picky eater)? Dia hanya makan satu atau dua jenis makanan yang dia suka sahaja which is makanan yang tidak berkhasiat langsung. 

Ada seorang rakan Facebook saya menyarankan agar saya cuba makanan tambahan ini untuk menaikkan selera makan budak. Seriously, memang berkesan! 

Sebelum ini saya dah cuba macam-macam seperti Apetton, Qaliph, malah pernah pergi meminta air tawar di kampung. Tetapi kesemuanya tidak berkesan. 


Tetapi untuk makanan tambahan Himalaya Bonnisan, ianya seperti magic! Ayden sekarang dah pandai minta makan. Dalam kereta minta nasi, ayam, ikan, KFC, McDonald apa semua. Bila sampai ke rumah nak susu, selepas susu nak biskut pula. 

Baju-baju dia sekarang semua dah sendat. Saya sangat gembira! Bila tengok anak makan berselera, ya ampun, rasa macam menang nombor. Hahaha! 

Jadi kepada ibu-ibu yang ada masalah anak tak nak makan atau memilih makanan, boleh cuba makanan tambahan Himalaya Bonnisan ini. InshaAllah ada perubahan. Cubalah, boleh beli di kedai farmasi dengan harga sekitar RM20. 


Menurut laman Himalaya Healthcare Malaysia, makanan tambahan itu juga boleh dimakan oleh golongan dewasa, termasuk golongan remaja.

"Untuk orang dewasa, makan 20ml sebanyak tiga atau dua kali sehari." 

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Himalaya Bonnisan, boleh dapatkan di cawangan butik Himalaya yang terdekat atau di farmasi berhampiran kecuali Watson dan Guardian. 

Penjawat awam yang laporkan kegiatan rasuah boleh naik pangkat - SPRM


KOTA BHARU, KELANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah, lapor Bernama.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, penjawat awam yang berani melaporkan kes salahlaku rasuah juga akan diberi penghargaan termasuk kenaikan pangkat daripada jabatan masing-masing. 

"SPRM Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaan lain," katanya. 

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen tidak bersetuju dengan rancangan itu yang dilihat tidak masuk akal. 

"Only in Malaysia. To have integrity to must be rewarded. There is no such thing as a duty of an individual. It's call integrity idiots," kata Mike Samaravera

"Reward pun dah macam rasuah," kata Syed Shaddad

Rata-rata netizen berpendapat, kurangnya keyakinan terhadap keselamatan pemberi maklumat, membuatkan ramai saksi-saksi kegiatan rasuah bimbang melaporkan kegiatan rasuah di tempat masing-masing.