Murid Maut Dirempuh Ketika Melintas Jalan


DUNGUN - Seorang murid SK Santong Paka, maut dirempuh kereta ketika cuba melintas jalan raya, jam 7.10 pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 7.8 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Paka, mangsa Muhammad Syamil Harun, 10, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan turun daripada kereta bapanya yang berhenti di seberang jalan sebaik saja tiba di hadapan sekolahnya. 

Ketika mangsa sedang melintas jalan, sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

Ibu mangsa yang sempat menyaksi detik tragis itu hilang kata-kata dan hanya terduduk.

Hairah Abd Rashid, 53, berkata, sebelum melintas, Syamil sempat mencium tangan dan menatap wajahnya dengan pandangan sayu. Namun tidak menyangka itu adalah renungan terakhir anak kesayangannya itu.

"Memang dia sudah biasa melintas jalan untuk ke sekolah yang berada di seberang jalan. Biasanya dia lebih berhati-hati dan kami ahli keluarga yang menghantar selalu mengawasinya melihat kenderaan lalu-lalang bagi memastikan dia selamat ketika melintas.

"Selepas dia tercampak akibat dilanggar. Saya hanya mampu melihat tanpa sebarang reaksi dan tidak mendekatinya," katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan kejadian itu. 

Mayat mangsa yang berpakaian baju pengakap itu telah dibawa ke Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. - The Reporter

Jangan Tidur Dalam Kereta, Ianya Boleh Membunuh


Pernah tidur dalam kereta? Mestilah pernah, siap berhawa dingin bagai. Lebih selesa lagi kalau ada bantal kecil dalam kereta. Kalau boleh, nak tidur sejam dua jam. Tetapi tahukah anda bahawa bahaya tidur dalam kereta kerana ianya boleh 'membunuh' anda sendiri senyap?

Sudah banyak kes orang mati kerana tertidur di dalam kereta, dilaporkan. Namun, masih ramai yang tidak ambil pusing dan menganggap dakwaan itu adalah karut semata-mata. 

Sebagai contoh, bila rumah atau pejabat putus bekalan elektrik, ramai yang keluar dan hidupkan enjin kenderaan dan penghawa dingin, kononnya panas. Begitu juga di hentian Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya terutamanya waktu malam. Ramai yang tidur dalam kereta sambil enjin kereta dan penghawa dingin dihidupkan. 

Perlu tahu bahawa, bahaya tidur dalam kereta jika:
  • Enjin ON, penghawa dingin ON, tingkap tertutup rapat
  • Enjin OFF, penghawa dingin OFF, tingkap tertutup rapat

Bila enjin kenderaan dihidupkan dan berada dalam keadaan terbiar begitu saja dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO (karbon monoksida) daripada ekzos boleh masuk ke dalam kereta. 

Ada dua cara CO membunuh:

1. Ianya menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. 

2. CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila penghawa dingin dihidupkan dan sebab nak tidur. Kalau enjin dimatikan, tetapi tingkap tutup rapat akan menyebabkan kekurangan oksigen. 

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tetapi tingkap perlu dibuka sedikit, cukup sekadar tangan dari luar tak boleh masuk. Jika dibuka besar sangat, bimbang penjenayah pula yang akan menghampiri anda. Selain itu, letakkan kenderaan anda di tempat yang selamat dan ramai orang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pernah terasa pening bilamana terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas? 

Ada yang menyangka mungkin kenderaan kerap berhenti dan bergerak membuatkan anda pening kepala. Tetapi punca sebenarnya adalah kerana keracunan CO. 

Semasa kesesakkan lalu lintas, penghasilan gas CO akan terhasil lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Mungkin disebabkan hal ini mengakibatkan 15 orang meninggal dunia dalam kejadian kesesakkan lalu lintas yang teruk di Indonesia baru-baru ini. 

Apa yang anda perlu lakukan bila terasa pening semasa terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas ialah, buka tingkap kenderaan seketika dalam 30 saat. Beri ruang untuk oksigen masuk sedikit dan keluarkan CO dari kabin. 

Kesimpulannya, elakkan dari tidur dalam kereta jika tiada keperluan untuk berbuat demikian. - Nizam Nasir | The Reporter

'Abang, Jangan Ceraikan Saya...'


Saya masih muda, 26 tahun, berasal dari keluarga berada. Suami anak tunggal, juga dari keluarga yang senang. Saya berkahwin ketika umur 21 tahun dan kini ada seorang anak. Kenapa kahwin awal? Salah saya sendiri yang terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah berkahwin awal orang lain. Jadi, bila suami ajak kahwin, saya terus bersetuju. Padahal saya masih muda, mentah, noob, tak bersedia dan tak belajar pun akan kehidupan selepas menjadi seorang isteri. 

Memang salah saya sebab saya ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang saya tahu menjadi solehah itu adalah perkara yang paling susah saya pernah buat. 

Selepas berkahwin, saya meneruskan pengajian yang berbaki setahun. Belum sempat konvokesyen, saya sudah mula bekerja. Mungkin rezeki anak pada masa itu. Kerja saya pula bermula dengan gaji RM3,000+. Bagi orang yang baru grad, agak tinggi juga jumlah gaji itu. Suami bekerja sebagai juruteknik. Memang gaji saya lebih tinggi daripada suami. 

Masa mula perkahwinan, memang kami sudah bermasalah. Saya fikir itu semua adalah normal memandangkan kami tidak mengenali masing-masing secara mendalam. Kami berkahwin dan kononnya bercinta selepas nikah. 

Selama ini kami bergaduh, suami banyak bersabar dan mendiamkan diri bila saya marah. Saya yang jenis panas baran. Pantang salah sikit, sampai suami mandi lama pun saya bising.

Niat asal berkahwin, mahu menjadi isteri solehah sangat tebal. Saya pun pakai cantik-cantik di depan suami, lemah-lembut, melayan suami seperti raja bagai. Adalah selama enam bulan pertama perkahwinan saya berbuat demkian. Namun semakin lama semakin teruk perangai saya. Setiap hari saya marahkan suami. 

Bila difikirkan semula dan muhasabah diri, memang banyak kesalahan saya. Pertama, disebabkan gaji saya lebih tinggi dari suami, saya menjadi ego. Saya rasa saya boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment saya yang bayar semuanya termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami hanya menyelesaikan bayaran insurans anak dan yuran taska anak sahaja. 

Saya rasa saya mampu hidup tanpa dia tetapi saya silap bahawa hidup saya terasa sunyi tanpa peneman. Walaupun suami tidak mampu dari segi kewangan, tetapi suami seorang yang penyayang. Secara fizikal saya boleh hidup tanpa dia tetapi terseksa sebab saya sudah kehilangan sumber kasih sayang. 

Kesalahan kedua saya adalah, tidak pernah percaya pada dia. Suami jenis yang suka berniaga tetapi saya tidak pernah memberi kepercayaan kepada perniagaannya. Saya rasa dia hanya membuang masa dan tidak akan berjaya dalam perniagaan. Suami selalu berkata yang dia berniaga bukan mahu menjadi kaya tetapi kerana ini sunnah dan dia mahu membantu orang lain. Perniagaan suami pula perniagaan konsultan. Banyak konsultasi dia caj hanya RM20-RM50 sahaja. Bagi saya, nak dapat untung kalau sikit seperti itu? 

"Saya nak bantu orang sebab itu saya caj murah," kata suami. 

Dia pula tak cukup capital untuk mengembangkan perniagaannya sebab itu perniagaannya tidak berkembang maju. Walaupun begitu dia tidak pernah meminta saya membuat pinjaman bank atau meminta duit saya sesen pun untuk perniagaan dia.

Ketiga, saya rasa macam saya adalah isteri yang serba cukup. Saya asyik rasa sepatutnya suami bersyukur kerana mendapat saya sebagai isteri. Saya bolehlah dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, punyai kerjaya yang baik dan setiap hari saya masak untuk anak dan suami. Siap bawa bekal lagi. 

Bab makan, saya memang jaga. Setiap hari saya masak makanan istimewa. Sepanjang perkahwinan, saya tak pernah beri suami makan kicap dan telur sahaja. Paling lekeh pun say aakan masak sup ayam. 

Saya lupa bahawa tanpa suami saya yang memudahkan kerja saya, tidak mungkin saya boleh memasak untuk dia dan anak. Suamilah yang membasuh pinggan, vaccum rumah, basuh dan sidai kain, buat sampah, menyediakan susu anak, bangun malam-malam kalau anak mahu menyusu dan bermacam-macam lagi. Sumpah saya menyesal sangat sekarang. 

Rumah tangga saya mula runtuh apabila saya memeriksa log telefon pintar suami. Saya mendapati dia pernah membuat pencarian gambar lucah melalui telefonnya. Saya apa lagi, terus menyerang dia dan pada masa itulah dia benar-benar melepaskan kemarahannya kepada saya. Semua perkara dia luahkan sedangkan sebelum ini dia bersabar dengan saya.

Disebabkan ego tercabar, saya pun menghalaunya keluar. That's the end of us, about a year ago. Kami tidak pernah tidur sebumbung selepas pertengkaran itu. 

Selepas saya menghalaunya, suami pulang ke kampung. Ibu bapa suami saya pula mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan mahu menjemput suami dari stesen bas. Sampai ke saat ini saya rasa sangat bersalah kepada suami. Kematian ibu bapanya menjadi kemuncak kebencian dia pada saya. Sampai saat ini saya menangis bila. Kalau bukan kerana saya menghalau dia, dia pasti tidak akan balik ke kampung dan ibu bapanya mungkin masih hidup. 

Bila ibu bapanya meninggal, kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan ibu bapanya dia yang mewarisi. Suami saya seorang yang kuat semangat. Dia melaburkan duit pusaka untuk perniagaannya. Dalam masa setahun, perniagaan dia bertambah maju. 

Saya sudah cuba memujuk dia kembali kepada saya bukan disebabkan dia sudah kaya tetapi sebab saya sudah menyesal dengan perbuatan saya yang lalu. Saya rindu sangat pada suami, pelukannya setiap malam sedangkan saya selalu membelakanginya, rindu panggilan 'sayang' yang pada saya tidak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampailah kami berpisah. 

Saya rindu dia sangat-sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi dia sudah tiada perasaan pada saya. Mungkin dia langsung tak ingin memandang saya. 

Saya berharap jika ada isteri di luar sana mempunyai ego yang sama seperti saya, sedarlah sebelum terlembat. Jagalah 'ego' suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia kepada anda. Biarpun kita rasa diri kita ini bagus, suami tetap di atas kita. 

Esok saya ka mahkamah untuk dia melafazkan cerai. Doakan saya. - Nurul | The Reporter

Terlalu banyak cicak di rumah anda? inilah petandanya jom baca


Image result for cicak
Dalam dunia ruqyah, setiap Roqy tahu cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

Cicak%2BRumah.jpg

Dalam hadis yang lain:

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.

Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah dengan anehnya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Anda boleh meyakini atau tidak, tapi kita mesti selalu bersedia. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dirumah.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Selain cicak sering jadikan media sihir, perlu di ketahui juga yang cicak itu mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh. Kotoran cicak juga terbukti boleh menembusi plastik, satu kajian pernah perlihatkan bila tahi cicak merosakkan monitor handphone. Jadi..dari info diatas, tersebut bukti sahih kita mesti berwaspada dengan cicak di rumah.

Semoga bermanfaat



KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

'Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin'

Gambar Hiasan

Ada suami yang suka keluar malam melepak dengan kawan-kawan, minum kopi sampai ke pagi. Bila isteri marah, lalu dikata:
  • Isteri Queen Control
  • Jealous tak bertempat
  • Isteri orang lain okay saja
  • Tak faham
  • "Nanti apa kata kawan-kawan saya?"
Wahai para suami, keselamatan anak isteri di rumah, kasih sayang yang lopong dalam rumah, masa seharian untuk bekerja ditambah pula malam-malam keluar melepak, langsung tak ada masa untuk anak dan isteri. Ada fikir? 

Agaknya kalau terjadi apa-apa pada anak isteri semasa anda keluar melepak sampai ke pagi, apa yang kawan anda boleh buat? 
  • Ada kawan nak masak untuk anda?
  • Ada kawan nak bantu mencari duit untuk keluarga anda?
  • Siapa peneman tidur anda? Kawan atau isteri?
  • Siapa yang dipersoalkan kalau anda gagal mendidik anak? Kawan atau anda sendiri?
  • Anak siapa yang jadi tanggungjawab anda? Anak anda atau anak kawan-kawan?
Tolong berhenti guna term. "Nanti apa kata kawan-kawan saya". Typical reason sangat. 

Nak melepak boleh, silakan tetapi berpada-pada. Nak berkawan boleh, silakan. Tetapi berpada-pada. Nak bersukan apa sahaja pun boleh, tetapi berpada-pada. Jam 12 tengah malam itu adalah waktu yang sepatutnya anda berada di rumah sebagai suami, pelindung anak dan isteri. Bukannya di meja mamak atau di jalanan. 

Kalau kerana bekerja, tak mengapalah juga. Tetapi kalau bukan kerana kerja, apa cerita? Seminggu dua kali okay saja, tetapi kalau setiap hari, isteri gila saja tak marah. Ingat, anda suami dan bapa orang, bukannya berstatus bujang. 

Memang, suami orang kalau duduk melepak sehingga jam 6 pagi, orang tak kata apa-apa. Isteri orang kalau jam 12 malam masih ada di meja mamak lagi memang sikit lagi bakal menjadi janda kotnya. 

Tetapi gunalah akal dan pertimbangan. Bila berkahwin, buat cara seperti berkahwin. Zaman melepak sampai subuh, keluar sana sini itu semua sudah berlalu. Nak tak nak, kena hadap dan terima. Kalau tak boleh terima, kenapa berkahwin at the first place?

Di rumah anda itu ada anak orang dan amanat kecil yang perlu dijaga. Kalau anda sebagai bapa tiada di rumah hari-hari dari pagi sampai ke malam, siapa yang mahu menjadi pelindung mereka? Tak tahulah kalau anda ada membela saka untuk menjaga anak isteri semasa anda tiada di rumah. 

Jangan menjadi suami yang terpaksa mengikut kawan. Jadilah suami yang kawan terpaksa mengikut anda. Nasihat ini berbentuk umum. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Yang baik, ambil. Yang buruk, buang. - Nurulbadiah Lai | The Reporter