Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

DI SEBALIK MISTERI VOLKSWAGEN KUNING & KISAH SERAM LEBUHRAYA KARAK

DI SEBALIK MISTERI VOLKSWAGEN KUNING & KISAH SERAM LEBUHRAYA KARAK


DI SEBALIK MISTERI VOLKSWAGEN KUNING & KISAH SERAM LEBUHRAYA KARAK. tak nak kalah katanya. Aku kan terkenal dengan blogger kisah seram bila tengok blogger lain tetiba dok up kisah seram aku pun mula pelik. Dah kenapa pulak tak pernah2 depa ni tulis cerita seram kat blog tetiba je memasing cari idea nak siapkan entri kisah seram. Rupanya Bro Framestone & MiG Production bergabung mengadakan contest cerita seram yang untuk promosi Filem seram terbaru MiG Volkswagen kuning.



Barulah aku tau.. Rupanya memasing dok sibuk pasal entri cerita seram semua yang nak mencuba nasib untuk contest tu. Aku pun nak try jugak ke? Tak la.. Aku rasa tak layak pulak sebab aku kan suka kutuk filem2 seram terbitan MiG. tetiba aku nak join contest dia kan pelik bunyinya, Tapi tetap taknak kalah. Aku tetap nak ambil kesempatan Up kisah seram paling legend kat Malaysia ni berkaitan gangguan Volkswagen kuning misteri di lebuhraya karak.

Cerita pasal Volkswagen kuning misteri tanpa pemandu di lebuhraya karak ni dari kecik aku dah dengar & banyak jugak cerita2 pasal Volkswagen kuning ni di kongsi di laman2 blog & media sosial. Mungkin ramai yang tak pernah tahu kisah misteri Volkswagen kuning ni sebenarnya berlaku sejak tahun 1956 lagi cuma waktu tu dia tak extreme sangat memomokkan orang. Faktor orang dulu pun mungkin kurang menggunakan jalan raya waktu malam & tak ramai yang ada kenderaan sendiri kot buat Volkswagen ni masa tu tak menjadi kisah seram yang popular.

Tapi selepas lebuhraya utara selatan di bina yang merentasi kawasan Jelapang sejak tu cerita momokkan Volkswagen kuning ni semakin popular. Menjadi jadi pulak dia menyakat orang kat lebuhraya. Katanya sejarah Volkswagen Kuning menghantui pengguna lebuhraya tu bermula dengan kisah seorang isteri yang curang membunuh suaminya & merampas Volkswagen kuning milik suaminya. Akibat dendam & ingin memilik kembali Volkswagen kuning dia menjadi hantu volkswagen. Agak merepek jugak cerita dia tu.. Sebab orang dah mati mana boleh kembali ke dunia dalam apa bentuk jelmaan apatah lagi nak memandu Volkswagen kuning kat highway. Semua tu jelmaan jin & syaitan untuk menakutkan & menyesatkan manusia.

Kisah Volkswagen kuning ni selalunya berlaku bila katanya ada kereta memotong kereta dia. tetiba dia akan muncul semula kat hadapan kereta yang memotong tadi. Kalau di potong lagi.. perkara yang sama akan berlaku. Menurut pengalaman seorang penunggang motorsikal.. Katanya dia pernah terserempak dengan Volkswagen kuning di jalan yang memang terkenal dengan kisah tu.. Apa dia buat jangan potong Volkswagen tu. Biar lambat asal selamat katanya. Biar la dia terkemut2 kat situ sampai dia hilang sendiri. Dia bukan nak buat apapun.. cuma nak pastikan anda memandu mematuhi hat laju yang di benarkan je. hehehe... Aku syak Volkswagen kuning ni dulu bekas anggota polis traffic hahahaha

tapi kisah Volkswagen kuning sebenarnya tak berapa seram sangat kalau kita membaca dalam bentuk texts sebab cerita dia kebanyakkan terserempak dengan Volkswagen kuning tanpa pemandu yang kalau hangpa potong dia hangpa akan jumpa balik dia kat depan kereta atau kenderaan hangpa. Berbanding kisah2 seram lain melibatkan lebuhraya karak.

Lebuhraya karak memang terkenal dengan macam2 kisah seram bukan sekadar kisah Volkswagen kuning je. Kalau korang rajin membaca kisah2 seram yang berlaku kat lebuhraya karak maka korang tahu la. Cuma ada satu kisah yang aku dengar masa sekolah rendah dulu berlaku kat lebuhraya karak.. Kisah ni betul tak betul memang aku tak sure tapi popular masa aku kecik2 dulu. Kisahnya ada sebuah keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung pulang ke kotaraya. Nak di jadikan cerita dalam pertengahan jalan.. kereta dia rosak kat situ. Bila check temperature naik sebab terlampau panas. So terpaksa la cari air. dia suruh bini dia tunggu dalam kereta sementara dia nak cari air. Agak lama jugak dia pergi.. Lepas tu tiba2 lalu seorang polis peronda berhenti kat kereta depa ni suruh la si isteri keluar dari kereta tapi jangan pandang belakang. Bila polis cakap macam tu terus dia rasa nak tahu apa berlaku dia pandang jugak ke belakang.. Bila dia toleh kat belakang.. dia nampak suami dia dalam keadaan ngeri perut terburai terbaring atas bumbung kereta. Memang agak macam dalam filem fantasi seram kisahnya..

Tu la kisah paling popular kat lebuhraya karak masa aku kecik2 dulu. Walaupun aku syak cuma cerita momokkan untuk budak2 tapi time tu serius aku percaya ada kejadian macam tu berlaku & memang cerita tu bagi aku sangat menyeramkan. heheheh

antara kisah kisah lain yang pernah aku baca pasal lebuhraya karak ni.. Adalah kisah pemandu bas yang membawa penumpang.. Kira bas dia tu trip terakhir la bawa penumpang dari KL ke bentong. Time tu dalam pukul 9 malam. Dia ambil penumpang kat situ yang biasanya tempat tu agak sunyi. Lepas konduktor bagi tiket kat semua yang naik bas kat situ.. suasana dalam bas jadi riuh rendah. Bila hampir sampai ke bentong.. semua penumpang yang naik tadi turun kat satu kawasan hutan yang ada perkampung. Bila sampai di stesen bas dia nak kira duit2 hasil collection dia tadi, terkejut dia bila mendapati duit2 tu semua bertukar jadi daun. Dia pun pelik mana ghaibnya duit2 yang di collect tadi. Korang tau ke duit tu pergi mana? Kalau tahu tolong rungkaikan misteri pakcik konduktor bas tu kejab.. mungkin sampai hari ni dia bingung bila fikir kemana semua duit tu hilang. hehehehe

Tak tau la bila jadi Filem terbitan MiG ni kisah Volkswagen kuning tu jadi lebih seram atau suram macam cerita dari mulut ke mulut yang selama ni kita baca & dengar. Tapi apapun pada mereka yang menyahut cabaran untuk contest Volkswagen kuning tu aku ucapankan semoga berjaya. Aku biasa la masih memburu filem2 seram yang mampu buat aku sampai tak berani pergi toilet sorang2 selepas menonton. Setakat ni filem seram MiG memang tak menepati standard keseraman yang aku harap. Almaklum la aku ni high taste sikit kalau nak tengok apa2 filem seram. Kadang2 orang lain dah rasa seram aku belum lagi. Masih rilex je tengok tengah2 malam tanpa ada apa2 perasaan cuak atau takut. hahahaha

Apapun.. jadilah pemandu berhemah kalau taknak kereta anda di kaitkan dengan kisah seram macam Volkswagen kuning tu. Jaga maintenance kereta tu elok elok. Bawa kereta tu baik baik. Jangan berlagak macam pelumba kereta profesional padahal baru lesen P. Ingat senang ke nak bergelar Pelumba Kereta ni. Tak semudah boleh memandu dengan baik je. Kadang2 bukan sebab hantu Volkswagen kuning ke hapa yang ganggu pemanduan kita tapi sebab cara kita memandu & jaga kereta jugak punca berlakunya kemalangan. Skill memandu baru lesen P ada hati nak bawak macam Pelumba Pro. Jangan nanti kereta kita pulak jadi lagenda kisah seram di jalanraya katanya heheheh

Moral of the story.. dalam kehidupan kita ni alam ghaib, makhluk ghaib memang wujud. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga menyekutukan Allah.Mereka ada di keliling kita & mereka jugak makhluk Allah. Mereka memang boleh menganggu manusia dengan Izin Allah.. Apa yang Allah Izinkan berlaku sesungguhnya tiada satu pun perkara sia sia. Pasti ada sesuatu yang Allah nak ajar atau nak kita belajar daripadanya.


Kredit : lekatlekit.com

Pelik : Upacara Kematian Yang Aneh Dari Serata Dunia


Upacara Kematian Yang Aneh Dari Serata Dunia


Dalam kebanyakan budaya di dunia, kematian adalah sesuatu yang suci sehingga diperlukan sebuah upacara khusus untuk menghormati atau mengenang mereka yang mati. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat, jom kita baca:

10. Pengkebumian Dengan Penari Bogel


persembahan tiger show sebelum dikebumikan



Di wilayah Donghai China, pengkebumian sebenarnya adakah simbol status. Reputasi orang mati dan kehormatan dianggap sangat perlu diberi perhatian. Jadi, keluarga menyewa penari bogel untuk menarik orang ramai datang menyaksikan pengkebumian. Kerajaan China telah membanteras upacara ini setelah mendapat liputan meluas media.

9. Berjoget Dengan Orang Mati


habis mayat tu diajak buat breakdance...

Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan mayat dari kubur dan melakukan perayaan bersama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun dan merupakan waktu keluarga berkumpul untuk bersukaria.


8. Pengkebumian Langit


Hari ini kita dapat makan besar yeah..

Yang ni takdak kena mengena dengan Ayah Pin dan kerajaan langitnya. Iklim panas Tibet dan tanah berbatu-batu membuatkan pengkebumian di sana menjadi sukar. Jadi, warga Buddha di Tibet mengamalkan 'pengkebumian langit' di mana tubuh akan dicincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahwa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.

7. Pengkebumian Tana Toraja

Pengkebumian di wilayah Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung bagi masyarakat di sana. Upacara pengkebumian diiringi muzik, tari-tarian dan pesta untuk sejumlah tamu. Pada masyarakat setempat, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga si mati diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya dapat membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk membiayai kos pengkebumian. Tabungan mungkin mengambil masa waktu berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat diperlakukan seperti orang sakit .


Nampak macam nak berdemo, tapi sebenarnya pesta kematian

Sebuah pengkebumian yang sebenarnya terjadi ketika keluarga melakukan upacara kematian dan keranda ditempatkan di kuburan berupa gua atau tergantung di tebing.

6. Kematian orang kaya-kaya

Orang-orang sekarang dapat 'memakai' orang yang mereka cintai di jari-jari mereka.

Karbon mayat yang digilap menjadi batu cincin

Sebuah perusahaan Amerika yaitu LifeGem menawarkan kesempatan bagi mereka yang mati dan dicintai menjadi sebuah berlian sintetik. Proses ini dimulai dengan menyedut karbon dari tubuh pada saat dibakar dari simati. Karbon dari tubuh mayat ini kemudian diubah menjadi grafit seterusnya menjalani sebuah proses dengan suhu dan tekanan sangat tinggi untuk mendapatkan kristal berkilau seperti berlian. Harganya sekitar $ 3500 dan boleh menecah $ 20,000 bergantung pada ukuran karat.

5. Keranda Fantasi



ni bukan tuna gergasi tapi keranda

Jika Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah keranda berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam keranda fantasi. Keranda ini mengambarkan pekerjaan dan minat si mati ketika masih hidup. Replika raksasa botol coke, buah-buahan atau 'gadget' lain akan ditampilkan di ruang pamer keranda.

4. Endocannibalisme

Mungkin ini ritual kematian terburuk yang pernah wujud. Endocannibalisme adalah amalan di mana orang memakan tubuh mayat. Idea di balik kebiasaan mengerikan ini adalah kepercayaan bahawa dengan memakan tubuh si mati maka sekaligus akan 'menghisap' sifat-sifat si mati untuk asimilasi roh.



Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini. Tapi banyak tokoh-tokoh akademi merasakan endocannibalisme adalah tuduhan palsu dilemparkan oleh kolonial pada masa awal untuk mendapatkan alasan dominasi politik. Menurut ahli antropologi Napoleon Changon, komuniti Yanomamo di Amerika Selatan masih makan abu dan sisa tulang orang yang mati setelah di bakari.


3. Mumifikasi Diri Sendiri

Hal ini membuat ritual menjelang kematian kedengaran lawak (atau bodoh?). Beberapa sami Budha yang dipanggilt Sokushinbutsu di Jepun tidak hanya melakukan bunuh diri, mereka juga melakukannya dengan cara yang dipercayai menyebabkan mereka menjadi mumia. Proses ini dimulakan dengan diet kacang dan buah-buahan dikombinasikan dengan amalan fizikal yang ketat. Penghapusan lemak tubuh tercapai dengan langkah pertama. Langkah kedua melibatkan kehilangan cairan tubuh dan meracuni tubuh mereka untuk mencegah serangan ulat dan cacing. Ini dicapai dengan menminum kulit, akar dan teh beracun selama seribu hari.

dah mati, dia jadi macam ni laa

Pada tahap terakhir, sami itu akan memasuki sebuah makam batu, duduk dalam posisi bersila dan menunggu kematian. Dia akan membunyikan loceng setiap hari untuk membiarkan sesama sami diluar tahu bahawa dia masih hidup. Dan kemudian ketika loceng tidak lagi berbunyi, para sami yang lain akan mengunci makam, menunggu 1000 hari lagi sebelum membukanya untuk mengesahkan sami tadi samada sudah jadi mumia atau belum.

2. Puasa Untuk Kematian

Vimla Devi, seorang wanita India melawan kanser, meninggal pada 2006. Penyebab kematian itu bukan kanser tapi puasa selama 13 hari yang disebut santhara.


Ini kematian sukarela dengan puasa yang dipraktikkan oleh Jain, sebuah masyarakat yang percaya kepada anti kekerasan terhadap semua makhluk. Santhara biasanya dimulakan setelah orang memutuskan bahawa tujuan hidupnya sudah tercapai dan bersedia untuk pemurnian spiritual. Ianya sering dianggap sebagai bentuk bunuh diri atau euthanasia. .

1. Exposure

Zoroastrianisme percaya bahwaa setelah kematian, tubuh hanya akan menambah pencemaran kepada alam sekitar. Pembakaran mayat atau pengkebumian tidak dilakukan karena mereka beranggapan perbuatan itu akan mencemari unsur-unsur suci seperti api dan bumi. Jadi, mereka melakukan sebuah ritual yang disebut eksposure orang mati. Tubuh si mati disimpan di menara yang disebut Tower of Silence dan dibiarkan dimakan oleh burung nasar.


Amalan ini sekarang masih dilakukan di sebahagian benua India. Kekurangan populasi burung hereng pemakan bangkai di India telah menyebabkan proses ini menjadi mengerikan. Beberapa Foto terakhir, menunjukkan tompokan mayat semakin membusuk di atas Tower di Mumbai (India), dan membangkitkan kontroversi dalam masyarakat.


Kredit : gengkomplen.blogspot

Lelaki Ini Cuba Untuk Belah Ekor Ular Orok-Orok, Tapi Apa Yg Berlaku Selepas Itu Sgt MENGEJUTKAN Kami !





Lelaki Ini Cuba Untuk Belah Ekor Ular Orok-Orok, Tapi Apa Yg Berlaku Selepas Itu Sgt MENGEJUTKAN Kami !|




SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Inilah Rahsia Fungsi Batang Ajaib Dalam Kereta Yang Masih Ramai Tak Tahu!


Inilah Rahsia FUNGSI Batang AJAIB Dalam Kereta Yang Masih Ramai TAK TAHU !!! | RAHSIA NI RAMAI YANG TAK TAHU & RAMAI YANG TAHU TAPI TERUS DIRAHSIAKAN… RAHSIA ni kalau korang tahu.. MESTI banyak KEMALANGAN jalan raya dapat di elakkan..
RAHSIA tentang satu “BATANG AJAIB” dalam kereta korang…
Sesetengah kereta “benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..
tak kesah lah belah mana pun, tetap sama “MAGIC” dia.
Nampak tak gambar “anak panah @ arrow” tu?.
√ Kalau “batang ajaib” ni ada di sebelah kiri :
•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH” magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.
√ Kalau “batang ajaib” ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.
So, dah tahu RAHSIA ” BATANG AJAIB ” ni ?
Jadi, lepas ni kalau nak MASUK SIMPANG, nak SUSUR KELUAR, nak himpit tepi, TOLONG kongsi RAHSIA ni.
JANGAN nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, tak nak orang belakang tahu ko nak ke mana.
Ko ingat SUPPRISE ko tu “SWEET” sangat ?.
Boleh maut ko tahu ?


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

“Alif Tak Nak Hadiah Apa-Apa Ma..Tapi..” – Kisah Sentap Seorang Ibu Yang ‘Pandang Tak Pandang’ Anaknya

Aliflulus
Memang tergamam bila baca kisah anak yang ‘diam-diam ubi berisi’ ini. Bukanlah nak katakan sikap si ibu yang berat sebelah, tapi kadang-kadang mereka terlepas pandang terhadap salah seorang anak-anak mereka ini.
Kisah sentap seorang anak yang kurang mendapat perhatian memberikan ‘penghargaan’ kepada ibunya yang selama ini  ‘macam pandang tak pandang’ terhadap dirinya.

Dr smlm dok bepikir.Ape yg x kena? Ape yg kurang?

Screen Shot 2016-01-31 at 14.17.14

Smlm kptsn UPKK keluar…Tu pun dlm tel mama leter2 lg.Mama x pikir alif

Screen Shot 2016-01-31 at 14.18.40

Bila mama sampai,alif msk kereta,.Pastu…

Screen Shot 2016-01-31 at 14.23.06

Screen Shot 2016-01-31 at 14.20.58




Sumber : Wan Lydia Abd Razak

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

Apa gunanya bertudung jika begini, lihatlah foto selanjutnya yang KORANG JANGAN JADIKAN TELADAN!



Apa gunanya bertudung jika begini...lihatlah foto selanjutnya yang amat mengejutkan!

Astagafirullah! inilah yang dinamakan wanita akhir zaman. Sudah terang lagi bersuluh... apa gunanya bertudung jika begini? lihatlah foto seterusnya yang pasti mengejutkan semua

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!|Pada bulan Ramadan yang mulia ini pasti semua tempat mempunyai Bazar Ramadan atau lebih dikenali sebagai PARAM yang menjual pelbagai jenis aneka juada untuk berbuka puasa. Apabila kita berada di bazar tersebut kita dapat lihat pelbagai jenis perangai dan karenah manusia.

13516446_1711772405737921_2303187234448031932_n
Apa yang pelik kami kongsikan di sini, terdapat satu tempat Bazar Ramadan yang meletakkan KERANDA MAYAT di pintu masuk bazar tersebut. Seorang pengguna Facebook Nur Dhaminatulhuda memuat naik beberapa keping gambar yang terdapat sebuah van jenazah, keranda dan beberapa orang (mungkin AJK sebuah masjid).
Assalamualaikum..
Selamat pagi.. Ramadhan dah menghampiri penghujungnya.. sayu rasa hati.. 
Bagus la ahli masjid buat gini.. Sangat rare.. memang peringatan yang sangat mendalam.. sekali terpandang terus tersentap. Kerana diri belum lagi sempurna kearah ini. Akan terus cuba perbaiki diri dan istiqomah. 
Apa perasaan anda tgh syok membeli tetiba terpandang ni. Mesti pelik dn terfikir jenazah pun singgah bazar jugak.
location : Bazar Ramadhan Selayang.
13494766_1711772419071253_410957844550339949_n13516446_1711772405737921_2303187234448031932_n13524293_1711772392404589_8011922608686298149_n
semoga dengan usaha murni beberapa AJK masjid ini dapat sama-sama kita bermuhasabah dan ambil sebagai peringatan terhadap diri kita…memang sangat TERBAIK kempen menutup aurat ini.|Ditulis semula untuk disiarkan di myberitaviral.com
Sumber : Facebook Nur Dhaminatulhuda

Kenapa orang mengetuk tembikai sebelum beli

watermelon-cut
Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Metro.co.uk
Memang menjadi kebiasaan kita akan melihat ramai yang akan mengetuk buah tembikai sebelum membelinya. Apa yang mereka check sebenarnya? Orang kata salah satu cara untuk mengetahui kondisi tembikai adalah dengan mengetuknya.Perihal mengetuk tembikai menjadi isu hangat di Itali kerana sebuah pasaraya melarang mengetuk buah tembikai yang dijual.
Begitulah amaran yang diletakkan di tempat jualan tembikai. Mungkin pemilik pasaraya itu terganggu dengan tabiat pengunjung yang suka mengetuk tembikai. Disebabkan perkara itu, ramai penduduk cina memuatnaik gambar seolah-oleh sedang menunggu jawapan dari tembikai sekaligus menyebabkan isu ini trending di China.
Dilarang Mengetuk Buah Tembikai Kerana Ia TIDAK Akan Memberi Respon
screen-shot-2016-06-27-at-1-57-54-pm
Menurut BBC, mengetuk tembikai sememangnya budaya yang biasa dilakukan oleh masyrakat Cina tetapi papan larangan tersebut bukan ditujukan terhadap orang cina. Mengetuk tembikai adalah kaedah umum yang dilakukan untuk mengetahui jika buah itu segar dan matang.
90045597_chinesew1
90045599_chinesew2
Bagaimana mengetahui tahap kematangan tembikai?
  • Tembikai yang matang berat ketika diangkat.
  • Jika warna jalurnya kekuningan bermaksud sudah matang, jika putih beerti masih belum matang.
  • Tembikai yang matang akan terasa keras dan kenyal ketika ditekan.
  • Dan ini yang sering didengar, tembikai matang mempunyai dengungan yang lebih kuat dari biasa.
Sumber: Sajakongsi
–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

Tragedi hari raya, wanita ini teringat episode hitam menyebabkan dirinya hamil anak luar nikah

TG.png
Saya hilang pertimbangan ketika pertama kali kenal dia. Bagi saya, Imran satu-satunya lelaki yang mampu membuka pintu hati saya, sekali gus membuang sikap malu dan pendiam yang mengunci diri saya selama ini.
Ya, saya gadis pemalu. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya mendapat didikan agama yang sempurna daripada kedua ibu bapa, sementelah, ayah menjadi bilal kampung dan guru mengaji Al-Quran. Saya dan sembilan adik-beradik lain khatam Al-Quran di usia muda, antara sembilan ke 11 tahun.
Betul kata ustaz, iman tak dapat diwarisi dan itulah yang terjadi kepada saya selama ini. Saya tidak sangka, Imran yang saya puja dan cinta selama ini tergamak meninggalkan saya di saat kandungan mula membesar. Saya nanar dan hampir gila, malah pernah lari menyembunyikan diri di sebuah rumah perlindungan dengan harapan tidak dikesan keluarga.
Kisah saya bermula ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya meraih keputusan cemerlang 4A 1B dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh di Perak. Kali pertama saya terpisah jauh dari keluarga menjadikan langkah semakin melebar di samping kalangan kawan yang boleh tahan perangainya.
Suatu hari, saya ditangkap warden asrama ketika cubaan ponteng kelas. Ayah dimaklumkan perkara itu dan dia serta ibu bergegas untuk melawat saya di Perak.
Hancur hati ayah bila dimaklumkan yang anaknya ini telah beberapa kali melanggar disiplin sekolah dan perlu digantung sebagai hukuman.
Ayah tidak dapat terima dan akhirnya membuat keputusan menukar saya ke sekolah biasa, agar saya lebih dekat dalam pemantauannya.
Keputusan ayah buat saya lebih memberontak tetapi disebabkan saya anak pendiam, ayah dan ibu tidak mengesan sebarang perubahan.
Ketika di tingkatan lima, saya mengenali Imran. Setahun perhubungan kami, saya kenalkan Imran kepada ibu dan ayah.
Hubungan kami tidak dilarang kerana kami sering bertemu di rumah dalam pengetahuan ayah. Sementara menunggu keputusan SPM, Imranlah yang membantu saya mencari kerja sampingan.
Tertekan hamil anak luar nikah
Suatu hari, Imran meminta izin untuk membawa saya berhari raya di rumahnya. Ayah membenarkan dengan syarat pulang sebelum petang. Di rumah Imran, saya diperkenalkan dengan keluarganya tapi belum pun sejam saya berada di situ, keluarga Imran mahu menziarahi keluarganya di luar daerah.
Rupa-rupanya Imran tahu keluarganya akan keluar dan terlebih dahulu memasang rancangan untuk berdua-duaan dengan saya. Di tangan Imran kegadisan saya diragut. Meskipun secara paksa tapi kerana sayang saya merelakannya.
Selepas saya dihantar pulang ke rumah, Imran tidak lagi menemui saya malah sering mematikan talian telefon. Kalau dapat bercakap pun hanya sekejap dan dia memberi banyak alasan untuk mengelak berbual dengan saya.
Dua bulan selepas itu, saya mengandung! Dunia tiba-tiba bagaikan gelap.
Saya takut dan hilang punca sehingga bertindak lari dari rumah dan pergi ke sebuah rumah perlindungan.
Di rumah itu, saya diberikan syarat, jika tidak mahu keluarga tahu, bayi yang dilahirkan perlu diserah kepada rumah perlindungan dengan semua kos bersalin dibiayai penuh. Namun, jika tidak mahu menyerahkan bayi, ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai kemasukan saya ke rumah itu agar kos bersalin ditanggung keluarga sendiri.
Saya membuat pilihan pertama. Saya malu dan takut. Saya juga kasihankan ayah yang amat disegani penduduk kampung atas statusnya sebagai bilal. Imran pula menghilangkan diri selepas menghantar saya ke rumah perlindungan itu.
Suatu hari, seorang pelatih berlari masuk ke bilik saya sambil menangis. Saya bertanyakan sebab kepadanya dan dia menasihatkan saya agar keluar dari rumah itu jika tidak mahu senasib dengannya.
Dik, sekarang memang awak kata awak tak nak anak awak, tapi percayalah dik. Selepas sembilan bulan awak mengandungkannya, awak akan jatuh sayang dan tak sanggup kehilangan anak awak.
Kalau awak tak mahu sengsara macam akak, awak baliklah ke pangkuan keluarga.
Biar awak tanggung malu seumur hidup asalkan anak awak depan mata. Kita dah buat salah, sepatutnya kita berdepan dengan keluarga, pesan Kak Mala sambil menangis.
Tertekan hamil anak luar nikah
Saya turut menangis saat terlihatkan kesusahan Kak Mala ketika mengepam susu dari payudaranya yang membengkak. Kata Kak Mala, air susu pertama itu sepatutnya untuk anak, tapi anaknya telah diserahkan kepada orang lain. Dia menderita kerana berpantang tanpa bayi di sisi.
Hari itu juga saya hubungi ayah. Ayah mengamuk satu alam. Saya tidak kisah dipukul kerana ayah berhak melepaskan kemarahan dan kekesalannya. Saat itu hanya penderitaan Kak Mala yang berputar depan mata.
Sebagai penyelesaian, ayah cuba menemui keluarga Imran untuk menikahkan kami. Malangnya, Imran sudah menghilangkan diri malah keluarganya turut memfitnah saya dengan mengatakan kandungan saya belum tentu anak Imran.
Saya terduduk. Tidak sangka Imran sekeji itu. Meskipun ibu bapa menjadi pelindung dan menemani saya setiap kali mendapatkan rawatan mengandung, saya tidak boleh mengelak daripada diumpat keji orang. Tekanan perasaan seperti itu buat saya selalu meracau sehingga mendapat kad pesakit mental daripada hospital.
Ibu pula terpaksa berulang alik ke mahkamah dan jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapatkan jaminan penjagaan sepenuhnya ke atas saya dan bayi yang bakal lahir.
Saya benar-benar menyesal. Perbuatan saya bukan sahaja merosakkan masa depan sendiri, malah menyusahkan keluarga. Saya harap remaja di luar sana sedar sebelum terlewat.
Jangan jadi seperti saya; seorang yang bijak pelajaran kini pemegang kad pesakit mental akibat perbuatan bodoh sendiri.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Maya dan ibunya kepada wartawan Sinar Harian.
Sekali pandang, Maya seperti gadis lain. Dia cantik, ceria dan sihat malah kenal semua orang di sekelilingnya dan mampu menguruskan bayinya dengan baik. Hanya ada waktu tertentu, apabila fikirannya bercelaru atau teringat kisah silam, Maya mengalami kemurungan dan mengamuk tanpa sebab.
Ketika itulah dia memerlukan perhatian penuh daripada ibunya. Ibu Maya terpaksa mendapatkan kebenaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk memelihara anak Maya.
Sumber: viralberita
–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

SETIAP PETANG SAYA NAMPAK LEMBAGA PEREMPUAN BERBAJU PUTIH BERDIRI DI PINTU SAMBIL TERSENYUM USTAZ KAZIM ELIAS

SETIAP PETANG SAYA NAMPAK LEMBAGA PEREMPUAN BERBAJU PUTIH BERDIRI DI PINTU SAMBIL TERSENYUM USTAZ KAZIM ELIAS

“Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum” – Ustaz Kazim Elias
UKE.png

Ustaz Kazim Elias ada cerita tadi pasal beliau kena santau,cerita beliau masa beliau ingin makan nasi,beliau tengok ditangan beliau ada ulat tapi tengok dalam pinggan ada nasi.Beliau cerita lagi sungguh sakit sangat2 kena santau ini.
P/s : Ya Allah,Engkau lindungilah Ustaz Kazim Elias.
Cerita Ustaz Kazim Pengalaman disantau!!

Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka..padan muka”
Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997.
Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni
Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz”.
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati”.
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat.”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah…saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…Apa jenis manusia ini…Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya….saya belajar perubatan Islam..
kedua saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias

UKE%2B1.jpg

UKE%2B2.jpg

UKE%2B3.jpg
Let’s block ads!(Why?)
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

Gempar memang mengerikan. 15 foto keadaan sebenar segitiga bermuda setelah lautan atlantik utara kering. lihat apa yang ditemui di dalamnya memang mengejutkan

Gempar memang mengerikan. 15 foto keadaan sebenar segitiga bermuda setelah lautan atlantik utara kering. lihat apa yang ditemui di dalamnya memang mengejutkan


Sumber :: pemburuduni